Wednesday, 8 April 2020

Naratif Wanita Muslim Dalam Islam: Sebuah Pengamatan Terhadap Karya Syeikh Muhammad Al-Ghazali Yang Berjudul “Turōṯsunā al-Islāmiy Fi Mīzān asy-Syarʿ wa al-ʿAql”

Oleh : Marzuka Martillo

Apa pandangan Islam tentang wanita? Adakah wanita dalam Islam ini merupakan kelompok yang diberikan penghormatan hak yang besar dan diberikan ruang yang secukupnya untuk mereka mengamalkan amalan agama dan kehidupan tanpa perlu berdepan dengan kerumitan dan kepayahan? Atau wanita dalam Islam ini adalah kelompok yang kita perlu berjaga-jaga dengannya seolah-olah seperti seseorang yang dituduh sebagai penjenayah dan punca kerosakan serta mereka ini perlu kita gunakan autorti yang kita ada untuk kekang mereka? Apakah wanita mempunyai peranan dalam pembangunan dan kemajuan umat? Atau mereka cukup sekadar menjadi suri rumah menanti waktunya untuk bersuami dan mati?

Inilah antara isu yang dibincangkan dan diketengahkan oleh Syeikh Muḥammad al-Ghazaliy dalam kitabnya yang berjudul “Turōṯunā al-Islāmiy Fi Mīzān asy-Syarʿ wa al-ʿAql” yang bermaksud “Warisan Islam Kita Dalam Timbangan Syarak Dan Akal” keluaran Dār asy-Syurūq[1]. Terjemahannya sudah ada di pasaran dan ia berjudul “Warisan Pemikiran Islam”, terbitan Crescent News (K.L.) SDN BHD. Apapun, dalam penulisan ini, saya tetap merujuk karyanya dalam bahasa Arab dalam mengambil faedah daripada kalam syeikh[2].

Perkara ini mendapat perhatian yang banyak dan cakupan yang meluas dalam pelbagai bab yang berbeza, sesuai dengan tajuk, tema dan topik yang ingin dibahaskan. Oleh sebab itu, saya terasa tertarik untuk kongsi hal ini kepada para pembaca sekalian kerana saya lihat apa yang dikemukakan oleh syeikh ini sangat menarik dan membuka akal bagi sesiapa yang membacanya.

Pengenalan Karya Ini

Ada apa pada karya yang beliau tulis ini? Beliau menulis buku ini untuk memenuhi permintaan Lembaga Pemikiran Islam Antara bangsa sebagai sebuah usaha untuk menyumpang kepada pelbagai persoalan dalam pemikiran Islam, ilmu pengetahuan dan peradaban manusia serta untuk membangun kembali sebuah model peradaban yang Islam. Lembaga ini telah meminta syeikh untuk menyediakan suatu kajian mengenai islamisasi ilmu pengetahuan. Sebagai jawapannya, beliau yang sudah cukup lama melahirkan pemikiran-pemikiran cemerlang dalam menyeru ke arah pembaikan ilmu dan pengetahuan Islam itu untuk menulis karya ini.

Sebagaimana kebanyakan karya-karya beliau yang lain, karya ini menumpukan perhatian terhadap pelbagai perbahasan sekitar ilmu-ilmu wahyu Islam, metod pengajaran dan perlunya sikap kritis dalam usaha menyusun kembali program-program dan metod-metod pengajarannya serta pembaikan segala aspek praktikal pengjaran yang berkaitan dengannya. Hal ini dimaksudkan agar ilmu-ilmu tersebut benar-benar dapat melaksanakan peranan yang semestinya dalam membangun sebuah model peradaban yang Islamik dan islamisasi ilmu-ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan. Demikian ini apa yang dinyatakan oleh prakata.

Karya ini menumpukan perbincangan tentang sebab umat Islam berada dalam kekalahan yang teruk dan terperangkap dalam cengkaman penjajahan budaya, pemikiran dan tamadun yang cukup dahsyat sekali. Kita perlu ambil kira zaman yang beliau tulis karya ini, iaitu ketikamana umat Islam dalam keadaan dibuli secukup-cukupnya, dipandang hina di mata tamadun Barat dan penuh dengan kebejatan, kerosakan dan kacau-bilau yang sangat meruncing. Beliau lahir pada beberapa tahun selepas jatuhnya khilafah ʿUṯmāniyyah dan merasai zaman perang dunia kedua. Inilah zaman ketikamana tamadun Muslim berdepan dengan pertembungan yang hebat dengan tamadun Barat. Karya ini muncul sebagai keluhan keadaan yang cukup membimbangkan seperti ini, menyelongkar akar punca kepada kanser ini dan membentangkan penyelesaian dari sudut rohani, ilmu, bahasa dan.

Dalam ingin mencapai kemajuan tamadun Islam, syeikh menekankan aspek imej yang perlu kita bawa dan sebatikan dalam diri. Bagaimana sepatutnya kefahman seseorang terhadap wahyu memberi kesan kepada pengaruh jiwa untuk mengukuh keimanannya dan menyumbang bakti kepada sekeliling, bagaimana ingin berinteraksi dengan kalam Allah dan sabda rasul-Nya supaya akal kita menjadi waras, sihat dan kritis, apa seharusnya jurudakwah perlu bawa dalam mencipta imej Islam kepada sekalian umat, apa yang kita boleh belajar daripada sejarah, bagaimana untuk berdepan dengan pertentangan pemikiran dan fahaman yang cuba merobek dan menyeleweng kepada kefahaman Islam yang sebenar dan apa peranan bahasa dalam memberi gambaran terhadap bangsa. Banyak pelbagai lagi topik yang dikupas dan dianalisis oleh syeikh dalam karya ini. Saya memang memberi rekomen untuk membaca buku ini kerana ia seolah-olah seperti kita membaca karya Syed Hussein Alatas yang berjudul “Kita Dengan Islam: Tumbuh Tiada Berbuah”, tetapi versi yang fokus kepada kaca mata dunia dan sejarah Islam yang lebih terperinci dan mendalam.

Antara perkara yang mendapat sambutan dalam perbincangan ini adalah imej wanita dan peranan wanita dalam membina ketamadunan Islam yang unggul. Ini menunjukkan bahawa wanita sesungguhnya memainkan peranan yang penting dan ada tempat dalam kemajuan masyarakat Muslim serta membina persepsi manusia terhadap Islam. Yang inilah akan difokuskan dalam penulisan ini.

Apa Gambaran Terhadap Wanita Pada Zaman Syeikh?

Dalam karya ini, beliau sangat kecewa dan mengeluh bahawa wanita Muslim digambarkan begitu nista sekali. Kita mungkin tidak dapat bayangkan sebegitu rupa wanita dibingkaikan seperti itu, tetapi itulah apa yang berlaku pada zaman syeikh. Seolah-olah wanita bukan sahaja dipandang remeh, malah diketepikan dan ditolak haknya kerana persangkaan yang sangat jijik terhadapnya. Yang lebih malang sekali, imej ini datang daripada bulatan umat Islam sendiri, lebih-lebih lagi jurudakwah yang selalu sahaja menggembar-gemburkan betapa hodohnya wanita di mata masyarakat Muslim.

Syeikh menyebutkan beberapa gambaran pada waktu itu terhadap wanita Islam :

يقول أحدهم: الإسلام يرى أن المرأة إنما خلقت لتلد الرجال! ويقول ثان: مقار النساء البيوت، ما يخرجن منها إلا إلى الزوج أو إلى القبر! ويقول ثالث: يحب أن تظل الفتاة أمية لا تكتب ولا تحسب! ويرفق رابع بها فيقول: حسبها إتمام المرحلة الابتدائية في التعليم، وما وراء ذلك لا داعى إليه!

Berkata salah seorang daripada mereka: “Islam memandang bahawa wanita hanya diciptakan untuk melahirkan lelaki!”. Berkata yang lain: “Tempat wanita adalah rumah. Tidak boleh mereka keluar kecuali untuk ke suaminya atau ke kubur!”. Berkata yang lain: “Wajib bagi pemuda wanita untuk buta huruf (ummiy) yang tidak menulis dan mengira!”. Yang keempat berlemah lembut dengan mengatakan: “Cukup untuknya menghabiskan tahap permulaan dalam pengajaran. Yang selebihnya tidak perlu untuknya!” (m/s 48).

Syeikh menyatakan :

إن الصورة التي حسبت إسلاما وما هي بإسلام أن المرأة كائن ناقص مُتَّهَم، يحبس في البيت محروما من العلم والارتقاء، ومن كل نشاط اجتماعي أو سياسي يمس جاضر الإسلام ومستقبلة. لا ترى أحدا ولا يراها أحد، لا تعرف طريقا إلى مسجد أو مدرسة، لا يسمح لها بعمل ذكي جاد في أي أفق من آفاق الحياة، لا مجال لها في أمر بمعروف أو نهي عن منكر أو جهاد عن الإسلام حين يغار عليه! لا يسمع شهادتها في الدماء والأعراض! ولا تقبل لها ولاية في أمر من الأمور! وعند الزواج لا يسمع لها رأي، وقد تبلغ مرحلة العنوسة ثم سن اليأس وأولياؤها يرون أن الكفء -في نظرهم- لم يتقدم لها، فتشيخ وتموت عذراء!

Sesungguhnya gambaran yang dianggap sebagai Islam sedangkan ia bukan adalah bahawasanya wanita adalah kewujudan yang serba kekurangan dan dicurigai. Mereka dihambat di dalam rumah. Ditegah untuk mereka melibatkan diri dalam ilmu dan mencapai kemajuan. Begitu juga kegiatan kemasyarakatan atau politik yang berkaitan dengan peradaban Islam dan masa depan. Dia tidak melihat seseorang dan tidaklah seorang pun melihatnya. Dia tidak tahu jalan ke masjid dan madrasah. Dia tidak diberi ruang untuk melakukan amalan kebaijikan dan luhur pada mana-mana aspek kehidupan. Tidak ada bahagian untuk mereka dalam melakukan amar makruf dan nahi mungkar atau jihad untuk Islam ketikamana Islam diserang. Tidak didengari kesaksiannya dalam urusan darah dan maruah. Tidak juga tidak terima perwaliannya untuk segala perkara. Dalam hal perkahwinan, tidak didengari pula pendapatnya sedangkan dia telah pun di usia andartu. Kemudian, putus pula haidnya sedangkan walinya memandang bahawa yang sejodoh -pada pandangan mereka- belum sampai kepadanya. Akhirnya, dia menua dan mati membujang. (m/s 66).

Punca gambaran ini berlaku kerana ia bermula daripada alasan untuk memelihara wanita daripada marabahaya di luar sana. Justeru, mereka robek perlahan-lahan dan rampas satu demi satu hak mereka atas alasan untuk menutup lompong yang berpotensi membahayakan dirinya dan menimbulkan bahaya kepada orang lain. Lama kelamaan, ia semakin melampau dan ekstrim yang tidak terkawal lagi, lalu ia berubah menjadi satu perspektif dan gambaran terhadap wanita. Akhirnya, terbitlah pandangan dan fahaman sedemikian rupa.

