Wednesday, 8 April 2020

Terima kasih lah suarakan. Ini pun benda aku dah lama pendam.
Sebab aku ni pun penulis, tapi tak dibayar. Ada penulisan ni, aku skip breakfast dan makan tengahari (minum air je) semata-mata nak buat kajian, rujuk bahan, fikir panjang dan siapkan...

Terima kasih lah suarakan. Ini pun benda aku dah lama pendam.

Sebab aku ni pun penulis, tapi tak dibayar. Ada penulisan ni, aku skip breakfast dan makan tengahari (minum air je) semata-mata nak buat kajian, rujuk bahan, fikir panjang dan siapkan penulisan. Tak boleh nak stop. Ada satu penulisan ni, tiga hari tanpa henti baru dapat siapkan. Aku tulis atas dasar passion dan tak fikir pun nak harapsesiapa bayar untuk setakat ini. Tapi, nak bayar pun bagus jugak. Hahaha. Asalkan orang sudi membaca, sudah cukup.

Bila dapat komen macam ni, tentulah aku (dan penulis lain) terasa. Bayangkan susah payah menulis sampai skip makan dan tak dapat tengok anime, baca manga dan cerita kegemaran, lepas tu yang ni kau bagi? Kau macam bagi calit kat orang yang bagi hadiah. Kita tak tagih pun sesiapa nak baca, apatah lagi berbayar. Yang penting, kalau rasa tak nak baca, cakap elok-elok.

Tapi, tu lah. Tak nak balas sakit hati kat member, aku diamkan saja. Apapun, ini memang perbuatan yang disrespect terhadap para penulis walaupun nada bergurau. Aku mungkin baik, orang lain, aku tak tau lah macam mana dia nak belasah kau balik. Janganlah nak harap orang lain lebih pemaaf dan bersaba dari aku.

Dia fikir kita tulis panjang-panjang je nak kasi dia meletup, dia tak fikir pun macam mana kita berkorban masa dan gagahkan diri jugak walaupun dah lesu, lemah dan penat. Nak buat kajian punyalah payah. Nak menaip pun makan masa. Lepas tu, kena buat semakan. Ingat boleh selesai 5 minit je ke?

Kalau rasa tak nak baca, skip je. Aku tak kisah pun. Even, nak baca nanti pun, boleh save post. Tak perlulah komen macam ni. Kalau aku dibayar, tak pe lah sesiapa nak komen macam ni. Duit masuk jugak akhirnya.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3181472098570028&set=pb.100001218067654.-2207520000..&type=3&theater

No comments:

Post a Comment