Sedekah mungkin tidak akan menjamin kekayaan dari sudut material yakni kewangan, tetapi ia ada kekayaan dari segi kaya pada dermawan, kaya pada kasih sayang, kaya pada sifat saling menolong, kaya pada belas bakti dan lain-lain. Semua ini tidak akan kurang kecuali bagi orang yang tidak mengerti nilainya.
Dalam perniagaan pun, sukses bukan hanya semata-mata pelanggan membeli produk kita dan mendapat pulangan yang menguntungkan, tetapi nilai yang diberikan pada pelanggan. Untuk apa produk yang hebat, jenama yang megah tetapi kemanusiaan sangat miskin ketika berinteraksi dengan manusia? Kita terlalu fokus melabur untuk mendapat penjanaan angka yang tertulis pada wang semata-mata, tetapi kita abai untuk melabur sesuatu yang mampu memberikan pengaruh yang baik antara kita dengan pengguna agar terjalin keharmonian dalam sosial ekonomi.
Dalam kelangsungan tamadun pun, kemodenan pada benda nyata dan kekayaan pada material juga bukan semata-mata itu. Bahagiakah kita dengan kemewahan yang bertimbun dan kemajuan pencapaian teknologi tetapi tidak aman daripada ancaman nuklear, pencemaran udara dari angkara tauke faktori dan kehidupan sosial masyarakat yang saling merosakkan antara satu sama lain?
Maka, jadilah orang yang kaya apa sahaja jenis kekayaan sama ada berbentuk abstrak, nyata atau kedua-duanya sekali asalkan ia memberikan kontribusi pada kita dan sekalian yang lain demi kebenaran, keadilan dan cinta.

No comments:
Post a Comment