Itulah yang dimaksudkan oleh syeikh ketika mengungkapkan suatu pandangan yang buruk terhadap wanita bahawa wanita adalah kewujudan yang dicurigai. Mula-mula, selalu sahaja bersangka buruk dan memandang keji terhadap wanita kerana kononnya merekalah punca bahaya secara mutlak. Kemudian, untuk menghilangkan kecurigaan itu, mereka sisihkan beberapa peluang dan ruang untuknya atas alasan membersihkan dan menyelamatkan wanita daripada bahaya dan membahayakan orang lain. Akibatnya, wanita dimangsakan untuk agamawan rakus yang tidak puas dalam meratah dan mejarah kebebasan yang tersedia untuk mereka. Sehingga kering susu pun, mereka tetap pulas dan peras. Sudah berdarah pun, itu masih belum cukup menimbulkan kesedaran dan keinsafan serta belas kasihan.

Kesan Daripada Imej Buruk Seperti ini

Sudah tentu imej-imej buruk seperti ini memberi dampak yang parah kepada imej Islam, sekaligus maruah wanita itu sendiri. Disebabkan ketololan jurudakwah yang berbicara mengenai agama tanpa didasari pengetahuan yang kukuh menyebabkan para musuh Islam ambil kesempatan untuk menzahirkan penentangan terhadap pensyariatan agama. Syeikh berkata tentang hal ini :

إن غلمانا سفهاء يحملون علما مغشوشا أو جهلا مركبا هجموا على الصحوة الإسلامية وكادوا يقفون مسيرتها بما ينشرون من ضلالات ويشيعون عن الإسلام من إفك. استغل الشيوعيون هوسهم الديني فقادوا مظاهرة إلى المجلس التشريعي يعني منادين باحترام حقوق الإنسان وحفظ كرامة المرأة. ونحن المسلمون أعرف الناس بذالك كله، ولكن سفهاءنا غلبونا على الرأي وليس أغيظ لنفسي من الدعاة الجهلة عندما ينفرون الناس من الإسلام بسوء تصورهم وتصيرهم له.

“Sesungguhnya anak-anak muda yang dungu membawa ilmu yang korup atau bodoh bertingkat-tingkat yang menggempur kebangkitan Islam dan hampir-hampir berhenti bentang perjalanan kebangkitan itu dengan sebab gembar-gembur kesesatan dan menebarkan auta tentang Islam. Para komunis mengambil kesempatan atas kemerengan dalam beragama mereka. Lalu, mereka mengemudi demonstrasi di masjlis tasyrīʿ untuk menyeru penghormatan hak asasi manusia dan memelihara kemuliaan wanita. Kami para Muslim orang yang paling kenal tentang hal itu secara keseluruhannya. Namun, yang dungu mendominasi kami dalam pendapatnya dan tidak ada yang membuatkan diriku berang berbanding terhadap pendakwah bodoh ketikamana orang ramai cabut lari daripada Islam disebabkan buruknya gambaran mereka dan imej yang mereka buat terhadapnya”. (m/s 47-38).

Pastinya ada sebab mengapa mereka itu melakukan penentangan terhadap Islam. Ini kerana wanita yang menganuti agama ini yang didasari oleh fahaman yang berpenyakit dari wabak lidah pendakwah yang menularkan pandangan beracun seperti ini merasa derita dan terseksa dalam mengamalkan agamanya. Sehinggakan para wanita tidak mampu merasai kemanisan menjadi insan yang beriman dan menjadi orang yang dapat mengecapi kebebasan dan hak yang seadilnya. Penderitaan wanita ini diceritakan oleh syeikh :

وبلغني أن طالبة ساذجة في أحد المعاهد قالت لأمها: أما يوجد دين آخر أرفق بنا من هذا الإسلام؟ لقد شعرت أنني أطعن في فؤادي عندما سمعت مقال هذه الطالبة! إن الدين الذي كرم الإنسان ذكرا كان أو أنثى أمسى على ألسنة بعض الفتانين الجهال هوانا بنصف الإنسانية وتحقيرا لها!

“Telah sampai perkhabaran bahawa pelajar wanita dari golongan berada di salah satu maahad, dia berkata: "Apakah tiada agama lain yang lebih belas kasihan kepada kami daripada Islam ini?”. Benar-benar aku merasakan bahawa aku sesungguhnya ditusuk di sanubariku ketikamana aku mendengar perkataan pelajar wanita ini. Sesungguhnya agama yang memuliakan manusia, sama ada lelaki atau pun wanita telah menjadi kehinaan terhadap separuh kemanusiaan dan penistaan terhadap mereka kerana lidah sebahagian si bodoh yang memukau". (m/s 47).

Sikap yang memberi kepayahan kepada wanita yang kononnya mahu menjaga wanita, akhirnya menanamkan lagi lebih banyak nanah dan bisul dalam jiwa. Mereka semakin lama, semakin berat tanggungannya mengerang kesakitan yang berpanjangan. Jiwanya sudah tenat dan tidak tahu apa yang boleh dirasai keindahannya dalam agama ini. Oleh sebab mereka bosan dan meluat untuk terus terbelenggu dalam situasi ini, maka mereka mudah tergerak dan terpesong untuk mencari suatu jalan yang membolehkan mereka keluar daripada kemelut ini. Syeikh berkata :

وقد استقرت هذه التقاليد الجائرة في أرض الإسلام شرقا وغربا فجعلت الشباب لا يستطيع الحلال إلا بشق الأنفس. ولذلك عندما يذهب هؤلاء الشبان إلى أوروبا يتحولون إلى ذئاب مسعورة وراء الشهوة الميسرة وما دام باب الحلال قد أحكم رتاجه فقد تهمد إلى الحرام ألف طريق!

Telah berlarutan tradisi-tradisi ini di bumi Islam sama ada di timur dan di barat, lalu ia menyebabkan para pemuda tidak mampu untuk memperoleh yang halal kecuali melalui kepayahan. Sebab itulah ketikamana para pemuda pergi ke Eropah, mereka berubah menjadi serigala kelaparan di balik keinginan-keinginan yang dimudahkan. Selagimana pintu halal terkunci rapat pintunya, maka menjadi mudah kepada seribu jalan yang haram! (m/s 66-67).

Bayangkan kalau zaman kita pun sudah dianggap cukup teruk apabila mengamati situasi ini dalam kalangan umat Islam kita, sebegitulah apa yang terjadi di zaman yang syeikh dahulu berada di dalamnya. Apabila Islam yang digambarkan adalah suatu kesulitan dan jerih yang menekan dan menindas, mana mungkin kita akan harap bahawa mereka akan terus memberikan kepercayaan yang positif terhadap agama ini? Sudah tentu mereka akan cuba meloloskan diri daripada bumi sengsara yang mereka diami ke tempat yang memberikan ketenangan dan kepuasan jiwa dan raga mereka.

Sebab itulah para pendakwah seharusnya berhati-hati dan pelajari lebih tuntas tentang agamanya. Kerana apa yang mereka bawa bukan sahaja akan menjadi bingkai yang dipamerkan, tetapi akan menjadi pengaruh kepada sekelilingnya. Ucapan seseorang itu sama ada boleh membawa kepada pembunuhan atau penderitaan atau kemusnahan kepada manusia. Perkara ini yang merupakan yang dirangkumkan oleh syeikh :

المصيبة أن بعض المتحدثين في الإسلام لديهم مقدار هائل من قصر النظر وقلة الوعي! والأدهى من ذلك أن يتحول هذا الفكر السقيم الى مبدأ تؤلف فيه كتب وتنبنى عليه مواقف! أكثر هؤلاء لا يعرفون مكانة الأسرة في المجتمع ولا مكانة المرأة في دعم الأسرة، والشائعة الكبرى التي يطلقونها عن الإسلام أنه يحتقر الأنوثة ويضن عليها بالحقوق الطبيعية للإنسانية السوي حتى شاع في أرجاء الدنيا أن الإسلام عدو المرأة وظالمها وواضع العقبات في طريقها إن أرادت ارتقاء. ونساء العالم يشعرن كأن الإسلام يكن لهن البغضاء ويرى الموت أستر لهن من الحياة!

إن محمدا أرسل رحمة للعالمين، ونصيب المرأة من هذة الرحمة العامة أن تنال من العلم ما يرفع مستواها الإنساني وأن يكون لها في المسجد ما يرفع مستواها الروحي وأن يكون لها من الوعي الاجتماعي ما يعينها على الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر كما افترض ذلك القرآن الكريم. أما أن تنشأ في الحلية كي تكون محظية فحل وحسب فذلك منطق حيواني ما عرفه سلفنا الأول. وإن نادى به أناس يدعون السلفية زورا.

Yang menjadi musibah adalah sebahagian pembicara dalam Islam mempunyai jumlah yang menakutkan dari kalangan pendek pemerhatiannya dan sedikit pengamatannya. Yang lebih malang daripada itu adalah fikiran sakit ini berubah kepada dasar yang ditulis dalam kitab-kitab dan dibina prinsip melaluinya. Paling ramai di antara mereka langsung tidak mengerti kedudukan kekeluargaan dalam masyarakat dan kedudukan wanita dalam mengukuhkan kekeluargaan. Yang tersebar luas adalah yang mereka itlakkan terhadap Islam adalah bahawa agama ini melekehkan para wanita dan bersikap kedekut terhadap hak-hak semulajadi kemanusiaan miliknya yang semestinya. Akibatnya, jelas pada setiap sudut dunia bahawa Islam adalah musuh kepada wanita dan penindas terhadpanya serta meletakkan penghadang di jalan mereka jika mereka menginginkan kemajuan. Wanita seluruh dunia merasakan seolah-olah Islam bersikap berang terhadap mereka dan mereka melihat mati adalah lebih sesuai untuk mereka daripada hidup.

Sesungguhnya Muhammad diutuskan untuk rahmat sekalian alam. Bahagian wanita juga termasuk daripada rahmat yang mencakupi untuk mereka mendapatkan sesuatu yang meningkatkan peringkat kemanusiaannya melalui ilmu dan menjadi sesuatu yang meningkatkan peringkat kerohanian mereka di dalam masjid serta sesuatu yang membantunya dalam amar makruf dan nahi mungkar melalui kesedaran kemasyarakatan sepertimana yang Al-Qurʾān al-Karīm tetapkannya. Adapun anggapan wanita membesar untuk perhiasan supaya mereka menjadi wanita kesukaan jantan semata-mata, maka itu adalah bicara haiwan yang tidak pernah dikenali pendahulu kita yang awal. Jika ada sekelompok manusia mendakwa salaf menyeru kepadanya, ternyata ia dusta. (m/s 63).

