Tuesday, 2 June 2020

Berhujah Dengan Adil Dan Usah Pedulikan Celaan

Jika kau sudah bentangkan ilmu dan hujah, tak perlu terasa dengan ejekan dan celaan orang. Kau tak perlu tergugat dengan semua itu. Mereka bukannya mahu bertarung secara adil.

Jika diajak seorang peninju diajak untuk bertanding tinju, mereka enggan turun ke gelanggang.

Apa yang mereka berani buat adalah lempar batu pada peninju, menge-boo dan berkata-kata kesat di kerusi penonton. Perlu ke ambil peduli dengan pondan tak ada telur tu?

Kalau nak gentar, biar gentar terhadap peninju lain yang berani dan gagah betul-betul jantan berlaga tumbukan dengan kau, tak perlu gentar terhadap mereka yang sekadar datang tetapi tak berani nak mendekat dan apabila dikejar, mereka lari bertempiaran dengan wajah nyata ketakutan pengecut, namun masih tak malu jaja diri sana sini bahawa merekalah penewas dan insan yang melumpuhkan peninju gagah.

Mereka semua ini tidak berhak pun untuk diberi penghormatan, apatah lagi nak dianggap cabaran yang membina diri. Jadi, tak perlu telan nista-nista yang mereka lempar pada kita.

Mereka sangka mereka boleh dapatkan kemenangan yang hakiki dengan menzalimi hak-hak pada tempatnya? Adakah mereka fikir bertarung dengan cara yang tidak adil sesekali tidak akan menghinakan mereka, sama ada fizikal ataupun batinnya?

قُلِ انتَظِرُوا إِنَّا مُنتَظِرُونَ

Katakanlah, “Kau semua nantikanlah! Kami pun menantikan”. (Surah al-An'am ayat 158).

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2961659470551293&set=pb.100001218067654.-2207520000.1570260769.&type=3&theater

image

No comments:

Post a Comment