Sebahagian ahli ilmu kadang bukan sahaja masih segan untuk berkata "tidak tahu" jika ia memang perkara yang ia tidak ketahui, ia juga masih enggan untuk mengatakan "ajari aku" untuk dia belajar sesuatu yang masih ia tidak tahu. Itu masih belum ada tanda tawaduk di dalam hati dan masih belum terhakisnya sifat kesombongan terhadap ilmu. Kita terlalu mudah berkata pada seseorang, "Siapa kamu untuk mengajarkan aku?", padahal ia melepaskan sesuatu yang berharga dan bermanfaat untuk dirinya. Akhirnya, bukan sahaja ia membiarkan kejahilannya, tetapi ia membawa sikap meremehkan orang lain, kemudian pastinya akan menolak apa yang dibawa daripadanya walaupun kebenaran.
Tidak salah menunduk sebentar dan pelajari daripada sesiapa yang kamu rasa selekeh dan jelek. Pasti ini akan menanggalkan pakaian kesombongan kamu dan membina kasih sayang terhadap orang lain. Dan ini juga boleh mengurangkan kerenggangan terhadap sesama saudara. Percayalah.
https://www.facebook.com/mazurka.martillo/posts/873580662692528
No comments:
Post a Comment