Disebabkan kejahilan terhadap sejarah dan perspektif sebenar tentang Islam, akhirnya wanita disisihkan daripada banyak perkara dan haknya sehinggalah kepada bidang pendidikan. Lantas, kefahaman punah seperti ini hanya akan membentuk generasi wanita yang tidak dapat menyumbang untuk peradaban, budaya dan kemasyarakatan disebabkan mereka tidak memperoleh ruang untuk belajar lebih mendalam. Bahkan, mereka sendiri tidak dapat memberikan pendidikan untuk anaknya sendiri dalam membina anak yang celik dalam ilmu dan berminda intelektual disebabkan wanita itu sendiri tersepit dalam ruangan rumah untuk melihat cakerawala, sekaligus tidak dapat menyampaikan pengetahuan untuk mentafsir dan memnyimpulkan analisis terhadap fenomena dan keadaan ketika dia dan anaknya menjengah ke luar. Itulah wanita ideal pendakwah bebal yang diimpikan! Syeikh berkata :

ويظهر أن المرأة -وفق هذه التقاليد الجائرة- يستحيل أن تكون مشرقة على أولادها من ناحية الواجبات المدرسية أو مشيرة عليهم برأي سديد! كيف؟ والقصور العقلى مفروض عليها! كما يستحيل أن تدري شيء من قضايا ءمتها مع الصهيونية والصليبية، فإذا كانت جاهلة بشؤون أمتها المحلية كيف تدرك شؤونها العالمية؟ كأن سعة الأفق وحسن التصرف أمسيا وفقا على نساء العالم كله عدا المسلمات المحصورات!

Yang nyata bahawa wanita -menuruti tradisi-tradisi ini yang menjadi biasa- menjadi mustahil untuk mereka menjadi penyinar untuk anak-anak mereka dari sudut kewajipan persekolahan mereka atau petunjuk kepada pandangan yang benar kepada mereka! Kenapa? Kerana pendeknya akal yang difardukan ke atasnya! Sebegitu juga mustahil untuk mengetahui isu-isu umatnya tentang Zionisme dan Salibisme. Apabila dia bodoh tentang hal ehwal persekitaran umatnya, bagaimana mereka untuk mengerti hal ehwal sejagat? Seolah-olah luasnya ufuk dan baik perilaku menjadi anugerah untuk wanita sekalian melainkan wanita Muslim yang terpuruk! (m/s 66-67).

Sekarang yang nyata cara pemikiran seperti ini memundurkan wanita dan menjatuhkan kedudukan yang mulia mereka, bukanya mengangkat martabat mereka, apatah lagi melindungi mereka dari bahaya. Itulah sebenarnya yang membuka kepada kebahayaan. Ia tidak lebih daripada layanan terhadap binatang ternak yang terkurung dalam kandang. Pemikiran inilah yang menjadi pelembab kepada kepesatan pembangunan umat dan pencapaian yang akan mengharumkan imej Islam dari segi pengetahuan, kebudayaan dan peradaban.

Apa Yang Syeikh Lakukan Untuk Memulihkan Imej Bagi Wanita?

Syeikh berkata :

الأزمة الموجودة الآن في الأمة الإسلامية أن البعض يريد تخييرها بين أمرين: إما حبس المرأة في البيت وإما إطلاقها في الشارع، وهو تخيير بين أمرين أحلاهما مر! لماذا لا يعرض البديل الإسلامي لا من عصور الانحراف ولكن من عصر النبوة والخلافة الراشدة؟

Krisis yang wujud sekarang ini pada umat Islam adalah sebahagian mereka mahu mengemukakan pilihan antara dua perkara; Sama ada kepompongkan wanita dalam rumah atau lepaskannya di jalan. Padahal ia adalah pilihan antara dua yang sama-sama pahit! Mengapa tidak dibentangkan alternatif Islam bukan berasal daripada zaman-zaman yang terbabas, tetapi daripada zaman kenabian dan khulafah ar-Rasyidin? (m/s 67-68).

Dalam hal ini, syeikh bukanlah hanya seorang yang merengek untuk menyalahkan sesuatu pihak dan hanya mengeluh sepanjang masa, syeikh juga membentangkan penyelesaian supaya imej wanita Muslim mendapat tempat yang selayaknya. Syeikh berkata :

لقد كافأ رسول الله صلى الله عليه وسلم نسوة خرجن وراء الجيش للقيام بخدمات طبية ومدنية. وبايع نساء تحت الشجرة، ومن قبل في العقبة الكبرى، وسره أن بعضهن قاتل الكفار. فلماذا يحرض بعض الشيوخ على تصوير الإسلام سجانا للمرأة وحسب؟

Sesungguhnya Rasulullah memuji baik para wanita yang keluar di belakang tentera untuk berkhidmat sebagai perawat dan peradaban. Wanita juga berbaiah di bawah pohon dan juga sebelum al-ʿUqbah al-Kubrō. Baginda juga gembira yang sebahagiannya memerangi golongan kafir. Kenapa sebahagian syeikh berdedikasi untuk menggambarkan Islam sebagai lokap untuk wanita semata-mata? (m/s 67).

Ini menunjukkan bahawa syeikh ada garapan untuk membawa kembali umat kepada jalan yang sepatutnya ditujui. Dengan menelaah semula sejarah awal Islam, dapatlah kita tahu di mana seseorang itu berada dalam mengemudi masyarakat. Dalam usaha ini, syeikh menekankan bahawa wanita mempunyai peranan sama seperti lelaki. Syeikh berkata :

لقد مكثنا بضع سنين في الجزائر نؤكد صدق العلامة ابن باديس عندما أيقظ الإسلام في صدور الرجال والنساء جميعا مؤكدا أن الأمة لا تستطيع التحليق إلا بجناحيها من الرجال والنساء وواقفا عند قول الرسول الكريم: النساء شقائق الرجال. وقول الله سبحانه: لا أضيع عمل عامل منكم من ذكر أو أنثى، بعضكم من بعض.

Kami dahulu telah mendiami al-Jazaāʾir selama beberapa tahun. Kami menegaskan benarnya al-ʿAllāmah Ibn Bādīs ketikamana usahanya dalam membangkitkan semangat Islam dalam jiwa lelaki dan wanita secara bersama. Beliau berkata bahawa umat tidak mampu terbang kecuali dengan dua sayapnya yang terdiri daripada lelaki dan wanita. Ini menepati sabda rasul yang mulia: “Wanita adalah saudara sekandung lelaki”. Dan juga firman Allah subḥānahu: “Tidaklah Aku sia-siakan amalan sesiapa sahaja daripada kalangan kamu dari kalangan lelaki atau wanita. Sebahagian kamu adalah sebahagian daripada yang lain”. (Surah Āli ʿImrōn ayat 195). (m/s 48)

Dalam karya ini, beliau memaparkan tiga cara dalam mengembalikan imej wanita Muslim. Pertama, dalam hukum fiqh Islam, beliau menepis dan menolak mana-mana pandangan fiqh yang menunjukkan diskriminasi dan ketidakadilan terhadap wanita dalam lapangan ijtihādiy. Ini dapat kita lihat dalam perbahasannya tentang diyat lelaki dan wanita :

وقد اخترت القول بأن دية الرجل والمرأة سواء وتابعت في هذا شيوخي الذين تلقيت العالم عنهم، أمثال محمد أبو زهره ومحمود شلتوت ومحمد حسنين مخلوف وغيرهم. كان رائدي في هذا الاختيار دحض القول بأن الإسلام يحتقر المرأة ويرخض دمها. وبعض المسلمين يعتنق هذه الفكرة السخيفة ويضع العراقيل أمام الرحمة العامة التي بعث بها محمد للعالمين، بل يجعل الإسلام سجانا للمرأة ماحقا لإنسانيتها.

قال الشيخ عبد القادر العماري في توكيد المماثلة بين دية الرجل والمرأة: إن الله سبحانه يقول: وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ أَن يَقْتُلَ مُؤْمِنًا إِلَّا خَطَأً ۚ وَمَن قَتَلَ مُؤْمِنًا خَطَأً فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ وَدِيَةٌ مُّسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ إِلَّا أَن يَصَّدَّقُوا ۚ فَإِن كَانَ مِن قَوْمٍ عَدُوٍّ لَّكُمْ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ ۖ وَإِن كَانَ مِن قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُم مِّيثَاقٌ فَدِيَةٌ مُّسَلَّمَةٌ إِلَىٰ أَهْلِهِ وَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ ۖ فَمَن لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ تَوْبَةً مِّنَ اللَّـهِ ۗ وَكَانَ اللَّـهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

لم يذكر القرآن هنا أن دية المرأة على النصف من دية الرجل، الآية عامة في الرجل والمرأة وليس هناك مخصص لهذا العموم، لا آية قرآنية ولا حديث نبوي صحيح، لذلك يجب أن يبقي العموم على عمومه، بل يؤكد ذلك ما جاء في حديث عمرو بن حزم في أوله: “في النفس المؤمنة مئة الإبل” وكلمة نفس تطلق على الذكر والأنثى كما أن الرجل يقتل بالمرأة فتعين أن تكون ديتها كديته. وكتاب عمرو بن حزم الذي تضمن أن دية المرأة على النصف من دية الرجل فيه نظر لأن الجملة في بعض الروايات وليس في كل الروايات ثم هو حديث لم يبلغ من قوة السند ما يمكن به تخصيص عموم القرآن الكريم.

Aku telah memilih pendapat bahawa diyat lelaki dan wanita adalah sama. Ini disokong oleh syeikh kami yang aku telah pelajari ilmunya seperti Muhammad Abu Zuhrah, Mahmūd Syaltūt dan Muhammad Hasanyn Makhlūf dan lain-lain. Sebab aku memilih ini adalah menghapuskan pendapat bahawa Islam memandang enteng tehradap wanita dan menganggap ringan darah mereka. Sebahagian Muslim mengikuti pemikiran dangkal ini (maksud syeikh, pandangan yang membezakan diyat wanita dan lelaki) dan meletakkan hadangan terhadap rahmat yang menyeluruh yang menjadi sebab diutuskan Muhammad kepada sekalian alam. Bahkan, mereka menjadikan Islam sebagai penjara untuk wanita dan pelanggaran hak kemanusiaannya.

Berkata Syeikh ʿAbdul Qodīr al-ʿUmariy tentang ayat ini :

“Tidak patut bagi seorang Mukmin menbunuh Mukmin yang lain kecuali tersilap. Sesiapa yang membunuh Muslim dalam keadaan tersilap, maka hendaklah bebaskan seorang hamba sahaya Mukminat dan diyat itu diserahkan kepada keluarganya kecuali jika keluarganya menyedekahkannya. Jika yang terbunuh itu adalah puak musuh kalian (kafir) sedangkan mereka adalah Mukmin, maka hendaklah bebaskan seorang hamba sahaya Mukminat. Jika yang terbunuh itu adalah antara sesama kalian sedangkan ada perjanjian di antara kalian, maka dendanya diserahkan kepada keluarganya dan hendaklah dia memerdekan hamba wanita Mukmin. Sesiapa yang tidak menemukannya, maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebagai taubat kepada Allah. Senantiasalah Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. (Surah n-Nisāʾayat 92).

