
Aku saja nak telaah buku Philosophy : A Complete Introduction. Yang aku tak tersangka adalah bila aku buka muka surat kedua pada chapter Introduction, yang ini jadi pendedahan awal (seperti yang tertera dalam gambar)? Mak aih. Teruk rupanya bila nak dalami dan bahas falsafah masa dulu ya. Aku pun tak tersangka seramai ini yang menanggung derita untuk pertahan dan mengkehdapankan falsafah sepanjang sejarah. Buku ni memang memang macam nak bagi tau “kau jangan nak gatal masuk falsafah kalau kau tak sanggup nak hadapi risiko”.
Memang begitu pun lumrah kemasyarakatan. Betul kata buku ni. Walaupun masyarakat perlukan falsafahwan, tetapi mereka juga dibenci. Mereka mengimpikan adanya “penyelamat”, “pembela”, “pemartabat” atau “pembaharu” , tetapi bila orang ini ada, mereka cukup membencinya. Kata buku ini, falsafahwan mnghasut perubahan dan sememangnya lumrah manusia menolak perubahan. Sebab falsafahwan ini mengajak kepada suatu kelainan daripada yang biasa, maka keluar dari tempurung memang menakutkan bagi katak yang selama ini berdelusi kuat bahawa tempurung itu adalah rahmat melindungi mereka dari bencana. Ketidaktahuan di luar sana adalah mempertaruh risiko untuk dilenyek dan diserang makhluk buas. Memang mengingatkan aku pada anime Shingeki no Kyoujin tentang orang yang sudah merasa selesa dengan kekal tinggal dalam dinding sehingga enggan untuk berjuang demi kebebasan kemanusiaan.
Salah satu mereka bencikan perubahan adalah mereka terlalu selesa dengan apa yang sedia ada. Mereka fikirkan kalau perlu berubah, mereka tidak akan dapat nikmati lagi keselesaan yang telah lama menjadi memori dan tilam yang empuk untuk mereka. Bagi mereka, perubahan adalah menempah tiket sengsara. Sebab itu, walaupun mereka kadang tahu ada kebaikan pada perubahan itu, cuma perlu tabah untuk beberapa ketika dan apa yang sedia ada kadangkala tidak begitu baik untuk mereka, tetapi sebab sudah selesa, semangat mereka untuk pertahankannya lebih dimarakkan berbanding semangat yang sepatutnya digunakan untuk berubah. Mereka kalau mahu berubah pun, mereka mahu terus dapatkan hasil tanpa perlu bersungguh, tekun dan bersabar.
Aku ada jumpa satu petikan yang mengatakan :
“Having common sense is a cruse when idiots are all around you”
Maksudnya : Memiliki akal budi adalah sumpahan apabila si bodoh semuanya di sekeliling kamu
Hebat mana pun kita, kalau masyarakat sekeliling tidak dapat menghayati kehebatan kita, mereka tidak dapat mengambil manfaat yang kita kontribusikan dan kita punya hasil usaha seperti meminta orang buta mensyukuri unggun api pada waktu malam yang gelap. Kalau tidak bertuah, si buta itu pula merengek dan mendesak api itu dipadamkan kerana panas, membakar dan menghanguskan benda. Begitulah ibaratnya. Kadang, mereka bukan tidak nampak, tetapi mereka buat-buat tidak nampak. Mereka bukan tidak mengerti, tetapi mereka sembunyikan pemahaman mereka kerana enggan untuk berubah. Mereka tahu manfaatnya, tetapi mereka tidak mahu kepayahan, lelah dan dugaan menimpa sepanjang proses. Sebab mahu jadi pandai pun, perlu rajin dan bertungkus-lumus. Kemalasan dan selesa dengan zon tersebut menyebabkan mereka terus berdegil.
Bill Watterson pernah berkata :
“People think it must be fun to be a super genius, but they don’t realize how hard it is to put up with all the idiots in the world”
Maksudnya : Orang fikir bahawa menjadi super genius mesti menyeronokkan, tetapi mereka tidak sedar betapa susahnya untuk untuk duduk sekejap dengan semua orang bodoh di dunia.
Begitulah kalau kita cuba menjadi lain daripada yang lain, terutamanya apabila kita memang berjuang dan pertahan kebenaran, keadilan, pembelaan dan pembaharuan. Sempurna mana pun ideologi kita, sehebat mana pun justifikasi kita dan setinggi mana pun semangat kita, belum tentu orang sekeliling betul-betul mahu memiliki entusias seperti itu. Lebih malang lagi malang kalau dapat bulatan teman yang totalitarian, taksub dan keras kepala. Jadi, di mana keseronokannya menjadi supger genius? Tengok semula senarai falsafahwan yang menderita pada gambar di bawah.
Benar kata Alejandaro Jondorowsky :
“Birds born in the cage think flying is an illness”.
Maksudnya: Burung yang lahir dalam sangkar akan fikirkan terbang itu suatu penyakit.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2837016133015628&set=a.2757481107635798&type=3&theater
No comments:
Post a Comment