Ahli fiqh dahulu membezakan hukum yang ada antara jasad yang sebenar pada jasad dan jasad yang diserupakan seperti realiti. Namun, ia bukan berkisar pada laman maya kerana zaman itu belum ada internet lagi. Yang mereka bezakan adalah lihatan imej pantulan cermin dan bayangan air dengan diri atau jasad yang sebenar.
Setakat dapatan saya, ahli fiqh paling awal yang membezakan dan memperincikan dua hal ini adalah al-Māwardi dalam al-Ḥāwī al-Kabīr. Beliau membezakan dua kes hukum yang berbeza dalam talak isteri yang ditaʿliq apabila isteri itu melihat Zaid. Jika isteri itu melihat Zaid dalam keadaan mati atau gila atau dibawa secara paksa, maka jatuh talaknya kerana isteri itu melihatnya secara nyata yang berjasad. Akan tetapi, jika Zaid itu berhadapan dengan cermin, lalu timbullah pantulannya, kemudian isteri itu melihat pantulannya, maka ini tidak jatuh talaknya. Begitu juga jika Zaid berhadapan dengan air, lalu timbullah bayangannya, kemudian isteri itu melihat bayangannya. Alasannya adalah isteri itu melihat sesuatu yang menyerupainya dan kes ini sama sahaja seperti melihat Zaid dalam mimpi. Jika isteri melihat Zaid di balik kaca lutsinar yang tidak menghalang lihatan isteri terhadapnya, maka jatuh talak kerana isteri itu telah melihat jisim Zaid. Jelas pembezaan dan penjelasannya.
Kemudian, pendapat ini juga diikuti oleh ahli fiqh mazhab ašy-Šyāfiʿe yang terkemudian seperti Asy-Syīrōzi dalam al-Muhḏzḏzab yang jelas menyatakan bahawa apabila isteri yang ditaʿliqkan itu melihat fulan di balik kaca yang lutsinar, maka jatuh talaknya kerana isteri itu telah melihatnya secara hakikat, tetapi jika isteri itu melihat bayangan pada air, maka tidak jatuh talaknya. Kemudian, ar-Rūyāni dalam Baḥr al-Maḏzhab juga menyusul sama. Begitu juga Abū al-Ḥusain al-ʿImrōni dalam al-Bayān Fī Maḏzhab al-Imām asy-Syāfiʿiy, Abū al-Baqōʾ dalam an-Najm al-Wahhāj dan lain-lain. Pendapat ini juga diikuti oleh ahli fiqh mazhab Hanbali seprti Ibn Qudamah dalam al-Mughni dan Ibn Taymiyah dalam al-Muḥarror Fī al-Fiqh al-Imām Aḥmad Ibn Ḥanbal. Kedua-duanya menyatakan yang sama bahawa bezanya jatuhnya talak isteri yang ditaʿliq dalam melihat dua keadaan tersebut.
Kemudian, terbitlah pandangan dalam mazhab ašy-Šyāfiʿe yang menyatakan bahawa hukum melihat badan yang nyata dan yang terpapar pada pantulan cermin dan imej bayangan air adalah berbeza. Antara ahli fiqh mazhab tersebut yang menyatakan sedemikian adalah Ibn Ḥajar al-Ḥaitami dalam Tuḥfah al-Muḥtāj, ar-Romliy dalam Nihāyah al-Muḥtāj dan Abū Bakr ad-Dimyāṭiy dalam Iʿānah aṭ-Ṭōlibīn. Pendapat berbezanya melihat badan ini difatwakan lebih daripada seorang sepertimana yang ditegaskan oleh ar-Romliy dan Abū Bakr ad-Dimyāṭiy dalam rujukan sama. Dapat kita katakan, ini adalah pendapat arus perdana dan muktamad dalam mazhab ašy-Šyāfiʿe.
Tambahan pula, Ibn Ibn Ḥajar al-Ḥaitami dan Abū Bakr ad-Dimyāṭiy dalam rujukan yang sama menyatakan bahawa ada ahli fiqh menguatkan pendapat bezanya hukum melihat badan yang terpapar di cermin dan air dengan qiyas daripada perbezaan jatuhnya talak yang taʿliq. Oleh itu, perbahasan tentang hukum melihat badan ini bukan hanya terhad dalam satu topik sahaja, tetapi ia akan memberi kesan Domino kepada isu-isu yang lain.