Di sini, Allah tidak pernah menyebut bahawa diyat wanita adalah separuh daripada diyat lelaki. Ayat tersebut adalah umum untuk lelaki dan wanita. Di sana, tidak ada pengkhususan untuk keumuman ini sama ada ayat al-Qurʾān ataupun hadis sahih. Dengan itu, wajib untuk kekalkan keumumannnya. Malah, dikuatkan perkara ini dengan hadis ʿAmr bin Ḥazm pada permulaan hadisnya: “Dalam nyawa wanita Mukmin ada seratus ekor unta”. Kalimah “nafs” mutlak untuk lelaki dan wanita sebagaimana lelaki membunuh wanita. Lalu dengan sebab itu, ditentukan diyat wanita sama dengan lelaki. Kitab ʿAmr bin Ḥazm yang menyebutkan bahawa diyat wanita adalah separuh daripada diyat lelaki terdapat kritikan kerana pernyataan tersebut ada dalam sebahagian riwayat, bukan dalam kesemua riwayat. Kemudian, ia adalah hadis yang tidak mencapai kuatnya sanad yang mampu untuk mengkhususkan keumuman al-Qurʾān. (m/s 135-136).

Apa yang syeikh bentangkan bukan sahaja aplikasi kaedah fiqh, tetapi juga memaparkan pengaruh hukum yang ijtihādiy dalam fiqh. Ini kerana membezakan hukuman diyat lelaki dan wanita adalah sesuatu yang serius kerana ia melibatkan nyawa yang terkorban dan maruah. Anda boleh bayangkan sendiri apa yang wanita Muslim akan rasa apabila diyatnya adalah separuh atau kurang daripada apa yang lelaki peroleh. Sebab itulah penting untuk jernihkan terlebih dahulu hal ehwal sekitar fiqh terlebih dahulu sebelum pergi ke lapangan praktik kehidupan seharian.

Yang kedua, syeikh membawakan bukti sejarah bahawa wanita juga mempunyai peranan dalam pembangunan dan kemajuan umat Islam sama ada dari segi ilmu ataupun pembinaan. Tujuan beliau membawakan catatan sejarah ini adalah membetulkan persepsi bahawa wanita Muslim sangat terpencil atau paling teruk, tidak ada apa-apa fungsi dalam memberi sumbangan terhadap kemanfaatan tamadun Muslim. Beliau juga dalam masa yang sama menemplak pemikiran nyeleneh dan bobrok terhadap orang yang cuba dan berusaha untuk menghalau wanita daripada menyertai kontribusi kepada umat.

Ini merupakan kupasan yang sangat panjang dalam perbahasan syeikh dalam bab “ʿAlā Hāmisy as-Sunnah” (عَلَى هَامِشِ السُّنَّةِ) yang bermaksud “Dalam Bidang Sunnah”. Dalam hal ini, ada dua bentuk dalam membawa catatan sejarah. Pertama, beliau memperkenalkan tokoh ilmuwan wanita, khususnya dalam bidang hadis dengan menyebutkan biografi ringkas, menyebutkan tokoh ilmuwan agung lelaki yang mengambil ilmu daripadanya dan pujian terhadap sifat-sifat kebaikan yang ada padanya. Dalam masa yang sama beliau menyelitkan tempelak dan sindiran mereka yang merendahkan kaum wanita dengan tanggapan yang mencela wanita supaya mereka ini sedar bahawa apa yang mereka fikir tentang wanita tidak sama dengan sepertimana yang berlaku pada sejarah terdahulu. Syeikh berkata:

وقد كنت أظن النساء آخر من يشتغل بهذه العلوم، بله أن يبرزن فيها ويبلغن مرتبة الإمامة حتى قرأت رسالة “السنة النبوية في القرن السادس الهجري” للدكتور محمد إبراهيم الديك فوجدت عالمات بالسنة لا يشق لهن غبار ولسن نزرا يسيرا؛ بل عشرات من العالمات الثقفات! والقرن السادس ليس من قرون الازدهار العلمي في تاريخنا، هو من أواخر العصر العباسي الثاني عندما مالت شمس الدولة للغروب، ثم سقطت تحت براثن التتار في منتصف القرن السابع.

Aku dahulu pernah beranggapan bahawa wanita adalah ketinggalan dalam menggiat dalam ilmu ini (maksudnya, ilmu sunnah), apalagi untuk mereka menonjol dalam ilmu dan mencapai tahap imam. Sehinggalah aku membaca risalah “As-Sunnah an-Nabawiyyah Fi al-Qarn as-Sādis” (Sunnah Nabi Pada Kurun Keenam) karya Dr. Ibrahim ad-Dīk. Aku dapati beberapa para ilmuwan sunnah bagi wanita yang bukan calang-calangn orang dan bukanlah sedikit yang terpencil. Bahkan, berpuluh-puluh ilmuwa wanita yang berkredibiliti. Kurun keenam bukanlah kurun gemilang dari segi ilmu dalam sejarah kita. Ia adalah masa-masa akhir bagi kerajaan ʿAbbāsiyyah yang kedua ketikamana mentari kerajaan condong ke barat. Kemudian, ia runtuh di bawah cengkaman Tartar pada pertengahan kurun ketujuh. (m/s 157).

ونعود إلى النشاط النسائي في خدمة السنة النبوية كما ذكره الدكتور محمود الديك في رسالته الرائعة ونسجل عددا من هؤلاء النسوة الأئمة غير متقيدين بترتيب ما..

أولا هؤلاء الأساتذة السيدة المسندة -بصيغة اسم الفاعل- شهدة بنت الإبري الكاتبة وكانت ذات دين وورع وعبادة، سمعت من العلماء الكثيرة، وعمرت -عاشت قريبا من مائه عام - وكانت مليحة الحظ لم يوجد في زمانها من يكتب مثاله. وقد تزوجت أحد وكلاء الخليفة وقضيت حياتها في الدراسة والتعليم. لا ينبغي هنا أن أذكر أسماء الرجال الذين تلقت عنهم وإنما يهمني أن أذكر بعض من تلقوا العلم عليها ومنحتهم إجازة علمية بالرواية والتحديث. قالوا سمع منها أبو سعيد بن السمعاني وروى عنها الحافظ أبو القاسم بن عساكر وهو المؤرخ المشهور والموفق بن قدامة الفقيه الحنبلي الثقة كما حدث أبو الفرج عبد الرحمن بن الجوزي أنها من شيوخه.

وابن الجوزي من أرسخ الوعاظ قدما وهو مؤرخ ومفسر ومحدث له مكانة سامقة. وقد روى عنها حديثا طريفا ندع سنده ونذكر متنه لما فيه من عبره. فقد نقلت عن عبد العزيز بن يحيى النخعي أنه كان يصلي في مسجد على عهد عمر بن الخطاب رضي الله عنه، فقرأ الإمام ذات ليلة: ولمن خاف مقام ربه جنتان. فقطع صلاته وجن وهام على وجهه ولم يوقف له على أثر.

والعاطفة الدينية المشبوبة قد تكون له أثار مدمرة عند بعض الناس وأرى أن مثل هذه المرويات إذا سمح بها في مجلس وعظ فيجب ألا تمر دون تعليق بضبتط معناها وينفى ضررها. والدعوة الدينية في عصرنا تحتاج إلى فقه وروية وذكاء. وابن الجوزي في كتابه صيد الخاطر يلفت النظر إلى هذه الحقيقة وهو كتاب عامر بالنظرات النافذة والنقد اللاذع والواعظ الحق. وهذا الحديث دوته شهدة بنت الإبري.

يحسن أن يكون وصفا لسيدة أخرى من سيدات القرن السادس. هي شمس الضحى المتوافة سنة 588 ه. كانت تلقى الدروس في مساجد بغداد وكانت معروفة بالزهد والفتوى والإقبال على الله ولكن علاقتها بالله لم تورثها شيئا من التطرف العاطفي المهلك وقد روت بعض السنن وصحبت السيخ أبا النجيب السهروردي. وددت لو أن مساجد العواصلم الكبرى في عالمنا الإسلامي المعاصر يدرس بها مثل هذا الصنف من الواعظات القانتات المجيدات. إن الحاجة إليهن مُلِحَّة مع الغزو الحضاري الفتان الدي نتعرض له، لكن دون ذلك جنادل من أدعياء التدين الزاعمين بأن المرأة لم تخلق لهذا كأنهما لا تصلح إلا فراشا لفحل لا هنا ولا هناك!

ولم تكن شمس الضحى وحدها في هذا المجال النبيل، بل كان هناك أيضا ضوء الصباح بنت المبارك البغدادية المدعوة بخاصة. وهي سيدة اشتهرت بكثرت تلاوتها للقرآن الكريم وكانت تعقد مجلس الوعظ في رباطها وتزوجها الشيخ أبو النجيب السهروردي. وممن روى السنة عنها أبو سعيد السمعاني.

ومن المحدثات أيضا بلقيس بنت سليمان بن أحمد بن الوزير نظام الملك. ولدت بأصبهان سنه 517 وتوفيت سنة 592 ه. وكان لها شيوخ من الرجال والنساء. وسمع منها جماعة من العلماء. وحدث عنها يوسف بن خليل وغيره.

Kita kembali kepada kegiatan wanita dalam sumbangannya terhadap sunnah Nabi sebagaimana yang disebutkan oleh Dr. Maḥmūd ad-Dīk dalam risalah yang menarik itu. Kami lembarkan beberapa imam wanita tanpa mengikut turutan.

Yang pertama adalah ustazah as-Sayyidah a-Musnidah -mengikut bentuk fāʿil (active principle)- Syahdah binti al-Ibriyy al-Kātibah. Beliau seorang yang warak dan kuat beribadah. Ramai ulama telah menghadiri samāʾnya[3]. Beliau hidup selama hampir-hampir 100 tahun. Beliau memiliki penulisan yang indah yang tidak ada seumpamanya oleh mana-mana penulis pada zamannya. Beliau telah mengahwini dengan wakil khalifah dan memperuntukkan hidupnya untuk kajian dan pengajaran. Tidak perlu untuk aku sebutkan nama-nama lelaki yang menadah ilmu darpadanya. Namun, aku berhasrat untuk menyebutkan sebahagian mereka yang menadah ilmu melaluinya dan menganugerahkan ijazah ilmu dengan riwayat dan periwayatan hadis. Mereka berkata: Abu Saʿīd as-Samʿāniy menghadiri samāʾ daripadanya. Abū al-Qōsim Ibn ʿAsākir meriwayatkan daripadanya - beliau adalah ahli sejarah yang terkenal- dan al-Muwaffiq bin Qudāmah al-Faqīh al-Ḥanbliy aṯ-Ṯiqoh sebagaimana yang diberitahu oleh Abū al-Faroj ʿAbdul Roḥmān bin al-Jawziy bahawa dia adalah salah seorang daripada gurunya.

