Tuesday, 2 June 2020

Mereka Yang Gadai Sahabatnya Demi Ketamakannya

Mereka yang gadai sahabatnya demi ketamakan dirinya sebenarnya dia tidak sedar bahawa sahabatnya itu jauh lebih bernilai dan seribu kali lebih bermakna daripada apa yang dia merebutkannya.

Tidak cukup lagikah harga sebuah kesetiaan, sentiasa menjadi pembela, menjadi teman ketika mereka kejatuhan, memenuhi bahagian diri yang serba kekurangan, menjadi insan yang mencipta kehidupan, sentiasa memahami hal ehwal kita dan menjadi pedoman untuk terus mara?

Tidak cukup lagikah semua itu sampai sanggup buang dan perguna tanpa ada rasa belas kasihan semata-mata untuk sebuah aset dan kuasa yang tiada nilai keabadiannya, pengkhianat di masa hadapan dan pencetus penambahan derita dalam kehidupan?

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3065811146802791&set=pb.100001218067654.-2207520000..&type=3&theater

image

No comments:

Post a Comment