Ada lagi isu yang dibahaskan dalam mazhab ašy-Šyāfiʿe tentang lihatan biasa pada imej badan di air dan cermin. Adakah boleh melihatnya dalam keadaan bersyahwat? Al-Qolyūbiy dalam hasyiyah
miliknya dan al-Bujairimiy dalam Tuḥfah al-Ḥabīb menyatakan boleh melihatnya kendatipun bersyahwat, manakala Ibn Ḥajar al-Ḥaitami berpendapat sebaliknya. Jika anda berpegang teguh dengan mazhab asy-Syafi'e, tentu anda akan mengambil pendapat muktamad, iaitu qaul Ibn Ḥajar dan tidak mengambil kira pendapat selainnya. Pendapat kedua-dua ilmuan itu tidak akan diterima sebagai pendapat yang layak dinisbahkan kepada mazhab ašy-Šyāfiʿe secara muktamad. Akan tetapi, ini bukan bermakna pendapat yang selain Ibn Ḥajar akan salah secara mutlak secara automatik kerana salah atau benar sesuatu perkara itu adalah melalui neraca al-Quran dan as-Sunnah, bukan kerana berbeza dengan individu yang lain. Yang tertolak pada pendapat kedua-dua ilmuan ini adalah pada tidak layaknya dianggap pendapat yang tidak dikedepankan sebagai pendapat mazhab ašy-Šyāfiʿe apabila masuk perbincangan perbandingan mazhab. Bezakan.
Saya tahu ada ahli ilmu zaman kini cuba membuktikan bahawa pendapat al-Qolyūbiy dan al-Bujarimi ini salah. Kesalahan mungkin akan nampak jelas jika hanya al-Qolyūbiy sahaja yang menyatakan sedemikian. Akan tetapi, pendapat itu juga diikuti oleh al-Bujairimiy. Ini pasti akan menimbulkan tekanan bahawa barangkali pendapat ini boleh disemak dan terbuka untuk penilaian sejauhmana kebenarannya. Bagi sesiapa yang sedar bahawa al-Qolyūbiy dan al-Bujraimi yang mana kedua-duanya saling bersamaan pendapat tidak mengeluarkan pendapat mengikut hawa nafsunya, tetapi berdasarkan ketelitian dan pengamatan yang menyeluruh, maka mengambil pandangannya tidak dikira mengikut hawa nafsu. Jika anda berkesedaran sedemikian, tidak berhak untuk anda menuduh sedemikian walaupun anda membencinya.
Pada dapatan saya, al-Qolyūbiy dan al-Bujarimiy tidaklah salah. As-Subkiy al-Kabīr sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn Ḥajar al-ʿAsqalāniy dalam Fatḥ al-Bārī menyatakan bahawa status hati dalam menggerakkan niat seseorang untuk menentukan seseorang itu berdosa atau tidak diambil kira dari empat keadaan, iaitu al-Hājis, al-Khōṭir, al-Hamm dan al-ʿAzm. Tiga yang pertama tidak berdosa, manakala yang keempat adalah berdosa.
Al-Hājis adalah lintasan, al-Khōṭir adalah yang bermain dan berlegar dalam jiwa, al-Hamm adalah keadaan hati yang ada keinginan, tetapi tidak mahu merealisasikannya dan tidak redha terhadapnya kerana sebab tertentu seperti teragak-agak atau seumpamanya, manakala al-ʿAzm adalah keinginan yang dikuatkan untuk merealiasikan apa yang diniatkan walau apa jua keadaan sekali pun dan dia redha akan hal itu.
Saya tidak mahu bahaskan di sini kerana ia suatu perincian yang mendalam dan panjangnya akan setara dengan penulisan yang ini. Namun, yang dapat kita ambil adalah al-Qolyūbiy dan al-Bujairimiy adalah benar apabila diiktibar pada tiga status tersebut. Adapun, mengitlakkan syahwat sebagai dosa walau apa jua keadaan sekali pun adalah pendapat yang tidak benar dengan sandaran dalil. Jika ingin peroleh perbahasan lanjut, saya telah lampirkan sumbernya di bahagian rujukan dalam bentuk pautan laman sesawang.
Untuk mazhab Hanbali, saya belum temukan sama ada ahli fiqh dari kalangan mereka membahaskan secara spesifik dalam bab lihatan biasa dan umum yang bukan berkaitan dengan talak taʿiq sepertimana mazhab ašy-Šyāfiʿe. Namun, ia tetap meyakinkan kita bahawa sesiapa sahaja yang bermazhab Hanbali sama ada yang awam atau pun ahli ilmu daripadanya, bagi mereka yang celik dalam hal ini, akan sama pandangannya dengan mazhab ašy-Šyāfiʿe..
Ahli fiqh mazhab Hanafi seperti Muḥammad bin Farōmarzi bin ʿAliy dalam Duror al-Ḥukkām dan beliau juga memetik pendapat daripada Qadhi Khōn dan pengarang al-Khulaṣoh, mereka berpedapat yang sama, iaitu tidak sama hukum melihat wanita pada realiti dan imej yang terpantul pada air dan cermin. Kamāluddin Ibn al-Hammām dalam Fatḥ al-Qodīr dan Ibn ʿĀbidīn dalam Radd al-Muḥtār menjadikan perbezaan hukum ini sebagai kesan hukum untuk situasi yang lain, iaitu dalam kes sumpah. Jika seseorang itu bersumpah untuk tidak melihat wajah seseorang, lalu dia melihat si fulan itu pada imej pantulan air dan cermin, maka ini tidak dikira melanggar sumpah.