Ibn al-Jawziy adalah jurunasihat paling mapan keberaniannya. Beliau juga adalah ahli sejarah, ahli tafsir dan muhaddis. Beliau berada di kedudukan yang tertinggi. Beliau meriwayatkan suatu hadis yang janggal yang kami tidak sebutkan sanadnya dan kami terus sebutkan matannya kerana terdapat pengajaran padanya. Beliau telah menukilkan daripada ʿAbdul ʿAzīz bin Yaḥyā an-Nakhoʾiy bahawasanya dia pernah bersolat di suatu masjid pada zaman ʿUmar bin al-Khoṭṭōb roḍiyallahu ʿanh. Pada suatu malam, imam membaca: “Untuk orang yang takut kepada kedudukan Tuhannya adalah dua buah syurga”. (Surah ar-Roḥmān ayat 46), tiba-tiba terputus solatnya, lalu dia menjadi gila, lalu berkeliaran tanpa arah sehingga tidak diketahui jejaknya.

Kobar sentimen agama kadangkala wujudnya pengaruh-pengaruh yang menghancurkan untuk sebahagian orang. Aku melihat bahawa riwayat seperti ini apabila diizinkan dalam majlis, hendaklah dinasihat, lalu dijawab supaya tidak ia diteruskan tanpa komentar yang menjaga maknanya dan menyingkirkan mudaratnya. Dan dakwah keagaaman pada zaman kita berhajat kepada kefahaman, kewaspadaan dan intelektual. Ibn al-Jawziy dalam kitabnya Ṣoyd al-Khōṭir melontarkan pemerhatiannya terhadap hakikat ini dan ia adalah kitab yang subur dengan pemerhatian-pemerhatian yang tuntas, kritikan yang padu dan nasihat yang benar. Hadis ini diriwayatkan oleh Syahdah binti al-Ibriy.

Bagus juga kita menyebutkan sayyidah yang lain dari kalangan sayyidah yang ada pada kurun keenam. Beliauah Syams aḍ-Ḍuḥā. Wafat pada tahun 588 Hijrah. Dia mengajar pengajian di masjid-masjid Baghdad. Belliau terkenal dengan kezuhudannya, fatwanya dan mudah dimakbulkan doanya oleh Allah. Namun, pertaliannya dengan Allah langsung tidak mempengaruhi apa-apa kejanggalan emosi yang merosakkan. Beliau pernah meriwayatkan beberapa kitab Sunan dan bersahabat dengan Syeikh Abū an-Najīb as-Sahrowandiy.

Aku mengimpikan kalaulah masjid-masjid di bandar besar Islam sezaman kita di tempat kita mengajar ilmu ini sepertimana lapangan ini daripada penceramah wanita yang taat lagi berketerampilan. Sesungguhnya hajat kepada mereka begitu mendesak meskipun adanya perang ketamadunan yang banyak halnya yang kita sedang menghalanginya, tetapi tanpa dominan dari kalangan pendakwah agama yang mendakwa bahawa wanita tidak dicipta untuk ini yang seakan-akan wanita adalah di katil untuk si jantan. Bukan untuk ke sini dan ke sana!

Tidaklah Syams aḍ-Ḍuḥā bersendirian di bentangan yang sani. Bahkan di sana ada yang lain seperti Ḍowʾ aṣ-Ṣobāḥ binti al-Mubārak al-Baghdādiyyah, yang mana al-Baghdādiyyah adalah gelaran khas untuk ulama. Beliauadalah sayyidah yang terkenal dengan kerajinan membaca al-Qurʾān al-Karīm dan beliau seorang yang membangunkan majlis ceramah di pesantren. Beliau berkahwin dengan Abū an-Najīb as-Sahrowandiy. Antara orang yang meriwayatkan sunnah daripadanya Abu Saʿīd as-Samʿāniy.

Antara muhaddis yang lain adalah Balqīs binti Sulaymān bin Aḥmad bin al-Wazīr Niẓōm al-Mullk. Beliau lahir pada tahun 517 Hijrah dan wafat pada 592 Hijrah. Beliau berguru dengan lelaki dengan wanita. Sekolompok ulama menghadiri samāʿ daripadanya. Yusūf bin Kholīl dan lain-lain meriwayatkan daripadanya. (m/s 158-161).

وأنا أقرأ تراجم محدثي القرن السادس أن أبا البركات البغدادي من علماء السنة كان له أختان، إحداهما أم الحياء حفصة وهي راوية موثقة دارسة. قال المنذي عنها: ولنا منها إجازرة. كتبت عنها في شوال سنة 608 ه. وتوفيت هذه السيدة التي تلقى عنها المنذري سنة 612 ه. وهناك سيدة أخرى، أم حبيبة الأصبهانية عائشة بنت الحافظ معمر بن الفاخر القريشية العبشمية. قال الحافظ المنذري في التكملة: حدثث الناس ولنا منها إجازة. كتبت بها إلينا من أصبهان في ذي القعدة سنة 606 ه. إن هذا الإمام الضخم يذكر دون تحرج أنه تلقى عن نساء فضليات أجزنه وأذن له بالتحديث ويستطيع القارئ أن يقرأ أسماء عشرات في قرن واحد من أولئك العالمات البارعات في المدرسات الإسلامية.

أما زينب بنت الشعري وتدعى حرة 524-615 ه. فقد قال عنها ابن خلكان: لنا منها إجازة كتبتها سنة 610 ه.

يا عجبا كبار المؤرخين والمحدثين يذكرون بتواضع العلماء وصدقهم أنهم أخذوا العلم من نساء معروفات وأنهم نالوا منهن شهادات تقدير وتكريم وثقة. ماذا حدت لأمتنا فخلت الساحة من طالبات العلم وأساتذته وجاءت قرون أمسى فيها ذهاب فتاة إلى مدرسة جريمه! بل خلت المساجد من العابدات فأضحت صلاة المرأة في مسجد منكر! وصار ذكر المرأة؛ أما كانت أو زوجة، إدًّا وخيّم صمت مطبق على العالم النسائي. فما يعرض للنساء ذكر في حديث عابر ولو حدث لأمر ما أن ذكر اسم امرأة فعلى وجل وبعد اعتذار يقول فيه المتحدث للسامعين. حاشاكم أو لامؤاخذة وقد رأيت ذلك بعيني في أقطار شتى!!

في قريتنا -من مائة عام- كان النساء يذهبن إلى الأسواق يشترين السلع ثم يعدن بها إلى بيوتهن، وكن يذبهن إلى الحقول يشاركن بي البذر والري والحصاد. وما رُئِيَتْ امرأة قط في مسجد، ولا أدت فيه صلاة. سواء كانت شابة أو شيخة! كان المسجد محظورا عليهن لأن رواية شاردة قررت ذلك كما كانت المدرسة محظورة عليهن لأن رواية فاسدة أوجب عليهن الأمية. ويوجد الآن من العاملين في الحقل الإسلامي من يكره أحوال المرأة في هذا العصر ويريد العودة بها الى الأوضاع المأنوسة منذ مائة عام صائحا: لا عمل للمرأة إلا ولادة الرجال!

وأعود إلى تاريخنا في القرن الساد لأقرأ فيه أن الحافظ أبا العلاء بن العطار وكان إمام همدان في علوم الحديث والقراءات والأدب والزهد وحسن الأسلوب والتلزم السنة. كانت له ابنة اسمها عاتكة بنت أبي العلاء وكانت من المحدثات المتقنات لعلوم السنة. قالوا: سمعت الكثير من أبي الوقت عبد الأول السنجري وقدمت إلى بغداد من همدان ودرست السنة. قال محب الدين النجار: كتبنا عنه وتوفيه رحمها الله سنة 609 . قامت نصف الليل وتوضأت وكانت ليلة شديدة البرد. ثم وقفت في محرابها تصلى. فلما سجدت ماتت. رضوان الله عليها. وكأن فيها قول الشاعر:

في ظلام الليل منفردا # قام يدعو الواحد الصمدا

عابد لم تبق طاعته # منه لا روحا ولا جسدا

ونختم بتاريخ فاطمة بنت سعد الخير الأنصرية الأندلسية التي ولدت بالصين سنة 522 ه وتوفيت بالقاهرة سنة 600 ه. تلقت العلم عن والدها وعن غيره من المحدثين الكبار ببغداد. ثم قامت بالتدريس في القاهرة ودمشق. وسمع منها جماعة من الشيوخ، منهم شيخ المنذري الحافظ الضخم الذي يقول عنها: سمع منها شيوخنا ورفقاؤنا. ولنا منها إجازة. لقد جاءت من الصين مع والدها وتلقت العلم في بغداد ثم رحلت إلى دمشق! ثم استقر بها المقام القاهرة حتى توفيت بها. ودفنت في سفح جبل المقطم. وأظن قبرها درس مع قبور المئات من علماء الدين والأدب واللغة.

والمأساة أن المرأة التي ذرعت الطريق من الصين إلى القاهرة والتي جاءت أبوها من بلنسية في الأندلس إلى الشرق الإسلامي ليخدم العلم في أجائه الرحبة، جاء بعدها في هذا السنين العجاف الهابطة من يقول: تخرج المرأة من بيتها لأمرين: إلى الزوج أو إلى القبر! ما أبعد الشقة بين عصر وعصر، وبين أسلاف وأخلاف بين ءناس أحيوا الإسلام وأناس أماتوه.

Aku juga membaca biografi-biografi ilmuwan kurun keenam bahawa Abū al-Barakāt al-Baghdadi yang termasuk dalam kalangan ulama sunnah memiliki dua adik wanita. Salah satunya adalah Ummu al-Ḥayāʾ Ḥafṣoh. Beliau adalah perawi yang yang dipercayai lagi terpelajar. Al-Munḏiriy berkata: “Kami mengambil ijazah daripadanya. Aku menulis daripadanya pada Syawal tahun 608 H”. Wafat Sayyidah ini yang al-Munḏiriy ambil ilmu daripadanya pada tahun 612 Hijrah. Satu lagi adalah Ummu Ḥabībah al-Aṣbahāniyyah ʿĀʾisyah binti al-Ḥāfiẓ Maʿmar bin al-Fākhir al-Quraisyiyyah al-ʿAbsyamiyyah. Berkata al-Ḥāfiẓ al-Munḏiriy dalam at-Takmilah: “Beliau meriwayatkan daripada orang ramai dan kami mengambil ijazah daripadanya. Beliau menulis hadis untukku di Aṣbahān pada Zulkaedah tahun 606 Hijrah”. Sesungguhnya imam agung ini menyebut tanpa segan silu bahawa beliau menadah daripada wanita yang mulia yang mengijazahkannya dan mengizinkan periwayatan hadis untuknya. Pembaca boleh membaca puluhan nama dari kalangan ilmuwan wanita yang dalam kurun yang sama yang cekap dalam madrasah Islam.

Manakala Zaynab asy-Syaʿriy dan dia mendakwa beliau adalah wanita yang merdeka (524 H-615 H), Ibn Khillikān berkata: “Kami mengambil ijazah daripadanya dan aku menulisnya pada tahun 610 Hijrah.

