Belajar menutur ni cukup dengan lihat bagaimana mereka berbual dan bertutur, kemudian tiru sebijik-sebijik. Selanjutnya nanti, kemahiran yang seterusnya, iaitu pertuturan secara spontan tanpa rujukan (reference) akan menyusul setelah biasa dan sebati lama dengan ungkapan penutur jati.
Kenapa kita tidak boleh sesuka hati guna kreativiti sendiri dalam hal ini, terutamanya bagi pemula? Sebabnya adalah ia boleh terdedah kepada rasa kejanggalan bagi penutur jati apabila mendengarkan pengungkapan itu. Walaupun betul mengikut struktur bahasa dan tatabahasa, tetapi belum tentu ia sejadi dengan jiwa pendengar penutur jati. Contohnya, ungkapan “Saya tidak mahu makan”. Walaupun betul, tetapi penutur jati tidak cakap sebegini dan boleh rasa janggal. Yang biasa bagi penutur jati sebut ialah “Saya tak nak makan”. Maka, kita tiruah bulat-bulat sepertimana yang mereka sebut.
Tanyalah pelukis, kenapa untuk pemula, kita perlukan rujukan (reference) terlebih dahulu sebelum terbitkan idea sendiri? Dari situ, nampaklah jawapannya.

Contohnya dalam bahasa Arab, boleh untuk buat struktur ayat kata kerja + objek + pelaku, tetapi dalam bahasa Melayu dan Inggeris, struktur seperti ini tidak ada. Yang ada cumalah pelaku + kata kerja + objek untuk ayat aktif seperti “Najib belasah PH”, manakala objek + kata kerja + pelaku untuk ayat pasif seperti “PH dibelasah Najib”.
Kreatif mana pun otak kita dan sehebat mana pun kosa kata kita kumpul, perlu jaga struktur bagi setiap bahasa masing-masing.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2736496483067594&set=a.2757481107635798&type=3&theater
No comments:
Post a Comment