Kejahatan boleh diatasnamakan apa sahaja untuk justifikasikan kejahatannya. Ia tidak terhad pada menggunakan nama agama atau nama Tuhan, ia juga boleh digunakan atas nama demokrasi, pemodenan, kebaikan ekonomi dan lain-lain. Anda lihatlah mereka yang mencemarkan alam dengan merosakkan laut dengan merkuri, mencemarkan sungai dengan toksik dan penyebab pemanasan global. Tanyalah adakah itu kerja imam di masjid, paderi di gereja atau sami di tokong yang menggunakan agama dan nama Tuhan untuk menjadi teroris kepada alam sekitar? Itu semua adalah kejahatan kapitalis dan penyangak-penyangak yang menggunakan nama ekonomi, pemodenan, revolusi perindustrian dan lain-lain demi menghalalkan kesemua itu.
Malah, yang menakutkan dunia dengan senjata nuklear itu atas nama apa pula? Sekali lagi, adakah itu kerja penganut agama yang membaca teks sakral dan menjadi tekong di rumah ibadah? Tidak perlu lagi tengok apa lapikan yang digunakan untuk dijadikan perisai. Kejahatan tetap kejahatan walau apa pun ia dinamakan. Nama tidak penting, tetapi apa isinya dan kandungannya.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2876228332427741&set=pb.100001218067654.-2207520000.1566229701.&type=3&theater
No comments:
Post a Comment