Sangat mengagumkan! Ahli sejarah dan muhaddis yang ulung menyebut dengan tawaduk sang alim dan kejujurannya bahawa mereka mengambil ilmu daripada wanita yang dikenali. Mereka memperoleh syahadah penghargaan dan pemuliaan serta kepercayaan. Apa yang terjadi pada umat kita adalah sepinya ruangan daripada penuntut ilmu wanita dan ustazahnya, kemudian datangnya kurun yang terjadinya di mana pemuda wanita pergi ke madrasah adalah pendosa! Bahkan kosong masjid-masjid daripada ahli ibadah wanita, lalu terjadinya solat wanita di masjid adalah mungkar! Dan terjadinya penyebutan nama wanita; sama ada dia sendiri atau isteri, sebagai sesuatu yang durjana dan suasana senyap menghiasi yang ditutupi nama-nama wanita. Tidak terlintas ingatan terhadap wanita dalam kisah yang lalu. Kalaulah disebutkan tentang suatu perkara yang memerlukan memerlukan menyebut nama wanita, ia diiringi rasa gementar dan selepas meminta maaf. Pembicara menyebut: "Harap kalian tidak terasa” atau “Saya mohon izin kepada kalian” dalam menyebut nama. Aku telah menyaksikan itu dengan mataku sendiri di pelbagai kawasan.

Di kampung kami -sejak seratus tahun dahulu- para wanita pergi ke pasar membeli barang, kemudian pulang ke rumah. Dahulu juga mereka pergi ke sawah untuk menabur benih, mengairi dan menuai. Sekarang, tidak pernah dilihat wanita sama sekali di masjid dan mereka tidak mengerjakan solat di dalamnya sama ada yang muda atau yang tua. Masjid disekat untuk mereka kerana riwayat yang sewel yang menetapkan sedemikian. Sama juga madrasah disekat untuk mereka kerana riwayat punah yang mewajibkan menjadi ummiy ke atas mereka. Lalu, sekarang wujudnya golongan yang membenci hal ehwal wanita di zaman ini dari kalangan pekerja sawah Islam dan dia mahu pulang kepada tempat yang sudah damai semenjak seratus tahun dengan lantang: “Tidak ada pekerjaan untuk wanita melainkan melahirkan lelaki!”.

Kembali kepada sejarah kita pada kurun keenam. Aku terbaca bahawa tentang al-Ḥāfiẓ Abū al-ʿAlāʾ bin al-Aṭṭōr. Beliau adalah imam di Hamdān dalam ilmu hadis, qiraat, sastera dan seorang yang zuhud serta mempunyai baik pergaulannya dan melazimi sunnah. Beliau mempunyai seorang anak perempuan yang bernama ʿĀtikah binti Abū al-ʿAlāʾ. Beliau seorang muhaddis yang tekun dalam ilmu sunnah. Mereka berkata; Beliau telah menghadiri samāʿ yang banyaknya daripada Abū al-Waqt ʿAbdul Awwal as-Sanjariy. Beliau berpindah ke Baghdad dari Hamdān dan mempelajari sunnah. Berkata Muḥibbuddin an-Najjār: “Kami menulis daripadanya dan beliau -roḥimahallahu- pada tahun 609 Hijrah. Pernah beliau bangun pada separuh malam dan berwuduk ketikamana ia adalah malam yang dingin. Kemudian, beliau menuju ke mihrabnya dan bersolat. Ketikamana beliau sujud, beliau meninggal dunia. Semoga Allah meredhainya. Seolah-olah ada dendangan syair tentangnya:

Tika menggelap malam, bersendirian dia # bangun, berdoa kepada Yang Tunggal lagi Yang digantungkan harapan

Sang hamba tidaklah sama sekali ketaatannya meninggalkan # dia, juga ruhnya mahupun jasadnya

Kami tutup dengan sejarah Fāṭimah bin Saʿd al-Khoyr al-Anṣōriyyah al-Andalusiyyah yang lahir di China pada tahun 522 Hijrah wafat di Kaherah pada tahun 600 Hijrah. Beliau menadah ilmu daripada ayahnya dan selainnya dari kalangan muhaddis yang hebat di Baghdad. Kemudian, dia mendirikan pengajaran di Kaherah dan Damsyik. Sekumpulan syeikh menghadiri samāʿ daripadanya. Antaranya adalah al-Ḥāfiẓ al-Munḏiriy, seorang al-Ḥāfiẓ yang ulung. Beliau berkata tentangnya: "Syeikh kami dan teman rapat kami menghadiri samāʿ daripadanya. Kami menerima ijazah daripadanya”. Sesungguhnya beliau datang dari China bersama ayahnya dan menadah ilmu di Baghdad. Kemudian beliau merantau ke Damsyik! Kemudian dia menetap di Kaherah sehingga wafat di sana. Beliau dikebeumikan di kaki but al-Miqoṭṭom. Aku rasa kuburnya sudah hilang bersama kubur ratusan ulama agama, sastera dan bahasa.

Yang menyedihkan adalah bahawa wanita itu yang merentasi jalan dari Kaherah ke Mesir dan beliau datang bersama ayahnya dari Valencia ke Andalus, hingga ke barat Islam untuk berkhidmat dengan ilmu, kemudian mari pula seseorang yang berkata selepas beliau pada tahun ini yang merosot lagi meleset: “Keluarnya wanita untuk dua sebab; ke suami atau ke kubur!”. Betapa jauh jurang antara suatu zaman dengan zaman lain, pendahulu dan penerus antara perintis Islam dengan pelingkup Islam. (m/s 161-164).

Yang kedua adalah beliau memperkenalkan penggiat wanita dalam pembangunan negara, khususunya sumbangan dalam mendirikan pesantren. Ini menunjukkan bahawa profesion tertinggi yang boleh dicapai bukan hanya sekadar menjadi ustazah sahaja, tetapi untuk aspek yang lebih besar daripada itu. Syeikh berkata:

وكتب الأستاذ حسن عبد الوهاب عن النشاط النسائي في بعض العصور الإسلامية فكشف عن جانب مهم من دعمها للمبرات العامة وسدها لشتى الثغور الاجتماعية وبروزها في بذل الخير وتفريج الكربات، قال: ما من ناحية من نواحى حضارتنا وثقافتنا إلا ولها فيها نصيب موفوق، فها هى الفتوحات الإسلامية ساهمت فيها مع الرجال واشتركت في ميادين القتال وداوت الجرحى واكتتبت بمالها وحليها وشعرها لمساعدة الجيوش.

أما أثرها في النهضة العلمية، فقد اعترف به أجلة العلماء. ويكفي أن نعرف أن أبا نواس الشاعر يقول عن نفسه: ما قلت الشعر حتى رويت لستين امرأة من العرب، منهن الخنساء وليلى. وأن من شيوخ العلامة المحدث ابن عساكر مؤرخ الشام نيفا وثمانين امرأة وأن الخوارزمي الشاعر المشهور كان من محفوظاته أكثر من عشرين ألف بيت من شعر النساء وأن كثيرا من أجلة العلماء تلقوا العلم عن سيدات وحصلوا على إجازات منهن. وإنه ليسر المشتغل بالعمارة الإسلامية أن يرى في جميع الأقطار الإسلامية آثارا أمرن بإنشائها من مالهن الخاص احتسابا لله.

وكفاهن فخرا ما قامت به السيدة زبيدة زوجة هارون الرشيد. فإنها كانت من أفراد الدهر، ققد أنفقت أموالها الطائلة بغير حساب في تحصين الثغور والحصون، ثم نظرت إلى ما يلاقيه الحجاج من المشاق في الذهاب من العراق إلى بيت الله الحرام. فأرسلت المهندسين وأمدهم بالمال والعمال. فقسموا الطريق بين مكة وبغداد إلى خمس عشرة مرحلة وأنشؤوا في كل واحدة منها بئرا أو اشنتين وأنشؤوا الصهاريج والحياض لأختزان مياة الأمطار، وشيدت في بعض المراحل قصورا وقبابا ومساجد بحسب الحاجة، واسمتر العمال والمهندسون يعملون على جر الماء إلى مكة بلا مبالاة بالنفقات الباهظة وهي باقية إلى الآن. ونعفي بعين زبيدة وحينما عرضت عليها مصاريف هذه العين ألقت الحساب في النهر. وقالت: تركنا الحساب ليوم الحساب.

ولسيدات البيت العباسي ولع بتعمير الحرم المدني، وكانت السيدة خالصة إحدى جوارى الرشيد أول من أحدث السقايات في صحن المسجد النبوي. وقد أنشأ النساء كثيرا من المساجد والخوانق والرُّبُط والمدارس في الأندلس والعراق والحجاز والشام وفلسطين، وكلها متوجه بأسمائهن. وكان لمصر نصيب موفوز من هذه المنشآت التي أدت رسالتها الدينية والثقافة والاجتماعية.

وإذا رأيناها تنشئ الربط والخوانق المرجح أنها خصصتها للنساء، فقد وجد مكتوبا على الخانقاه التي أنشاتها بدمشق حوالى سنة 650 ه = 1252 م. السيدة فاطمة بنت الملك الكامل محمد مانصة: وقفت هذه الخانكاه فاطفمة بنت الملك العادل محمد بن العادلم بن أبي بكر بي أيوب على الفقيرات المقيمات بها وإظهار للصلوات الخمس والمبيت فيها كما أن التاريخ أيد ذلك. إدن فهي التي فكرت في بنات جنسها فخصصت الخوانق والربط لايوائهن وتثقيفهن وتعتبر دورا لحماية النساء. ويسنكتفي بذكر ما أنشئ منها بمصر.

كان بالقرافة الكبرى عدة دور يقال للدار منها رباط على هيئة ما كانت عليه بيوت أزواج البني صلى الله عليه وسلم، خصصت لإقامة العجائز والأرامل والمنقطعات وكانت لها مرتبات للصرف على المقيمات بها وكان لهن مجالس وعظ مشهورة. ونظرا لأن القرافة الكبرى كانت آهلة بالسكان، عامرة بالمساجد والجواسق والبساتين، وكانت معتبرة من متترهات مصر، وخاصت في الليالي القمرية، فقد أنشئت أيضا الربط الكثيرة، ومنها رباط بنت الخواص ورباط الأشراف الذي أنشأه أبو بكر محمد بن علي المادرائي وخصصه لإقامة نساء الأشراف.

وأنشأت السيدات بها ربطا لإقامة الفقيرات والأرامل فيها أذكر منها:

رباط رياض: أنشأته السيدة رياض سكرتيرة الحافظ لدين الله يجار مسجدها لإقامة النساء المنقطعات.

رباط الحجازية: أمرت بإنشائه السيدة فوز جارية علي بن أحمد الجرجرائي الوزير يجوار مسجدها وأوقفته على أم الخير الحجازية الواعظة وكانت الحجازية واعظة زمانها وكانت من الخيرات وقد تصدرت حلقات الدروس والوعظ في جامع عمرو بن العاص حوالى سنة 415 ه = 1024 م كما عنيت بتثقيف المقيمات بهذا الرباط.

