a) Kita bersyukur bahagian besar kita dan ujian yang menimpa kita. Kembalikan semula kesedaran bahawa apa yang telah dianugerahkan ini sudah cukup banyak dan mewah yang tidak terbilang. Semasa kita mengeluh dan merengek serba kekurangan kita, derita kita dan mendengki orang yang lebih senang daripada kita, di sana ada orang impikan bahawa alangkah cukupnya kalau hidup dia sepertimana kita yang lalui sekarang. Kalau mereka diuji, mereka harap mereka sekadar diuji sepertimana kita diuji, tidak mahu lagi melalui jerih sepertimana dia sedang lalui. Sedang kita kufur nikmat, ada orang berdoa bersungguh-sungguh agar memadai dia diberi nikmat sepertimana yang kita ada sekarang yang mana kita merasa itu terlalu sedikit untuk dihargai.
b) Tidak berkira dan sibuk sesuatu yang remeh dan tidak berfaedah. Kadangkala, kita mahu mengamuk dan berang untuk hal yang tidak signifikan dan masalah sebesar lalat dalam kehidupan. Masalah butang “like” sampai mahu perang antara kawan dn masyarakat. Di sana, ada orang sudah terlalu sibuk memikirkan tentang kepayahan hidup dia dan keluarga dia. “Hah? Butang "like”? Itu boleh sara hidup keluarga aku ke?“, tanya dia dalam hati. Itu pun dia masih bergiat aktif libatkan diri untuk berkhidmat untuk sosial dan masyarakat, sedangkan dia sendiri pun sama-sama susah. Ada mangkuk ayun mahu berjuang macam revolusi semata-mata supaya orang tidak tekan butang "like”.
c) Merasa malu kalau kita tidak menyerlah. Kadangkala, kita selalu beri alasan yang kita tidak cukup dan selalu terhalang. Sedangkan orang yang lebih “miskin” dan lebih terbeban dalam hidupnya boleh maju dengan cekal dan tabah tanpa berdrama. Kita rasa malu, sedang kita leka berbaring memegang telefon, skrol di media sosial, melayan meme, anime, hentai, manga, doujin, drama, Youtube dan sembang kosong, yang “kurang upaya” di sana sedang baca buku untuk dalami ilmu atau bekerja untuk menjadi produktif. Mereka menempa nama sebagai orang yang berjaya, tetapi kita sama ada masih di takuk malas atau kurang rajin atau hanya beralasan itu ini.
Ambillah masa dan renung diri sendiri. Kembalilah kepada kesyukuran dan hargai nikmat yang ada.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3174912722559299&set=pb.100001218067654.-2207520000..&type=3&theater

No comments:
Post a Comment