Kita mungkin ada justifikasi dan kita ada kelebihan, tetapi kadang itu bukan tangkal yang berguna jika salah pada tempat dan masanya. Musuh kita atau lawan kita atau pesaing kita kadang bukannya terlalu bodoh untuk mengakui dan memahami kelebihan yang berpihak pada kita, cuma yang membezakannya adalah bagaimana dia “definisi"kan kemenangan dan bagaimana dia merealisasikan "kemenangan” itu serta menjamin “kemenangan” itu. Idea tentang kemenangan versi mereka kadang memang tidak dapat dihadam akal dan kosong merapu serta kelihatan “tidak praktikal” atau “bukan sepatutnya”, tetapi bukan bermakna ia tidak berhasil. Yang penting agenda mereka tercapai.
Jika mereka merancang, maka kita pun perlu merancang. Sebab kalau kita tidak mahu menjadi pemain, kita akan menjadi bidak. Itulah hakikat dunia sebagai permainan. Walau kalah dan menang atau seri itu perkara yang perlu ada dalam permainan, cuma rugi dan untung akan membezakannya di balik “permainan yang adil”. Ia bergantung kepada “definisi” masing-masing. Akan tetapi, sehebat mana pun kemenangan kita berjaya rebut atau seteruk mana kekalahan yang kita tanggung, di akhirat jualah penentu dan pemutus segalanya.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2835269989856909&set=a.2758594507524458&type=3&theater

No comments:
Post a Comment