رباط الأندلس: أنشأته السيدة علم الآمرية أم ابنة الخليفة الفاطمي الآمر بأحكام الله سنة 516 ه = 1122 م بجوار مساجدها لإقامة العجائز والأرامل والمنقطعات. وكان لهذه السيدة صدقات كثيرة وكانت تبعث إلى الأشراف بصلات جزيلة وترسل إلى من أخنى عليهم الدهر من أرباب البيوت المستورين بأموال كثيرة.

رباط البغدادية: هذا الرباط كان بالدرب الأصفر تجاه خانقاه بيبرس الجاشنكير. أمرت بإنشائه السيدة الجلية تذكار باى خاتون ابنة الملك الظاهر بيبرس البند قدارى سنة 684 ه = 1285 م للشيخة الصالحة زينب ابنة أبي البركات المعرفة ببنت البغدادية فأنزلتها به ومعها عدد من السيدات الخيرات وأمرت بالصرف عليهن. وكان يختر لرئاسة هذا الرباط سيدات مثقفات لتهذيب وتعليم المقيمات فيه. وممن تولين مشيختة الشيخة الصالحة سيدة نساء زمانها أمام زينب بنت عباس البغدادية. وكانت فقيهة وافرة العلم زاهدة واعظة مخلصة تأمر بالمعروف وتنهى عن المنكر. وكانت تحضر مجلس تقي الدين بن تيمة فاستفادت منه. وقد وصفها بالفضيلة والعلم حتى إنه كان يستعد لها من كثرة مسائلها وسرعة فهمها. وقد ختم القرآن على يديها كثير من فضليات النساء وانتفع بعلمها كثير من نساء مصر ودمشق. وصار كل من تتولى رئاسة هذا الرباط يقال لها البغدادية.

وقد خصص لإقامة النساء اللاتي طلقن أو هجرن حتى يتزوجن أو يرجعن إلى أزواجهن صيانة لهن. وكانت بقايا هذا الرباط موجدة إلى شهر سبتمبير سنة 1946 م، وتنحصر في زاوية بها بقايا مقرنصات قبتين، بهما أثر زخارف جصية، ثم استبدلته وازرة الأوقاف وهدمه المستبدل وأنشأ مكانه منزلا رقم 18 بالدرب الأصفر، قسم الجمالية.

رباط سنقر السعدي: أنشأه الأمير شمس الدين سنقر السعدي، نقيب المماليك السلطانية سنة 715 ه = 1315 م بجوار مدرسيته بشارع السيوفية. وخصصه لإقامة النساء المنقطعات والأرامل، ولم يبق من هذه المجموعة سوى المدخل والقبة والمنارة. وهي بقايا معمارية على جانب عظيم من الأهمية.

خانقاه أم أنوك: هذه الخانقاه بصحراء قايتباي، أنشأتها السيدة طغاي أم أنوك زوجة الناصر محمد بن قلاوون حوالى سنة 845 ه = 1344 م. ولعلها كانت مخصصة للنساء حيث نرى المقريزي يقول: وجعلت بها صوفية وقراء، ورصدت لها الأوقاف الكثيرة، وقررت لكل جارية من جواريها مرتبا. إلى الآن توجد بقايا هذه الخانقاه وتنحصر في إيوان وقبة وبقايا من خلاوى الصوفية.

رباط زوجة إينال: هذا الرباط بالخرنفش: أمرت بإنشائه السيدة الجليلة خند زينب زوجة السلطان إينال سنة 860 ه = 1455 م. وخصصته لإقامته الأرامل ووقفت عليه الأوقاف التي تغل للصرف عليه، وما زال هذا الرباط موجودا بجميع تفاصيله ويشتمل من الداخل على إيوانين بالشرقي منهما محراب، وحول الحوش وأعلى الإيوان الغربى غرف للمقيمات فيه. وليس للحجرات ولا للقاعات به شبابيك مطلة على الخارج. وقد بالغ واضع تصميم هذا الرباط في جعله بمعزل عما هو خارج عنه حتى إنه لم يترك فيه ما يؤدى إلى الخارج إلا الباب. وهذا الباب يوصل إلى داخل الرباط بدهليز طويل فيه تعاريج.

ظلت دور كفالة المرأة تؤدي وظيفتها في العصر الإسلامي إلى نضب معين أوقافها في العصر العثماني. فأهملت وتخربت على أننا وجدنا سيدات العصر العثماني -وإلى وقت قريب- كُنَّ يُعْنَين بمن يتصل بهن من النساء، قد كن يعنين بتربيتهن وتزويجهن كما كن يشركنهن في ميراثهن أو أوقافهن، مما كان له خير أثر في كفالة المرأة وصيانتها.

أقول ثم مات النشاط النسائي في القرون الأخيرة وجاء هذا القرن من يرى إماتته إحياء السنة وعودة إلى الصراط المستقيم! والجهالة فنون!

Al-Ustaz Ḥasan bin ʿAbdul Wahhab telah menulis tentang kegiatan wanita pada sebahagian zaman Islam, lalu dia mengungkapkan sisi yang penting dalam kontribusi mereka untuk kebaikan yang umum, menutup pelbagai kelompongan kemasyarakatan, keunggulan mereka dalam mencurahkan kebaikan dan melegakan kerunsingan. Dia berkata: Tidak ada pada setiap sudut di peradaban dan budaya kita melainkan wanita juga memiliki bahagian sama. Inilah dia pembukaan Islam yang mereka turut serta di dalamnya bersama lelaki, bergandingan dalam medan peperangan serta merawat yang terluka, menyumbangkan harta, perhiasan dan pengetahuan mereka untuk bantuan ketenteraan.

Adapun, pengaruh mereka dalam keupayaan ilmu, maka ini telah diiktiraf oleh kebanyakan ulama. Cukuplah untuk kita kenali bahawa Abū Nuwās, sang pensyair berkata tentang dirinya: “Aku tidak mendendangkan syair sehinggalah aku meriwayatkan enam puluh wanita daripada Arab. Antaranya adalah al-Khunsāʾ dan Laylā”. Dan sesungguhnya guru-guru al-ʿAllāmah al-Muhaddis Ibn ʿAsākir, ahli sejarah Syam ada 80 orang lebih guru wanita. Manakala al-Khawārizmiy, seorang penyair masyhur mempunyai lebih daripada dua puluh ribu bait syair wanita yang dihafalnya. Kebanyakan daripada ulama agung menadah ilmu daripada para Sayyidah dan memperoleh ijazah daripada mereka.

Bagi yang aktif berkecimpung dalam pembangunan Islam, pasti akan melihat ada kesan-kesan yang para wanita perintahkan untuk pembangunannya dengan menggunakan hartanya yang hanya untuk perhitungan kepada Allah di keseluruhan kawsan Islam.

Cukuplah yang membanggakan kita pada apa yang as-Sayyidah Zubaydah, isteri Hārūn ar-Rōsyīd bangunkannya. Sesungguhnya beliau antara salah seorang tokoh kenamaan. Beliau menginfakkan hartanya yang banyak tidak terkira dalam pertahanan sempadan dan perbentengan. Kemudian, beliau memerhatikan sesuatu yang menyusahkan para penunai haji dalam perjalanannya dari Iraq ke Baitullah al-Ḥarom. Lalu, beliau menghantar para jurutera dan menambahkan lagi dana dan para pekerja. Mereka membahagikan jalan antara Makkah dan Baghdad kepada lima belas cabang jalan dan mereka mendirikan satu atau dua telaga. Mereka juga mendirikan tangki-tangki dan kolam untuk menampung air hujan. Beliau juga membina beberapa istana, kubah dan masjid sesuati dengan keperluan pada sebahagian cabang jalan. Para pekerja dan jurutera terus bekerja dalam mengalirkan air ke Makkah tanpa mempedulikan belanja yang amat tinggi. Ia masih berkekalan sehingga kini yang dikenali “ʿAyn Zubaydah”. Ketikamana beliau dibentangkan biaya prasarana ini, beliau campakkan dokumen hitungan itu ke sungai dan beliau berkata: “Kami tinggalkan hitungan itu pada hari perhitungan”.

Para puteri keluarga al-ʿAbbāsiy sangat menggemari pembangunan tanah haram Madinah. Sayyidah Khōliṣoh adalah salah seorang hamba sahaya ar-Rōsyīd yang terawal yang mewujudkan telaga-telaga air di serambi masjid Nabi. Ramai wanita telah membangunkan masjid-masjid pondok, pesantren, kobong[4] dan madrasah di Andalus, Iraq, Hijaz, Syam, Palestin dan setiap daripadanya menggunakan nama-nama mereka. Untuk Mesir, adanya bahagian yang dibanggakan dari segi pembangunan yang memenuhi perutusan agama, kebudayaan dan kemasyarakatan.

Apabila kita melihat mereka membangunkan pesantren dan kobong, kemungkinan besar bahawa dikhususkan untuk para wanita. Adanya yang tertulis dalam kobong yang Sayyidah Fāṭimah binti al-Mulk al-Kāmil yang berbunyi: “Fāṭimah binti al-Mulk al-ʿĀdil Muḥammad bin al-ʿĀdil bin Abū Bakr bin Ayyūb kepada para fakir, untuk menjayakan solat lima waktu dan solat jenazah di dalamnya”“ sepertimana catatan sejarah telah mengukuhkan hal itu. Kalau demikian, maka beliau memikirkan anak-anak sejantinanya, lalu dia mengkhususkan kobong dan pesantren untuk mereka menetap serta mendidik mereka. Dalam mengambil kira slot untuk tempat perlindungan wanita, cukup kita sebutkan apa yang dibangunkan di Mesir.

Di al-Qorōfah al-Kubrō, ada beberapa kawasan yang dipanggil pesantren untuk salah satu pusat daripadanya atas bentuk rumah isteri Nabi SAW yang khsusus untuk wanita tua, janda dan yang tidak lagi mempunyai keluarga. Padanya terdapat beberapa asrama yang khas untuk menetap di sana. Padanya terdapat majlis ceramah yang terkenal untuk mereka. Ini kerana al-Qorōfah al-Kubrō mempunyai padat dengan kediaman, penuh dengan masjid, kawasan istirehat dan taman. Ia dianggap salah satu kawasan perkelahan di Mesir, terutamanya pada malam-malam Qamariyyah. Wanita juga membangunkan banyak pesantren. Antaranya pesantren binti al-Khowwāṣ dan pesantren al-Asyrāf yang Abū Bakr bin Muḥammad al-Madarōʾiy yang khusus untuk penempatan wanita kenamaan.

Para sayyidah telah membangunkan beberapa pesantren untuk penempatan golongan fakir wanita dan janda. Aku sebutkan beberapa daripadanya :

(a) Pesantren Riyāḍ: Dibangunkan oleh setiasausaha al-Ḥāfiẓ Li Dinillah yang berhampiran dengan masjid untuk penempatan wanita yang tidak lagi mempunyai keluarga.