Jelaslah bahawa yang terpapar pada air dan cermin tidaklah dikira sama hukumnya dengan yang sebenarnya pada anggota jasad. Kes ini juga teraplikasi sama untuk lukisan, gambar fotokopi, foto, gambar cetakan atau elektronik, ukiran patung, hologram dan lain-lain. Semua ini bukan badan yang sebenar-benarnya. Kemudian, jika melihat diperbolehkan, tentu sahaja menampakkannya melalui medium yang mengubah penjelmaan realitinya atau muat naik gambar itu ke laman sosial tidak ada masalah.
Saya tahu ada yang kurang senang apabila dibentangkan adanya perbezaan hukum melihat faraj yang sebenar pada anggota badan dan gambar faraj. Baiklah, saya akan lontarkan persoalan untuk mereka ini. Adakah batal wuduk dengan menyentuh gambar faraj? Saya pasti tidak akan ada seorang pun yang akan mengatakan ia membatalkan wuduk kecuali orang yang ingin dipanggil sebagai gila dan hilang akal. Apa alasan mereka untuk nafikan batalnya wuduk? Tentu tidak lain tidak bukan: “Ini cumalah gambar”. Lantas, kenapa anda boleh bezakan status pembatalan wuduk dalam dua situasi tersebut tanpa berfikir panjang, tetapi dalam bab lihatan, anda sangat degil dan keras penentangannya seolah-olah kedua-daanya adalah sama? Manhaj yang tidak menghasilkan konsistensi dalam hukum fiqh bukanlah manhaj ahli sunnah.
Malah sebenarnya ahli fiqh kontemporari telah pun membezakan antara dua ini tanpa disedari. Buktinya adalah pandangan tentang persetubuhan dengan robot seks tidak dianggap zina dan saya belum menemukan perselisihan pandangan dalam memuktamadkan setiap pendapat. Sebabnya jelas bahawa yang disetubuhi itu adalah objek yang diserupakan seperti anggota badan, bukannya anggota badan secara sebenar. Sekarang mereka telah pun sepakat dalam isu pembezaan ini. Kenapa tiba-tiba ada yang ingin menyamakan dua hal yang berbeza hakikat dalam bab lihatan?
Sengaja saya sajikan topik talak dan sumpah supaya pembaca sedar bahawa isu melihat aurat pada laman maya ini bukan hanya akan terkongong dalam satu isu sahaja, ia akan ada kesan Domino atau kesan sampingan dalam satu isu yang lain. Kalau anda mengatakan bahawa melihat aurat di laman sosial sama seperti yang sebenarnya pada jasad, bermakna anda menetapkan jatuhnya talak seorang isteri dengan melihat gambar dan seseorang itu dikira melanggar sumpah dengan melihat imej hologram. Malah, ini menatijahkan bahawa anda menetapkan batalnya wuduk dengan menyentuh gambar kemaluan sama ada sedar atau tidak! Inilah sebab sangat patut didedahkan perbandingan dalam isu lain.
Sengaja juga saya bawa petikan ahli ilmu supaya para pembaca tidak lagi menuduh bahawa saya melakukan suatu inisiatif yang didasari sikap memandai-mandai. Pendapat saya ini berinspirasikan dan bertunjangkan dengan pendapat ahli ilmu. Saya cuma membawa analisis untuk pendapat mereka. Mereka yang melontarkan kata-kata nista terhadap saya kerana pendapat ini, tetapi berpura-pura buta, mendiamkan diri atau berpura-pura lunak dengan ahli ilmu yang mengutarakan pendapat ini, maka jelaslah bahawa sebenarnya dia adalah penunggang hawa nafsu dan agamanya hanya sekadar mengikut sentimental, bukan dengan ilmu dan hujah.
Saya pernah menemukan kata seseorang bahawa pendapat pembezaan hukum ini dalah pendapat syaz, sedangkan merekalah sebenarnya yang berada di pihak syaz. Hukum fiqh dinilai pada hakikat sesuatu benda. Apabila berubah hakikat, berubah hukumnya. Ini adalah maklum bagi sesiapa yang celik dalam kaedah fiqh. Cincin yang diwarnakan keemasan tidak dikira emas sebenar. Oleh itu, tidak ada haram untuk lelaki memakai cincin tersebut. Banding samakan juga dengan kes ini.
