Friday, 10 April 2020

Tips Untuk Disiplinkan Pembacaan di Facebook Setiap Hari

Selalu sahaja bila kita menggunakan Facebook, masa kita banyak terbuang macam tu sahaja sebab terlalu banyak distraction, terutamanya perkongsian tentang hiburan. Kadang kita nak membaca, tetapi masa kita terheret pada benda yang kita tidak mahu dan yang tidak memberikan kita fokus. Saya cuba kongsi tips kepada rakan-rakan supaya boleh disiplinkan diri untuk meluangkan masa utnuk membaca walaupun beberapa minit.

Ikut dua flow ini yang saya amalkan. Pertama, set See First pada page atau orang yang kita kenal yang banyak membuat perkongsian penulisan. Ya, dengan ini apabila kita membuka Facebook, tentu sahaja bahan pembacaan kita akan terpapar terlebih dahulu sebelum yang lain. Sekaligus, kita akan dipaksa untuk membaca pos tersebut terlebih dahulu. Cari page atau orang yang diminati untuk dijadikan bacaan harian. Kalau aku, page yang aku set See First adalah Musannif, The Patriots dan Cilisos / Soscili. Dengan cara begini, luangan masa kita akan ditarik untuk membaca terlebih dahulu secara automatik.

image

Kemudian, kalau masa buka Facebook, tetapi tak ada mood nak membaca wakti itu juga, maka yang kedua adalah Save Post terlebih dahulu sebelum skrol. Ini memudahkan pos tersebut tidak hilang kalau kita mahu baca pada waktu lain. Kenapa flow ini penting? Bayangkan kalau post yang kita save terlalu banyak, tetapi kita tidak pernah buka, apa akan jadi? Kita mula jadi rimas. Apa yang kita buat? Tentu kita akan paksa diri kita untuk habiskan bahan pembacaan yang kita simpan supaya tidak terlalu berlonggok. Tekanan sebegini adalah cara supaya kita paksa diri kita juga untuk membaca walau apa pun jua.

Ok, katakan kalau kita ni seorang terlebih rajin membaca, tetapi sudah tidak cukup kuota untuk See First, apa boleh buat? Mudah saja. Simpan link page atau profile yang out of quota. Kita update kat status kita dengan senaraikan link yang menjadi bacaan kita. Tak perlu set Public atau Friends. Set kan Only Me sudah memadai (apapun, terpulang pada diri masing-masing). Lepas pos tu, save post kita tu dan letakkan dalam kategori yang memudahkan kita dapatkan balik pos yang kita save. Contohnya “Bacaan Harian”. Jadi, tidak perlu kita rasa rimas kalau terlepas pos.

Apapun caranya, selamat jadi pembaca yang rajin dan sentiasa menjadi rakyat yang celik dalam pengetahuan.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2785708108146431&set=a.2757481107635798&type=3&theater

No comments:

Post a Comment