Friday, 22 May 2020

Pembetulan Terhadap Penulisan Yang Menyatakan Ejaan Diyāna / Diāna (دِيَانًا / دِيَانَ) Tidak Ada Dalam Perkataan Arab

Penulisan Bonus : Maksud Dayyan, Natasya, Diyanah dan Dayana.

Ada sahabat saya memperlihatkan penulisan ini kepada saya tentang perbincangan nama Diana. Boleh kira semuanya betul kecuali bahagian Diyāna (دِيَانًا / دِيَانَ) yang seolah-olah ia tidak ada dasar dalam bahasa Arab.


Sebenarnya, kalau kita buka kamus al-Muʿjam al-Wasīṭ, terang-terang ia wujud. Ia adalah maṣdar (gerund) kepada Dāyana - Yudāyinu (دَايَنَ - يُدَايِنُ) dengan ejaan (دِيَانًا). Ia bermaksud :

(a) ʿĀmalahu Bi ad-Dayn Fa Aʿṭōhu Bi ad-Dayn Wa Akhoza Bi Dayn (عَامَلَهُ بِالدَّيْنِ فَأَعْطَاهُ بِالدَّيْنِ وَأَخَذَ بِدَيْنٍ), iaitu melakukan hutang (dengan seseorang).

(b) Jāzā (جَازَى), iaitu membalas (seseorang).

(c) Hākama (حَاكَمَ), iaitu mengheret (seseorang) ke mahkamah.

Jika ia ada asas daripada bahasa Arab dan ia bermaksud yang baik, maka tidak ada apa-apa masalah lagi. Jadi, tidak perlu tukar nama atau sebutan.

Mungkin sahaja kekhilafan penulis adalah kerana hanya merujuk kepada Dāna - Yadīnu (دَانَ - يَدِينُ), tetapi tidak merujuk kepada fiʿel ṯsulātṣiyy mazīd. Malah, mungkin sekali kamus yang penulis rujuk hanya memaparkan maṣdar "mudāyanah" (مُدَايَنَة) untuk perkataan Dāyana - Yudāyinu (دَايَنَ - يُدَايِنُ). Tidak seperti al-Muʿjam al-Wasīṭ yang memaparkan "mudāyanah" (مُدَايَنَة) dan Diyāna (دِيَانًا).

Allahu Aʿlam. Semoga Allah memaafkan kesilapannya dan memanfaatkan penulisannya.

Sebagai ilmu tambahan untuk menambahkan manfaat daripada penulisan tersebut, saya kongsi beberapa tambahan makna yang dikemukakan dalam penulisan ini.

1. Maksud ad-Dayyān (الدَّيَّان) menurut Lisān al-ʿArob :

(a) al-Ḥākim Wa al-Qōḍī (الحَاكِمُ القَاضِي), iaitu pemerintah dan hakim

(b) al-Qohhār (القَهَّارُ), iaitu penakluk tanpa tandingan

(c) as-Sāʾis (السَّائِس), iaitu pemimpin.

2.  Maksud Diyānah (دِيَانَةٌ). Ia adalah maṣdar kepada Dāna - Yadīnu (دَانَ - يَدِينُ)

(a) Khodoʿa Wa Ḏzalla (خَضَعَ وَذَلَّ), iaitu tunduk

(b) Aṭōʿa (أَطَاعَ), iaitu taat

(c) Iqtaṣṣo (اقْتَصَّ), iaitu menjejaki (seseorang / sesuatu)

(d) Ittakhoḏzahu Dīnan Wa Taʿabbada Bihi (اتَّخَذَهُ دِينًا وَتَعَبَّدَ بِهِ), iaitu menjadikan (sesuatu) sebagai agama.

(e) Iqtaroḍo (اقْتَرَضَ), iaitu meminjam / berhutang

(f) Kaṯsuro Daynahu (كَثُرَ دَيْنَهُ), iaitu menjadi banyak hutangnya

(g) Iʿtāda Khoyron Aw Syarron (اعْتَادَ خَيْرًا أَوْ شَرًّا), iaitu membiasakan yang baik atau buruk

(h) Akhḍoʿa Wa Aḏzalla (أَخْضَعَ وَأَذَلَّ), iaitu menundukkan (sesuatu / seseorang)

(i) Jāzā (جَازَى), iaitu membalas (seseorang)

(j) Aḥsana Ilayhi (أَحْسَنَ إِلَيْهِ), iaitu berbuat baik (kepada seseorang)

(k) Sāsa (سَاسَ), iaitu memimpin

(l) Malaka (مَلَكَ), iaitu memiliki (seseorang / sesuatu)

(m) Khodama (خَدَمَ), iaitu berkhidmat

(n) Ḥamalahu ʿAlā Ma- Yakrohu (حَمَلَهُ عَلَى مَا يَكْرَهُ), iaitu memikul (sesuatu) yang dia benci

(o) Ḥāsaba (حَاسَبَ), iaitu berbincang tentang kiraan (dengan seseorang)

(p) Aqroḍo (أَقْرَضَ), iaitu memberi hutang.

3. Natasya (نَتَشَ). Fiʿel Māḍī (past tense) yang bermaksud :

(a) Istakhroja (اسْتَخْرَجَ), iaitu mengeluar-singkirkan (duri dan sebagainya)

(b) Natafa (نَتَفَ), iaitu mencabut (rambut, rumput dan sebagainya)

(c) Jaḏzabahu Qorṣon Wa Nahsyan (جَذَبَهُ قَرْصًا وَنَهْشًا), iaitu membelah (daging dan sebagainya) dengan mencubit

(d) ʿĀba Sirron (عَابَ سِرًّا), iaitu mengaibkan (seseorang) secara rahsia

(e) Dafaʿa Wa Naḥḥā (دَفَعَه وَنَحَّى), iaitu menolak-singkirkan

(f) Ḍoroba (ضَرَبَ), iaitu memukul

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3478308858886349&set=a.344595828924350&type=3&theater

No comments:

Post a Comment