Yang menjadi masalah kekeliruan ini bukan berlaku daripada kalangan orang awam sahaja, tetapi bagi mereka yang belajar usul dan kaedah fiqh secara mendalam. Paling parah adalah mereka yang mengaku dan mendakwa bahawa mereka adalah mazhab ašy-Šyāfiʿe dan mendahulukan pendapat ahli fiqh mazhab tersebut padanya, tetapi mereka sangat jauh daripada realiti sebenarnya. Tambah lagi parah apabila mereka sengaja memberi fatwa yang berbeza dengan kaedah, usul dan qaul mazhab ašy-Šyāfiʿe, tetapi masih mendakwa inilah mazhab ašy-Šyāfiʿe! Inilah akibat apabila sentimen lebih didahulukan berbanding pertimbangan fiqh.
Sentimen ini lebih parah dengan menjaja cerita kononnya ada orang ini diazab oleh malaikat di kubur 24 jam kerana gambarnya yang terbuka auratnya masih terpapar di laman sosial dan masih dilihat oleh orang. Apabila anda sudah mengerti tentang ini, nyatalah ini sesuatu yang sangat menjijikkan dan meloyakan. Betapa bodoh orang yang mempercayai cerita jijik sebegini.
Cukup setakat ini. Saya sudah bentangkan hujah saya dan silakan menilainya. Sesiapa yang mengingkarinya hanya kerana berkiblatkan rasa tidak senang dan benci, maka dia langsung tidak layak dipanggil penuntut ilmu dan pembela kebenaran.
Rujukan :
(a) Al-Māwardi dalam al-Ḥāwī al-Kabīr :
(مَسْأَلَةٌ:) قال الشافعي: (ولو قال إذا رأيته فرأته فِي تِلْكَ الْحَالِ حَنَثَ) .
قَالَ الْمَاوَرْدِيُّ: وَهَذَا صَحِيحٌ؛ لِأَنَّهُ قَالَ: إِذَا رَأَيْتِ زَيْدًا فَأَنْتِ طَالِقٌ، فَقَدْ عَلَّقَ طَلَاقَهَا بِرُؤْيَتِهَا لِزَيْدٍ، فَإِذَا رَأَتْهُ مَيِّتًا أَوْ رَأَتْهُ مَجْنُونًا أَوْ مُكْرَهًا مَحْمُولًا، وَقَعَ الطَّلَاقُ لِوُجُودِ الرُّؤْيَةِ مِنْهَا، فَحَصَلَتْ صِفَةُ الْحِنْثِ، وَوَقَعَ بِهَا الطَّلَاقُ فَلَوْ كَانَ زيد في مقابلة مرآة، فاطَّلَعَتْ فِي الْمِرْآةِ صُورَةُ زَيْدٍ فِيهَا، أَوِ اطَّلَعَتْ فِي الْمَاءِ، وَزَيْدٌ فِي مُقَابَلَةِ الْمَاءِ، فَرَأَتْ صُورَتَهُ فِيهِ، لَمْ تُطَلَّقْ؛ لِأَنَّهَا لَمْ تَرَهُ، وَإِنَّمَا رَأَتْ مِثَالَهُ، وَصَارَ كَرُؤْيَتِهَا لِزَيْدٍ فِي الْمَنَامِ فَإِنَّهُ لَا يَقَعُ بِهَا طَلَاقٌ.
فَإِنْ رَأَتْ زَيْدًا مِنْ وَرَاءِ زُجَاجٍ شَفَّافٍ، لَا يَمْنَعُ مِنْ مُشَاهَدَةِ مَا وَرَاءَهُ فَإِنْ كَانَ حَائِلًا وَقَعَ الطَّلَاقُ بِخِلَافِ رُؤْيَتِهِ فِي الْمِرْآةِ، لأنها رأت ها هنا جِسْمَ زَيْدٍ، وَرَأَتْ فِي الْمِرْآةِ مِثَالَ زَيْدٍ وَلَا يَكُونُ الزُّجَاجُ الْحَائِلُ مَعَ وُجُودِ الرُّؤْيَةِ مِنْ وَرَائِهِ، مَانِعًا لَهُ مِنْهَا.
(b) Ar-Rūyāni dalam Baḥr al-Maḏhab :
مسألة: قالَ: “ولَوْ قال: إِذَا رَأَيتِهِ فَرأَتهُ فَي الحالِ حَنِثَ”.
قصد به الفرق بين هذه المسألة والتي قبلها فإن هاهنا إذا رأته في تلك الحال حيًا وميتًا حنث لأنه رأته ميتًا كما يقال رأته حيًا، وإن رأته ناسيًا فعلى ما ذكرنا من الخلاف وكذلك إذا أكرهت على النظر.
فرع آخر
لو قال: إذا رأيت فلانًا فاطلعت في المرآة فرأت صورة زيدٍ فيها أو اطلعت في الماء وزيدٌ في مقابلة الماء لم تطلق لم تره وإنما رأت مثاله كما لو رأت في المنام.
