Tuesday, 12 May 2020

Memandangkan isu Rohingya masih panas menggelegak, saya nak bangkitkan persoalan dan jawapan itu terpulang pada masing-masing.

Ada pelbagai bangsa yang telah duduk menetap di Malaysia, sama ada yang sah warganegara atau tidak.

Cina, India, Pakistan, Nepal, Bangla, Filipina, selatan Thailand, Mat Saleh, Arab, Indon....... Orang Melayu memang ada mengutuk dan mengata buruk kepada bangsa ini. Namun, masalahnya ia tidak sedahsyat yang berlaku pada Rohingya. Apa jadi? Adakah orang Melayu memang sudah buang tebiat, suka-suka dan saja-saja nak mengamuk sangat ni?

Kalau kita nak katakan orang Melayu muslim ini lebih bermain sentimen Xenophobic berbanding mengutamakan nilai persaudaraan sesama Muslim merentas sempadan, sebenarnya sudah ada pelbagai bangsa yang muslim yang ada di negara ini. Arab, Indon, Pakistan, selatan Thailand dan lain-lain.

Sekali lagi, orang Melayu muslim mungkin ada mengutuk dan mengata buruk kepada mereka semua ini. Namun, masalah adalah ia tidak sedahsyat yang berlaku pada Rohingya. Apa jadi? Orang Melayu muslim memang sudah lupa erti persaudaraan dalam Islam ke? Sudah

Takkan semua ini berlaku tanpa punca?

---------------------------

Isu Xenophobia ni bukan isu panas negara Malaysia je. Tapi, ia isu antarabangsa, sama ada di Jepun atau di Eropah apabila telah semakin melambak warga asing yang tinggal di negara mereka untuk bekerja atau menjadi penduduk tetap atau warganegara di sana. Ia memang menggugat dan menjadi krisis nilai sejagat tempatan yang dikongsi bersama telah lama diwarisi sama ada dari aspek nilai jati diri, kebudayaan, identiti dan banyak lagi.

Jangan hanya melihat skop Malaysia sahaja. Lagi-lagi mereka yang mengambil Barat sebagai kiblat, tetapi ketinggalan isu-isu semasa yang berada di sana.

---------------------------

Dato' Najib ada cakap :

Adakah ASEAN dan PBB hanya terdiri dari Malaysia sahaja?

Sampai bila Malaysia perlu pikul tanggungjawab ini secara bersendiri?

NGO-NGO ini patut mendesak PBB dan UNHCR untuk bertindak juga. Jangan sering menekan Malaysia sahaja.

a) https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10156964040555952/?type=3&theater

b) https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10156962191835952/?type=3&theater

Lagi satu. NGO atau pihak berkenaan juga patut desak, tekan dan cari penyelesaian bagi kemelut antara Myanmar dan Rohingya. Bukan hanya serang kerajaan dan rakyat Malaysia sahaja.

No comments:

Post a Comment