Ada dua sebab utama kita sembunyikan kelemahan kita. Pertama, ambil contoh paling kecil ialah apabila kita ingin berkeluarga. Kita perlu bina rasa kebolehpercayaan antara pasangan sehinggalah anak kita bahawa kita ini berbaloi sebagai pasangan bagi sesorang atau seorang bapa atau ibu kepada anak.
Kalau kita terlalu hamburkan kelemahan kita dan biarkan ia terdedah tanpa ada langkah proaktif untuk atasi kelemahan, kita sama sekali tidak dapat menarik kepercayaan pasangan, apatah lagi supaya pasangan kita mencintainya. Bagaimana pasangan mahu hidup dalam rumah tangga yang bahagia kalau kita selalu mengambil lewa dengan kelemahan kita? Bagaimana sang anak dapat berikan penghormatan kepada ibu atau ayah kalau kita semua menimbulkan imej yang seolah-olah kita tidak boleh menjaga anak dan menyesal kerana melahirkan seorang anak? Kaitkan juga dengan bidang pekerjaan dan kepimpinan.
Kedua, sebagai pemimpin contohnya. Mereka perlu sembunyikan kelebihan mereka supaya tidak ada orang lain yang jahat dan pemanipulasi ambil kesempatan. Kalau kita terlalu dedah kelemahan, yang dipimpin tidak dapat meneruskan perjuangan dan mengekalkan organisasi. Yang lemah dan yang tersisih akan mengikut yang terkuat dan yang dominan. Ini memang hukum alam yang tidak dapat dipisahkan.

Kalau kita biarkan kelemahan itu terbuka dan mudah diakses oleh setiap orang dan lapisan serta kita pun anggap ia seperti masalah kecil atau masalah biasa, kita sebenarnya memberi peluang musuh atau lawan atau pesaing untuk menjatuhkan kita. Kalau kita tidak mahu menjadi ketua yang kuat, orang lain akan rampas dan orang bawahannya pun akan sokong perampas sebab yang mengetuai tidak dapat memberi jaminan perlindungan dan keselamatan untuk yang di bawah.
Ini juga bukan masalah pemimpin, kadang dalam masalah sosial pun sebegini. Dalam kalangan kita pun ada pemanipulasi narkasistik yang toksik. Kita mungkin tidak sedar mereka ini juga pandai cipta imej tentang kita pada orang lain. Dengan kelemahan kita, orang sebegini akan manfaatkan peluang untuk rosakkan reputasi kita. Kelemahan kita akan jadi bahan untuk dipersalahkan dan diragukan kepercayaan.

Walaupun kelemahan itu biasa ada pada ramai individu lain atau ia adalah kejadian semulajadi, tetapi cara untuk membuat gambaran tentang kita adalah pada kebijaksanaan dinvidu. Sang toksik ini pun kadang bukan calang-calang orang dalam mengawal persepsi orang lain. Jadi berjaga-jagalah dalam membiarkan kelemahan terbuka.
Namun begitu, bukanlah kita perlu sampai bersikap sempurnawan (perfectionist) dan berpura-pura sempurna. Paparkan imej yang sememangnya layak dan sesuai dengan keberadaan kita. Biar papa kedana asal bergaya antara yang perlu dibuang. Kita ingin sembunyikan miskin kita pun tidak perlu sampai bebankan diri demi untuk menyenangkan hati orang lain. Begitu juga dalam urusan kerja.

Kalau kita tidak kompeten, apa masalahnya bila minta pandangan orang bawahan? Tidak perlu ego dengan berlagak tahu semua kalau itu memang di luar batasan kita. Sebab kita semua manusia. Kekurangan pasti ada dan manusia dapat berdiri bukan sebab tiada kelemahan, tetapi cara dia atasi kelemahan itu
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2833417703375471&set=a.2758594507524458&type=3&theater
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2833417703375471&set=a.2758594507524458&type=3&theater
No comments:
Post a Comment