فرع آخر
لو رأته من وراء زجاج لا يمنع مشاهدة ما وراءه وقع لأنها رأت هاهنا جسم زيد ورأت في المرآة مثال زيد ولا يكون الزجاج الحائل مع وجود الرؤية مانعًا منها.
(c) Asy-Syīrōzi dalam al-Muhḏzḏzab :
فصل: وإن قال إن رأيت فلاناً فأنت طالق فرآه ميتا أو نائما طلقت لأنه رآه وإن رآه في مرآة أو رأى ظله في الماء لم تطلق لأنه ما رآه وإنما رأى مثاله وإن رآه من وراء زجاج شفاف طلقت لأنه رآه حقيقة.
(d) Abū al-Ḥusain al-ʿImrōni dalam al-Bayān Fī Maḏzhab al-Imām asy-Syāfiʿiy :
وإن رأته في مرآة أو رأت ظله في الماء.. لم تطلق؛ لأنها ما رأته، وإنما رأت مثاله. وإن رأته من وراء زجاج شفاف.. طلقت؛ لأنها رأته حقيقة.
(e) Abū al-Baqōʾ dalam an-Najm al-Wahhāj :
والمعتبر: رؤية شيء من بدنه وإن قل، قال المتولي: إلا أن ترى يده أو رجله وقد أخرجهما من كوة .. فإنها لا تطلق؛ لأنه لا يصدق عليه أنها رأته، وقيل: تشترط رؤية الوجه.
وتكفي رؤيته في ماء صاف أو زجاج شفاف في الأصح، ولو رأت مثاله في المرأة أو في الماء الصافي .. لم تطلق، وفيه احتمال للإمام بعيد، ولو رأته في المنام .. لم تطلق قطعاً.
قال القاضي: ولو حلف لا ينظر إلى وجه نفسه فرآه في المرأة .. حنث؛ لأنه لا يتصور إلا كذلك.
(f) Ibn Qudamah dalam al-Mughni
فَإِنْ قَالَ: إنْ رَأَيْت أَبَاكِ، فَأَنْتِ طَالِقٌ. فَرَأَتْهُ مَيِّتًا، أَوْ نَائِمًا، أَوْ مُغْمًى عَلَيْهِ، أَوْ رَأَ
خَرَجَ مِثَالُهَا فَلَا يَحْرُمُ نَظَرُهُ فِي نَحْوِ مِرْآةٍ كَمَا أَفْتَى بِهِ غَيْرُ وَاحِدٍ وَيُؤَيِّدُهُ قَوْلُهُمْ لَوْ عَلَّقَ الطَّلَاقَ بِرُؤْيَتِهَا لَمْ يَحْنَثْ بِرُؤْيَةِ خَيَالِهَا فِي نَحْوِ مِرْآةٍ؛ لِأَنَّهُ لَمْ يَرَهَا وَمَحَلُّ ذَلِكَ كَمَا هُوَ ظَاهِرٌ حَيْثُ لَمْ يَخْشَ فِتْنَةً وَلَا شَهْوَةًتْهُ مِنْ خَلْفِ زُجَاجٍ، أَوْ جِسْمٍ شَفَّافٍ، طَلُقَتْ؛ لِأَنَّهَا رَأَتْهُ، وَإِنْ رَأَتْ خَيَالَهُ فِي مَاءٍ، أَوْ مِرْآةٍ، أَوْ صُورَتَهُ عَلَى حَائِطٍ، أَوْ غَيْرِهِ، لَمْ تَطْلُقْ؛ لِأَنَّهَا لَمْ تَرَهُ
(g) Ibn Taymiyah dalam al-Muḥarror Fī al-Fiqh al-Imām Aḥmad Ibn Ḥanbal :
وَإِذَا قَالَ إِنْ رَأَيْتَ فُلَانًا فَأَنْتَ طَالِقٌ فَرَأَتْهُ مَيِّتًا أَوْ فْي مَاءٍ أَوْ زُجَاجٍ شَفَّافٍ طَلُقَتْ وَإِنْ رَأَتْ خِيَالَهُ فِي مَاءٍ أَوْ مِرْآةٍ لَمْ تَطْلُقْ
(h) Ibn Ḥajar al-Ḥaitami dalam Tuḥfah al-Muḥtāj :
