Tuesday, 2 June 2020

Genre Heavy Metal Yang Dipandang Rendah

Yep. Heavy metal genre adalah seni muzik yang sentiasa tidak dihargai dan diketepikan. Apa yang mainstream tahu, lagu metal ni lagu terpekik-pekik dengan goreng muzik ganas, sambil puja-puji syaitan. Sebenarnya nak hasilkan satu lagu heavy metal,...

Yep. Heavy metal genre adalah seni muzik yang sentiasa tidak dihargai dan diketepikan. Apa yang mainstream tahu, lagu metal ni lagu terpekik-pekik dengan goreng muzik ganas, sambil puja-puji syaitan. Sebenarnya nak hasilkan satu lagu heavy metal, banyak kemahiran dan seni yang kompleks yang hanya jaguh-jaguh je boleh kuasai.

Vokal. Ya, dominannya ada jeritan (scream) dan menggeram (growl) kecuali yang Power Metal, Glam/Hair metal dan Symphonic Metal atau sebahagian dalam NU metal, Thrash metal dan Folk Metal, yang ini banyak guna vokal yang jernih (clean vocal). Tetapi, vokalis nak menjerit pun bukan main jerit dan menggeram sahaja. Nak menjerit dan menggeram pun ada style yang perlu dikuasai. Pig squeal, death growling, mid range growl, low growl, low guttural, inhale scream, fry scream dan macam-macam lagi.

Gitar. Ni pun bukan main goreng je. Ada macam-macam benda nak nak kena jaga. Kemahiran palm-mute, tremolo picking, up tuned atau down tuned nya, downpicking, drop picking dan macam-macam lagi. Kalau nak buat syle Djent, ada lagi kemahiran tersendiri nak kena kuasai. Nak “breakdown” dia punya muzik pun ada bermacam-macam style.

Drum. Lagu metal memang terkenal dengan “blast beat” pada drum. Perkataan mudah untuk “blast beat” adalah nak jadikan bunyi drum tu macam tembakan “machine-gun”. Yang ni pun bukan main ketuk je. Ada berpuluh-puluh jenis blast beat.

Itu belum lagi kalau band nak tambah instrumen lain untuk genre progresif, simfonik dan folk. Sudah tentu ada kemahiran tersendiri untuk sesuaikan dengan genre metal.

Akhirnya, walau macam mana hebatnya seni muzik metal, tetap dikesampingkan dan tidak diiktiraf di arus perdana. Kalau power metal, symphonic metal, folk metal atau glam/hair metal mungkin lepas untuk ke mainstream sebab tidak ada jerit banyak sangat dan muziknya mesra pendengar.

Mungkin ada yang sindir: “Itulah. Siapa suruh buat lagu ganas-ganas macam tu. Siapalah yang nak dengar?”. Haiyaa bro. Ada sebab muzik mereka sangat rancak dan ganas.

Ok, kalau kita nak buat lagu kutuk sistem pemerintahan bejat. Nak lagu macam mana? Tentulah nak lagu yang nampak “brutal” dan bertenaga. Sebab itu beberapa lagu punk dan hardcore dulu banyak kutuk politician dan sistem pemerintahan korup. Sebab muzik seperti ini sangat berkesan nak sampaikan mesej dan luahkan perasaan yang cukup memberontak. Lagu rap? Ok, mungkin boleh. Tapi, kita nak bagi pedas dan nampak kita ni memberontak. Macam mana? Lagu metal lah bro.

Kalau ada band nak buat lagu gore, serangan, massacre dan perang. Mana boleh lagu jenis yang slow dan pop, betul tak?. Mestilah nak yang hentam cukup-cukup. Yang ini banyak di death metal, grindcore dan deathcore.

Lagu metal ni adalah lagu yang nak sampaikan perasaan yang kuat. Sebab tu ada je lagu metal yang membawa atmosfera yang sedih, pilu dan hiba, tetapi dijelmakan dengan muzik yang kuat dan bertenaga, terutamanya bagi genre metalcore, dan ada juga pada symphonic metal, doom metal dan folk metal. Contoh yang bagi aku ada macam tu seperti Say Goodbye oleh I Killed A Prom Queen, Sayonara oleh Cian, A Rose For Epona oleh Eluveitie dan beberapa lagu dari Oathbreaker. Kat youtube, ada aku ada dengar beberapa lagu dalam playlist “sad metalcore”. Boleh cuba.

Kadang bukan rasa sedih je nak bagi. Ada yang untuk ekspresikan semangat dan keseronokan. Apa pun jua, ia nak sampaikan rasa yang kuat yang terbuku dalam jiwa. Sebab itu muzik yang rancak sangat sesuai mencitrakan gelombang sebenar yang bergema di jiwa. Kalau sedih, ia nak luahkan perasaan yang meronta-ronta dalam jiwa. Kalau gembira, ia nak bagi kegirangan dan keseronokan yang menjulang-julang. Kalau semangat, ia nak bagi berkobar-kobar. Kalau marah, ia nak kasi membuas mengaum. Dan seterusnya untuk lain-lain perasaan. Ia pergi lebih mendalam dan lebih luas dari kebiasaan.

Tapi, kalau nak heavy metal yang boleh menari punya, ada je. Cuma, mungkin menari cara yang lain daripada yang lain. Selalunya aku akan tunjuk lagu Green Eyes oleh Iwrestledabearone. Ini antara salah satu contohnya yang kau boleh nak menari.

Banyak je lagu yang disampaikan dalam bentuk kreatif dan tema yang luas dan menarik. Contohnya, The Devil Wears Prada ada album untuk tema pasal zombie. Set Your Anchor oleh Eternal Lord pula gambaran perasaan ketika kapal dibadai oleh laut. Iron Maiden ada lagu pasal riwayat hidup Alexander The Great. City Of The Snares oleh Light This City menceritakan tentang ketua panglima yang ketakutan mengemudi tentera untuk berundur dari dikejar tentera musuh. Dan bermacam-macam lagi.

Jadi, yang aku nak bagitau adalah lagu metal ini bukan sekadar nak mengganas dan memekik je. Atau sekadar tempat pemuja setan nak bersarang di situ. Tapi, untuk gambarkan perasaan dan suasana melalui muzik yang bertenaga dan rancak. Padaganas dan jerit itu ada seni dia tersendiri. Bukan jenis orang yang tak ada kerja yang tak ada otak main goreng muzik je.

Ya betul, ada je lagu metal yang memang tidak bagus untuk orang yang beragama. Black metal banyak lagu setan sepertimana yang digambarkan. Tetapi, ada je black metal band yang tidak membawa mesej satanik seperti Oathbreaker.

Begitu juga death metal dan deathcore ada lagu yang kutuk agama dan tuhan. Aku akui je sisi buruk semua ini. Cuma, pandai-pandailah cari lagu dan band yang bebas dari unsur itu. Boleh je jumpa. Namun, selalunya band yang bawa genre melodic death metal atau atau symphony deathcore agak mesra dengan semua pendengar. Yang ni dapatan aku lah. Mungkin kau orang yang peminat lebih harcore dan lebih rajin dari aku akan menemukan sebaliknya.

Anyway, just explore more. Someday you will discover the truth for what i’m saying. The clear picture of a heavy metal’s aesthetic and art.

Maaf celoteh panjang. Sebab ada orang curious (well, ada juga yang sindir) citarasa aku dengan lagu metal. Ni lah penerangan yang aku boleh bagi untuk takat ini.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3202369726480265&set=pb.100001218067654.-2207520000..&type=3&theater

No comments:

Post a Comment