Tuesday, 2 June 2020

Apabila Rasulullah SAW Menyebut Tentang Sabar, Ingatlah Bahawa....

Bila Rasulullah SAW berkata: “Bersabarlah” atau memberi nasihat tentang sabar, ingatlah yang berkata adalah insan yang :

a) kehilangan tiga orang anak; al-Qasim, Abdullah dan Ruqoyyah

b) kehilangan isterinya paling dicintai, Khadijah

c) kehilangan bapa saudaranya yang paling disayangi, Abu Thalib

d) kehilangan beberapa ramai sahabatnya

e) diejek cela dan ditindas selama di Makkah ketika fasa dakwah secara terbuka, kira-kira 10 tahun lamanya

f) pernah diboikot seluruh kabilah di Makkah selama 2-3 tahun

g) dibaling batu di Thaif

h) diburu untuk dibunuh ketika hijrah ke Madinah

j) mendapat luka parah ketika perang Uhud

k) diperangi beberapa kabilah Arab, Yahudi dan empayar Rom

------------------------------

Tolonglah jangan anggap agama Islam seolah-olah tidak ada peranan yang besar untuk menangani keresahan, kekacauan dan kesakitan dalam jiwa atau menganggap pengisian agama dari sudut rohani langsung sama sekali tidak ada kesan signifikan untuk merawat kemurungan, duka dan kesengsaraan yang mencakar-cakar dalam jiwa.

Seolah-olah ajakan kembali kepada iman dan pemurniaan kerohanian boleh dipandang lekeh dan hanya sekadar piscisan yang kecil maknanya.

Al-Quran ini turun kepada insan yang berhadapan dan menanggung dengan banyak ujian yang perit. Pastinya kandungannya memiliki limpahan yang bermakna yang besar untuk kita ambil faedah daripadanya.

Malah, baginda berpesan atas dasar sifat kebijaksanaan melalui pengalaman yang telah baginda peroleh dengan tuntunan wahyu. Sekurang-kurangnya ambil berat terhadap kata-kata baginda yang telah menempuh pelbagai kepahitan.

Kalau tidak tahu, cubalah cari dan belajar. Kalau kita boleh rajin untuk belajar psikologi dan dengar nasihat doktor atau ahli terapi untuk faham rawatan tekanan mental, mengapa sumber yang penuh dengan kebijaksanaan tidak mahu ditelaah dan diamati?


No comments:

Post a Comment