خَرَجَ مِثَالُهَا فَلَا يَحْرُمُ نَظَرُهُ فِي نَحْوِ مِرْآةٍ كَمَا أَفْتَى بِهِ غَيْرُ وَاحِدٍ وَيُؤَيِّدُهُ قَوْلُهُمْ لَوْ عَلَّقَ الطَّلَاقَ بِرُؤْيَتِهَا لَمْ يَحْنَثْ بِرُؤْيَةِ خَيَالِهَا فِي نَحْوِ مِرْآةٍ؛ لِأَنَّهُ لَمْ يَرَهَا وَمَحَلُّ ذَلِكَ كَمَا هُوَ ظَاهِرٌ حَيْثُ لَمْ يَخْشَ فِتْنَةً وَلَا شَهْوَةً
(i) Ar-Romliy dalam Nihāyah al-Muḥtāj :
خَرَجَ مِثَالُهَا فَلَا يَحْرُمُ نَظَرُهُ فِي نَحْوِ مِرْآةٍ كَمَا أَفْتَى بِهِ جَمْعٌ لِأَنَّهُ لَمْ يَرَهَا
(j) Abū Bakr ad-Dimyāṭi dalam Iʿānah aṭ-Ṭōlibīn :
(قَوْلُهُ: لَا فِي نَحْوِ مِرْآةٍ) أَيْ لَا يَحْرُمُ نَظَرُهُ لَهَا فِي نَحْوِ مِرْآةٍ كَمَاءٍ وَذَلِكَ لِأَنَّهُ لَمْ يَرَهَا فِيهَا وَإِنَّما رَأَى مِثَالَهَا. وَيُؤَيِّدُهُ قَوْلُهُمْ لَوْ عَلَّقَ طَلَاقَهَا بِرُؤْيَتِهَا لَمْ يَحْنُثْ بِرُؤْيَةِ خِيَالِهَا وَالْمِرْآةُ مِثْلُهُ فَلَا يَحْرُمُ نَظَرُهَا لَهُ فِي ذَلِكَ
(k) Al-Qolyūbi dalam Hāsyiyatā Qolyūbiy wa ʿUmayrah ʿAlā Syarḥ al-al-Muḥallā ʿAlā Minḥāj at-Ṭōlibīn :
وَخَرَجَ بِهِ رُؤْيَةُ الصُّورَةِ فِي الْمَاءِ أَوْ فِي الْمِرْآةِ فَلَا يَحْرُمُ وَلَوْ مَعَ شَهْوَةٍ
(l) Al-Bujairimiy dalam Tuḥfah al-Ḥabīb :
وَخَرَجَ بِهِ رُؤْيَةُ الصُّورَةِ فِي نَحْوِ الْمِرْآةِ وَمِنْهُ الْمَاءُ فَلَا يَحْرُمُ وَلَوْ مَعَ شَهْوَةٍ
(m) Muḥammad bin Farōmarzi bin ʿAliy dalam Duror al-Ḥukkām :
لَا يَحْرُمُ تَزَوُّجُ الْمَنْظُورِ إلَى فَرْجِهَا الدَّاخِلِ (مِنْ مِرْآةٍ أَوْ مَاءٍ بِالِانْعِكَاسِ) يَعْنِي إذَا نَظَرَ إلَى فَرْجِهَا الدَّاخِلِ مِنْ زُجَاجٍ أَوْ مَاءٍ هِيَ فِيهِ تَحْرُمُ هِيَ لَهُ، وَأَمَّا إذَا نَظَرَ إلَى مِرْآةٍ أَوْ مَاءٍ فَرَأَى فَرْجَهَا الدَّاخِلَ بِالِانْعِكَاسِ لَا تَحْرُمُ لَهُ، كَذَا فِي فَتَاوَى قَاضِي خَانْ وَالْخُلَاصَةِ
(n) Kamāluddin Ibn al-Hammām dalam Fatḥ al-Qodīr :
النَّظَرُ مِنْ وَرَاءِ الزُّجَاجِ إلَى الْفَرْجِ مُحَرِّمٌ، بِخِلَافِ النَّظَرِ فِي الْمِرْآةِ. وَلَوْ كَانَتْ فِي الْمَاءِ فَنَظَرَ فِيهِ فَرَأَى فَرْجَهَا فِيهِ ثَبَتَتْ الْحُرْمَةُ، وَلَوْ كَانَتْ عَلَى الشَّطِّ فَنَظَّرَ فِي الْمَاءِ فَرَأَى فَرْجَهَا لَا يُحَرِّمُ، كَأَنَّ الْعِلَّةَ وَاَللَّهُ أَعْلَمُ أَنَّ الْمَرْئِيَّ فِي الْمِرْآةِ مِثَالُهُ لَا هُوَ، وَبِهَذَا عَلَّلُوا الْحِنْثَ فِيمَا إذَا حَلَفَ لَا يَنْظُرُ إلَى وَجْهِ فُلَانٍ فَنَظَرَهُ فِي الْمِرْآةِ أَوْ الْمَاءِ، وَعَلَى هَذَا فَالتَّحْرِيمُ بِهِ مِنْ وَرَاءِ الزُّجَاجِ بِنَاءً عَلَى نُفُوذِ الْبَصَرِ مِنْهُ فَيَرَى نَفْسَ الْمَرْئِيِّ، بِخِلَافِ الْمِرْآةِ وَالْمَاءِ، وَهَذَا يَنْفِي كَوْنَ الْإِبْصَارِ مِنْ الْمِرْآةِ وَمِنْ الْمَاءِ بِوَاسِطَةِ انْعِكَاسِ الْأَشِعَّةِ وَإِلَّا لَرَآهُ بِعَيْنِهِ بَلْ بِانْطِبَاعٍ مِثْلُ الصُّورَةِ فِيهِمَا، بِخِلَافِ الْمَرْئِيِّ فِي الْمَاءِ لِأَنَّ الْبَصَرَ يَنْفُذُ فِيهِ إذَا كَانَ صَافِيًا فَيَرَى نَفْسَ مَا فِيهِ. وَإِنْ كَانَ لَا يَرَاهُ عَلَى الْوَجْهِ الَّذِي هُوَ عَلَيْهِ
(o) Ibn ʿĀbidīn dalam Radd al-Muḥtār :
(قَوْلُهُ:؛ لِأَنَّ الْمَرْئِيَّ مِثَالُهُ إلَخْ) يُشِيرُ إلَى مَا فِي الْفَتْحِ مِنْ الْفَرْقِ بَيْنَ الرُّؤْيَةِ مِنْ الزُّجَاجِ وَالْمِرْآةِ، وَبَيْنَ الرُّؤْيَةِ فِي الْمَاءِ، وَمِنْ الْمَاءِ حَيْثُ قَالَ: كَأَنَّ الْعِلَّةَ وَاَللَّهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى أَعْلَمُ أَنَّ الْمَرْئِيَّ فِي الْمِرْآةِ مِثَالُهُ لَا هُوَ وَبِهَذَا عَلَّلُوا الْحِنْثَ فِيمَا إذَا حَلَفَ لَا يَنْظُرُ إلَى وَجْهِ فُلَانٍ فَنَظَرَهُ فِي الْمَرْأَةِ أَوْ الْمَاءِ وَعَلَى هَذَا فَالتَّحْرِيمُ بِهِ مِنْ وَرَاءِ الزُّجَاجِ، بِنَاءً عَلَى نُفُوذِ الْبَصَرِ مِنْهُ فَيَرَى نَفْسَ الْمَرْئِيِّ بِخِلَافِ الْمَرْأَةِ، وَمِنْ الْمَاءِ، وَهَذَا يَنْفِي كَوْنَ الْإِبْصَارِ مِنْ الْمِرْآةِ وَالْمَاءِ بِوَاسِطَةِ انْعِكَاسِ الْأَشِعَّةِ، وَإِلَّا لَرَآهُ بِعَيْنِهِ بَلْ بِانْطِبَاعِ مِثْلِ الصُّورَةِ فِيهِمَا، بِخِلَافِ الْمَرْئِيِّ فِي الْمَاءِ؛ لِأَنَّ الْبَصَرَ يَنْفُذُ فِيهِ إذَا كَانَ صَافِيًا فَيَرَى نَفْسَ مَا فِيهِ، وَإِنْ كَانَ لَا يَرَاهُ عَلَى الْوَجْهِ الَّذِي هُوَ عَلَيْهِ
Katanya lagi :
وَقَدْ يُجَابُ بِأَنَّهُ لَيْسَ مُرَادَ الْمُصَنِّفِ بِالِانْعِكَاسِ الْبِنَاءَ عَلَى الْقَوْلِ بِأَنَّ الشُّعَاعَ الْخَارِجَ مِنْ الْحَدَقَةِ الْوَاقِعَ عَلَى سَطْحِ الصَّقِيلِ كَالْمِرْآةِ وَالْمَاءِ يَنْعَكِسُ مِنْ سَطْحِ الصَّقِيلِ إلَى الْمَرْئِيِّ، حَتَّى يَلْزَمَ أَنَّهُ يَكُونُ الْمَرْئِيُّ حِينَئِذٍ حَقِيقَتَهُ لَا مِثَالَهُ، وَإِنَّمَا أَرَادَ بِهِ انْعِكَاسَ نَفْسِ الْمَرْئِيِّ، وَهُوَ الْمُرَادُ بِالْمِثَالِ فَيَكُونُ مَبْنِيًّا عَلَى الْقَوْلِ الْآخَرِ وَيُعَبِّرُونَ عَنْهُ بِالِانْطِبَاعِ، وَهُوَ أَنَّ الْمُقَابِلَ لِلصَّقِيلِ تَنْطَبِعُ صُورَتُهُ، وَمِثَالُهُ فِيهِ لَا عَيْنُهُ، وَيَدُلُّ عَلَيْهِ تَعْبِيرُ قَاضِي خَانْ بِقَوْلِهِ؛ لِأَنَّهُ لَمْ يَرَ فَرْجَهَا، وَإِنَّمَا رَأَى عَكْسَ فَرْجِهَا فَافْهَمْ.
