Tuesday, 2 June 2020

Hidup Menjadi Falsafahwan Dahulu Sememangnya Penuh Derita

Secara umumnya, falsafawan (ahli falsafah) sememangnya menghasilkan idea yang radikal. Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Sebab itulah, falsafawan selalu mendepani masalah besar.

(a) Plato dijual sebagai hamba kerana menyinggung pemerintahan tirani.

(b) Aristotle dipaksa untuk meninggalkan madrasahnya untuk mengelakkan hukuman bunuh.

(c) Anselm disingkirkan negeri kerana berdiri menentang raja.

(d) Aquinas dicerca oleh pope kerana menggunakan falsafah Arab.

(e) Descrate hidup di luar negeri tanpa alamat tetap untuk banyak tahun untuk mengelakkan Inquisition.

(f) Hobbes hampir dibunuh oleh para royalis dan dipaksa untuk membakar hasil karyanya.

(g) Locke melarikan diri dari kampung halamannya kerana disyaki terlibat dengan konspirasi.

(h) Hume dilabel sebagai ahli bidaah dan ditolak untuk mengajar di universiti.

image

(i) Kant dihalang oleh raja dan disekat.

(j) Mill ditahan pada tahun 1823 ketika usianya 17 tahun kerana mengongsikan maklumat tentang kawalan kelahiran dan dinafikan kebenaran masuk ke Oxford dan Cambridge kerana enggan taat kepada orde Anglican.

(k) Nietzsche menjadi tidak waras.

(l) Wittgenstein menghasilkan karya yang penting ketikamana berkhidmat sebagai penggali parit ketika Perang Dunia Pertama.

(m) Sartre ditahan kerana ketidaktaatan sivil.

(n) Dewey memusnahkan makmal sekolahnya disebabkan konflik dengan pengurusan universiti.

Terdapat banyak lagi falsafawan yang hebat dan mereka selalu sahaja mempunyai cerita yang tragik. Bayangkan Hypatia, seorang warga Rom pada abad kelima direjam oleh perusuh yang bengang kerana mengajar falsafah.

Ia memerlukan keberanian untuk menjadi falsafawan. Walaupun masyarakat memerlukan falsafawan, masyarakat juga membenci mereka. Ini kerana falsafawan memperhebat perubahan, sedangkan sememangnya lumrah manusia untuk bersikap enggan menerima perubahan.

Jika kamu hidup pada zaman abad kelima masihi, terutamanya wanita, kamu mungkin melepaskan impian sebagai falsafawan. Kami tidak dapat salahkan kamu. Ramai lelaki dan wanita tidak berjaya. Mereka enggan untuk menuju kepadanya. Dan terima kasih kepada mereka, kamu tidak lagi perlu bimbang yang kamu akan direjam…. sekurang-kurangnya kebanyakan tempat di dunia. Kamu boleh membaca buku ini dan mara untuk membina kamu punya falsafah radikal yang menyentak.

-Diambil daripada Philosophy : A Complete Introduction, karya Sharon Kaye, m/s xi-xii-

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2959965020720738&set=pb.100001218067654.-2207520000.1570262003.&type=3&theater

No comments:

Post a Comment