Tuesday, 2 June 2020

Pengkhianat Terhadap Ilmu Hadis Yang Dia Pelajari

Syarat kesahihan hadis ada lima. Ini asas dalam pembelajaran ilmu hadis.
Tapi, ada si dungu mangkuk ayun ni, bila ada tok syeikh pujaan riwayat hadis tanpa rujukan dan jelas batilnya, terus percaya ianya sahih dengan bermodalkan sangka baik “takkan...

Syarat kesahihan hadis ada lima. Ini asas dalam pembelajaran ilmu hadis.

Tapi, ada si dungu mangkuk ayun ni, bila ada tok syeikh pujaan riwayat hadis tanpa rujukan dan jelas batilnya, terus percaya ianya sahih dengan bermodalkan sangka baik “takkan lebai nak menipu?” dan dicampak semua apa yang dia belajar dulu. Celaka punya perangai. Memang sial!

Belajar ilmu hadis dalam2, tapi ia sekadar pelajari suatu ilmu yang dia boleh nak khianat pada suatu hari nanti, lagi-lagi apabila ia bercanggah dengan sesuatu yang tidak kena citarasanya.

Jangan cakap lagi kau nak memperjuang kebenaran dan memartabatkan ilmu. Sebab kau-lah orang terawal yang curang terhadap ilmu disebabkan ketaksuban dan fanatik.

Inilah pencabul dan penderhaka ilmu. Manusia bangsat dan durjana. Selama ini belajar bukan untuk manfaat akalnya supaya boleh jadi celik berfikir dan waras rasionalnya, tetapi sekadar penghias memori sahaja. Ilmu hadis boleh dilancaukan dan dibutohkan sebab tok syeikh ni ada aura sakral yang muncul dari imej dan penampilan agamawan yang penuh kudus. Kebal daripada ilmu yang menghakiminya.

Katanya belajar nak jadi pandai dan cerdik, tapi dengan tok syeikh jadi dungu dan buta. Mak aih.Hebat tok syeikh tu. Sakti-sakti ilmu tak lut kat dia. Aura sakral tok syeikh tu menjadikan “kamehameha” ilmu itu jadi lalat yang boleh ditepis.

Ya, orang itu baik personalitinya, tapi tu baru satu syarat daripada lima tadi. Tapi, kalau terbukti dia konsisten dengan periwayatan yang tiada asal baginya atau masih nak berdegil setelah diperingatkan, maka itu bukan sahaja cukup membuktikan hadis tu tak sahih, malah kredibilitinya langsung tidak boleh dipercayai.

Boleh percaya lagi orang asyik dakwa itu ini, tapi tiada bukti yang menyokong? Menteri walau baik pun perwatakan dia, pun dia tak nak percaya kalau menteri tu asyik berjanji manis je, ni tiba2 tok syeikh cukup dipadamkan keraguan hanya dengan sangka baik. Mungkin sebab serbannya besar dan berpenampilan agamawan sakral, jawapannya ambillah pendirian “takkan lebai nak menipu?”

Nak bersangka baik pun agak-agaklah. Cuba tengok syarat kesahihan hadis, ada tak sangka baik tu jadi syarat kesahihan hadis? Sebab itu Abdul Rahman bin Mahdi berkata :

خصلتان لا يستقيم فيهما حسن الظن الحكم والحديث

“Dua perkara tidak ada sangka baik padanya, iaitu hukuman mahkamah (verdict) dan hadis” (Al-Jarh wa at-Ta'dil, Ibn Abu Hatim ar-Razi, jilid 2, m/s 35).

Tapi, tu lah. Nak banding Abdul Rahman bin Mahdi dengan tok syeikh dan pengikutnya tu, Ibn Mahdi jauh lebih bodoh daripada mereka semua itu tu. Penat Ibn Mahdi merantau pelbagai negeri nak dalami hadis, kembangkan sistem penapisan riwayat dan buat semakan hadis; sahih atau tak, tapi tok syeikhnya dan pengikutnya duduk kat satu kawasan je, hadis sahih turun dari langit ke tangan dia.

Selama ni Ibn Mahdi dihijab oleh Allah sampai tak jumpa apa yang beliau cari walau sudah berbatu-batu perjalanannya, tapi tok syeikh dia dan pengikutnya, Allah bagi kasyaf tanpa perlu pening kepala nak analisis sahih ke tak apa yang dia sampaikan. Kesian, Ibnu Mahdi. Kepenatan tak berhasil apa-apa. Allah lagi sayang kat tok syeikh dia. Dengan tidur je, Allah bagi macam-macam pembukaan dalam mimpinya. Pergghh.

Cukup dengan hadis entah dari mana dan apa kebendanya tu yang diucapkan oleh tok syeikh, hanya bermodalkan sangka baik, hadis tu jadi sahih tanpa ragu. Ilmu hadis yang selama ini jadi tonggak dalam neraca pertimbangan jadi tidak valid dan boleh dipijak kalau nak.

Tak payah beri penghormatan ilmu hadis tu. Hormat tok syeikh itu lebih bagus daripada ilmu yang dipelajari selama ini. Tok syeikh ni lagi mulia daripada ilmu hadis. Ahli ilmu yang menyusun disiplin ilmu hadis adalah orang yang mengajar ilmu sesat dan tak ada laku apa-apa. Ilmu hadis tu bawah tapak kaki tok syeikh je. Boleh tendang macam bola kalau nak.

Apa lagi ungkapan yang sesuai melainkan celaka orang macam ni? Boleh bayangkan tak kalau orang kerap meletakkan fi'el selepas harf Jarr, mudhof ilaih dia buat rafa’, menjazamkan fi'iel madhi dan lain-lain kesalahan bahasa Arab, tapi bila kita tegur dan peringatkan kesalahannya, dia kata “sangka baik, mungkin dia ada ilmunya tersendiri”. Hah! Butoh lah! Jari tengah aku bagi Macam tu lah si bangsat pencabul ilmu ni buat kat ilmu hadis.

Perlu lagi ke nak nak berpihak pada mana-mana aliran untuk celik dan tegas terhadap kebodohan seperti ini? Betul kata Ibn Atoillah as-Sakndari :

لا يخاف عليك أن تلبس الطرق عليك وإنما يخاف عليك من غلبة الهوى عليك

“Tidaklah dikhuatrikan pelbagai jalan yang membingungkan kau, tetapi yang dikhuatirkan adalah hawa nafsu yang mengalahkan kau”.

Tak payah takut sangatlah jenama salafi atau aswaja, yang paling ditakuti adalah kebodohan yang menguasai diri. Tak perlu nak pakai nama aliran nak kenal kebodohan ini, memadai ada ilmu dan setia dengannya, kebodohan akan jadi seteru yang kau nampak dan menjauh.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3030626736987899&set=pb.100001218067654.-2207520000..&type=3&theater

No comments:

Post a Comment