Katanya lagi :
لَمْ أَرَ مَا لَوْ نَظَرَ إلَى الْأَجْنَبِيَّةِ مِنْ الْمِرْآةِ أَوْ الْمَاءِ وَقَدْ صَرَّحُوا فِي حُرْمَةِ الْمُصَاهَرَةِ بِأَنَّهَا لَا تَثْبُتُ بِرُؤْيَةِ فَرْجٍ مِنْ مِرْآةٍ أَوْ مَاءٍ، لِأَنَّ الْمَرْئِيَّ مِثَالُهُ لَا عَيْنُهُ، بِخِلَافِ مَا لَوْ نَظَرَ مِنْ زُجَاجٍ أَوْ مَاءٍ هِيَ فِيهِ لِأَنَّ الْبَصَرَ يَنْفُذُ فِي الزُّجَاجِ وَالْمَاءِ، فَيَرَى مَا فِيهِ وَمُفَادُ هَذَا أَنَّهُ لَا يَحْرُمُ نَظَرُ الْأَجْنَبِيَّةِ مِنْ الْمِرْآةِ أَوْ الْمَاءِ، إلَّا أَنْ يُفَرَّقَ بِأَنَّ حُرْمَةَ الْمُصَاهَرَةِ بِالنَّظَرِ وَنَحْوِهِ شُدِّدَ فِي شُرُوطِهَا، لِأَنَّ الْأَصْلَ فِيهَا الْحِلُّ، بِخِلَافِ النَّظَرِ لِأَنَّهُ إنَّمَا مُنِعَ مِنْهُ خَشْيَةَ الْفِتْنَةِ وَالشَّهْوَةِ
(p) Ibn Ḥajar al-*Asqolāni dalam Fatḥ al-Bārī :
وَقَالَ السُّبْكِيُّ الْكَبِيرُ الْهَاجِسُ لَا يُؤَاخَذُ بِهِ إِجْمَاعًا وَالْخَاطِرُ وَهُوَ جَرَيَانُ ذَلِكَ الْهَاجِسِ وَحَدِيثُ النَّفْسِ لَا يُؤَاخَذُ بِهِمَا لِلْحَدِيثِ الْمُشَارِ إِلَيْهِ وَالْهَمُّ وَهُوَ قَصْدُ فِعْلِ الْمَعْصِيَةِ مَعَ التَّرَدُّدِ لَا يُؤَاخَذُ بِهِ لِحَدِيثِ الْبَابِ وَالْعَزْمُ وَهُوَ قُوَّةُ ذَلِكَ الْقَصْدِ أَوِ الْجَزْمُ بِهِ وَرَفْعُ التَّرَدُّدِ قَالَ الْمُحَقِّقُونَ يُؤَاخَذُ بِهِ وَقَالَ بَعْضُهُمْ لَا وَاحْتَجَّ بِقَوْلِ أَهْلِ اللُّغَةِ هَمَّ بِالشَّيْءِ عَزَمَ عَلَيْهِ وَهَذَا لَا يَكْفِي قَالَ وَمِنْ أَدِلَّةِ الْأَوَّلِ حَدِيثُ إِذَا الْتَقَى الْمُسْلِمَانِ بِسَيْفَيْهِمَا الْحَدِيثَ وَفِيهِ أَنَّهُ كَانَ حَرِيصًا عَلَى قَتْلِ صَاحِبِهِ فَعُلِّلَ بِالْحِرْصِ وَاحْتَجَّ بَعْضُهُمْ بِأَعْمَالِ الْقُلُوبِ وَلَا حُجَّةَ مَعَهُ لِأَنَّهَا عَلَى قِسْمَيْنِ أَحَدُهُمَا لَا يَتَعَلَّقُ بِفِعْلٍ خَارِجِيٍّ وَلَيْسَ الْبَحْثُ فِيهِ وَالثَّانِي يَتَعَلَّقُ بِالْمُلْتَقِيَيْنِ عَزَمَ كُلٌّ مِنْهُمَا عَلَى قَتْلِ صَاحِبِهِ وَاقْتَرَنَ بِعَزْمِهِ فِعْلُ بَعْضِ مَا عَزَمَ عَلَيْهِ وَهُوَ شَهْرُ السِّلَاحِ وَإِشَارَتُهُ بِهِ إِلَى الْآخَرِ فَهَذَا الْفِعْلُ يُؤَاخَذُ بِهِ سَوَاءٌ حَصَلَ الْقَتْلُ أَمْ لَا انْتَهَى
(q) Penulisan yang membantah pendapat al-Qolyūbi dan al-Bujairimi :
(i) http://www.feqhweb.com/vb/t17878.html
(ii) https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=220763935360135&id=100022795909563&__tn__=H-R
(r) Penulisan tentang status dosa syahwat :
https://marzukamartillo.blogspot.com/2020/03/pernyataan-ini-dalam-kerangka.html
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3141048069279098&set=pb.100001218067654.-2207520000..&type=3&theater
No comments:
Post a Comment