Kekhuatiran untuk bertekak dalam masalah ini disebabkan perbezaan ini, dia perlu jaga reputasi dan imej di hadapan pasangannya sepanjang masa supaya tidak mengecewakannya. Akhirnya, dia rasa terkongkong dan terbeban dalam banyak benda untuk awasi dan teliti setiap tindak-tanduk kita. Tidak banyak ruangnya untuk menjadi bebas supaya dia boleh buat apa yang kita mahu. Sebenarnya “bebas” untuk buat apa yang dia mahu bukan maksudnya dia mahu buat jahat, cuma khuatir apa yang dia buat itu boleh singgung perasaan pasangannya kerana tidak dapat menerima apa yang dia lakukan.
Jadi, masalah sekarang bukan sebab menjadi “baik”, tetapi toleransi kita dalam menerima personaliti yang berbeza dan pemahaman tentang “baik” yang menjadi prinsip mereka. Penolakan mereka bukan sebab kita “terlalu baik”, tetapi disebabkan ketidakpastian sikap “toleransi” kita pada diri mereka.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2787681664615742&set=a.2757481107635798&type=3&theater

No comments:
Post a Comment