(b) Pesantren al-Ḥijāziyyah: Diperintahkan untuk pembangunannya oleh Sayyidah Fawz, pembantu ʿAliy bin Muḥammad al-Jurjurōʾiy al-Wazīr yang berdekatan dengan masjid. Kemudian, beliau mewakafkannya kepada Ummu al-Khayr al-Ḥijāziyyah al-Wāʿiẓoh. Al-Ḥijāziyyah adalah penceramah pada zamannya. Beliau merupakan salah seorang tokoh wanita pilihan. Dia pernah mengelola halaqah pembelajaran dan ceramah di masjid ʿAmr bin al-ʿAṣ sekitar 415 Hijrah, bersamaan 1024 Masihi. Di samping itu, ia difokuskan untuk pendidikan kepada wanita yang menetap di pesantren ini.

(c) Pesantren al-Andalus: Dibangunkan oleh ʿAlam al-Āmiriyyah, puteri Khalifah al-Fāṭimiy al-Āmir Bi Aḥkāmillah pada 516 Hijrah bersamaan 1122 Masihi yang berdekatan dengan masjid untuk penempatan wanita tua, janda dan wanita yang tidak lagi mempunyai keluarga. Beliau seorang dermawan. Beliau pernah menyumbangkan pemberian yang melimpah kepada tokoh kebesaran dan mengirimkan harta yang banyak kepada orang yang telah lanjut usianya dari kalangan tuan rumah yang terpinggir.

(d) Pesantren al-Baghdādiyyah: Pesantren ini adalah Darb al-Aṣfar yang menghadap kobong Bibers al-Jasyankir. Diperintahkan pembangunannya oleh Sayyidah yang kenamaan, Bei Khotun binti al-Mulk aẓ-Ẓōhir Bibers al-Bind Qadari pada tahun 684 Hijrah bersamaan 1285 Masihi untuk guru yang soleh Zaynab binti Abū al-Barakāt atau dikenali sebagai binti al-Baghdādiyyah. Bey Khotun menempatkannya di dalamnya bersama beberapa orang sayyidah ternama dan beliau memerintahkan untuk mendanai mereka. Untuk mengetuai pesantren ini, dipilih sayyidah dari kalangan warga pendidik untuk mendisiplinkan dan mengajarkan mereka yang menetap di dalamnya.

Antara pengetua bagi guru wanita adalah tokoh soleh yang merupakan wanita terkemuka di zamannya, iaitu Zaynab bin ʿAbbās al-Baghdādiyyah. Beliau seorang yang faqih, padat ilmunya, seorang yang zuhud, penyampai nasihat yang tulus yang menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Beliau menghadiri majlis Taqiyyuddīn Ibn Taymiyah, lalu beliau memperoleh faedah daripadanya. Ibn Taymiyyah menyifatkannya sebagai wanita yang mulia lagi berilmu sehingga beliau membuat persiapan khusus untuknya kerana banyaknya persoalan dan cepatnya kefahamannya. Ramai wanita yang ternama mengkhatamkan al-Qurʾān di bawah bimbingannya dan ramai wanita dari Mesir dan Damsyik mengambil manfaat daripada ilmunya. Mereka yang menjadi pengetua pesantren ini sebagai akan dikenali sebagai al-Baghdādiyyah.

Pesantren ini dikhaskan untuk menempatkan perlindungan untuk wanita yang tertalak atau berhijrah atau yang telah berkahwin atau yang telah dirujuk oleh suaminya. Sisa pesantren ini masih wujud sehingga bulan September 1946. Yang tersisa di sudut di dalamnya adalah bekas-bekas dekorasi dua kubah yang padanya terdapat kesan perhiasan kapur. Kementerian Waqaf menggantikannya dan meruntuhkan gantiannya, lalu dibangunkan tempatnya sebagai tempat tinggal no. 18, di Darb al-Aṣfar, Daerah al-Jamāliyyah.

(e) Pesantren Sanqor as-Saʿdiy: Dibangunkan oleh al-Amīr Syamsuddīn Sanqor as-Saʿdiy. enguasa kepada Kesultanan Mamluk pada tahun 715 Hijrah bersamaan 1315 Masihi yang berdekatan dengan madsarah di jalan as-Siyūfiyyah. Beliau mengkhususkannya untuk penempatan wanita yang tidak lagi mempunyai keluarga dan janda. Binaan ini tidak berkekalan melainkan pintu masuk, kubah dan menara. Ini adalah sisa binaan yang sangat penting ertinya.

(f) Kobong Ummu Anūk: Ini adalah kobong di padang pasir Qaitabai yang dibina oleh Sayyidah Tughai Ummu Anuk, isteri an-Nāṣir Muḥammad Qalawun sekitar tahun 845 Hijrah bersamaan 1344 Masihi. Kemungkinan ia dikhususkan untuk wanita sebagaimana yang al-Muqrizi katakan: "Beliau menjadikannya untuk para sufi dan para tetamu. Beliau memperuntukkan waqaf yang banyak dan ditetapkan setiap pelayan dibayar gajinya”. Sehingga hari ini, masih wujud kobong ini dan melingkungi ruangan, kubah dan sisa-sisa tempat khalwat kesufian.

(g) Pesantren Permaisuri Īnāl. Ia terletak di Khurunfusy. Sayyidah ternama Khund Zaynab, isteri sultan Īnāl memerintahkan pembangunannya pada tahun 860 Hijrah bersamaan 1455 Masihi. Beliau mengkhususkannya untuk penempatan para janda dan beliau mewaqafkannya dengan waqaf yang memakan perbelanjaan untuknya. Pesantren ini masih wujud dengan kelengkapannya dan ada dua dewan merangkumi dari dalamnya. Di bahagian timur ada mihrab dan di antara kedua-duanya. Di sekitar halaman dan di atas ruangan barat adalah bilik untuk wanita yang menetap di dalamnya. Tidak ada tingkap untuk bilik dan dewan untuk memandang ke luar. Arkitek pesantren ini melebih-lebihkan dalam pembinaannya sebagai tempat pengasingan daripada apa yang di luar sehingga tidak teringgal di dalamnya sesuatu yang membawanya keluar melainkan pintu. Pintu ini membawa masuk ke dalaman pesantren dengan jalan yang panjang lagi berliku-liku di dalamnya.

Masih kekal kediaman pembinaan yang yang memnuhi fungsinya zaman Islam sehingga berkurangan yang khas untuk waqaf-waqafnya pada zamanʿUṯmāniyyah. Lalu, ia tidak dipedulikan dan seterusnya rosak. Sesungguhnya kita dapati para sayyidah zaman ʿUṯmāniyyah -dan sehingga beberapa waktu yang dekat ini-, mereka dahulu mengambil berat terhadap mereka yang membina jaringan sesama wanita. Mereka mengambil berat pendidikan mereka dan perkahwinan mereka sebagaimana mereka mengambil peranan dalam urusan pewarisan dan waqaf. Ia termasuk pengaruh yang postif dalam pembiayaan wanita dan perlindungan untuk mereka.

Aku katakan: Kemudian, telah mati kegiatan wanita pada kurun yang terakhir, lalu datanglah kurun yang berpandangan bahawa melingkupkannya adalah menghidupkan sunnah dan kembali kepada jalan yang lurus! Punyalah kebodohan itu bermacam-macam rupa! (m/s 164-168).

Ketiga, syeikh juga mengambil kesempatan untuk menyatakan sokongan terhadap wanita yang memakai hijab dan mencela mereka yang melakukan penindasan terhadapnya. Ini boleh dilihat ketika beliau mengulas tentang rejim Turki terhadap wanita Muslim :

وكان النظام الجديد عسكريا صارما ٬ بدأ عهده بقتل عدد كبير من رجال الدين الذين قاوموه، والحق أن الشعب كله كان كارها له ٬ مؤثرا الإسلام فى شئون حياته كلها، بيد أنه فشل في مقاومة الارتداد المسلح ٬ فاستكان على مضض، وإلى حين ٬ منتهزا كل فرصة لإظهار ولائه الإسلامى وحنينه إلى أن يعود الإسلام المستبعد. وبديه أن تكون شئون الأسرة والعلاقات بين الجنسين هى فى مقدمة ميادين الصراع بين العلمانية والإسلام. كان الحكام حراصا على نقل الاختلاط الأوروبى الماجن إلى الشرق الإسلامى كله، وإذا كانوا قد تركوا القرآن خلف ظهورهم ٬ فما الذى كان يرجى منهم؟ “من يتبع خطوات الشيطان فإنه يأمر بالفحشاء والمنكر”.

وقاومت طالبات الجامعة والمعاهد هذا الزحف المنحل ٬ وأصررن على ارتداء الحجاب الإسلامى! إنه سمة الفضيلة والتحفظ! تبقى المرأة ظاهرة الملامح ٬ ويبقى جسمها مصونا عن الأعين المتلصصة بيد أن هذا الاحتشام أحفظ الملاحدة ٬ فاستصدر قائد الجيش قرارا من المحكة العليا بأن هذا الاتجاه الإسلامى يخالف الثورة الكمالية العلمانية! ومن ثم يجب منعه وقد لاحظنا أن المحكة الدستورية العليا فى فرنسا أقرت. الحجاب الإسلامى ولم تر فيه تناقضا مع النظام العام السائد ٬ وهو حكم معقول ٬ لكن التابع الأحمق قد يكون ملكيا أكثر من الملك! أفكان النظام التركى قادرا على منع الراهبات المسيحيات من ارتداء ملابسهن ٬ وهى أقرب ما تكون إلى الحجاب الإسلامى؟ إنه استأسد على الغافلات المحصنات من طالبات الجامعات وحدهن وليس فيما قلته جديد يستحق التكرار ٬ الذى يستحق التكرار والإنكار أن بعض المنقبات كن يشتمن الطالبات المحجبات ويقدحن فى أعراضهن ويزدن الطين بلة.

Rejim baru ini adalah militarasme yang nyata. Ia memulakan langkah dengan membunuh sejumlah yang besar dari kalangan lelaki yang beragama yang menentang mereka. Sedangkan seluruh bangsa membencinya kerana mengutamakan Islam dalam setiap urusan hidupnya. Melainkan ia gagal dalam penentangan semula yang dibekalkan senjata. Mereka tabah dalam keperitan dan masa ke masa, mereka menanti setiap peluang untuk menzahirkan kesetiaan dan kasihnya untuk mengembalikan Islam yang telah dijauhkan itu. Jelas bahawa urusan kekeluargaan dan yang berkaitan dengan antara dua jantina, ia adalah sumber utama penenntangan antara sekularisme dan Islam. Para penguasa bercita-cita tinggi untuk mennidahkan pergaulan bebas Eropah yang totok ke Barat Islam secara keseluruhan. Sebabnya mereka telah pun meninggalkan al-Quran di belakang mereka, apa lagi yang dapat diharapkan dari mereka? “Sesiapa yang mengikuti jejaksyaitan, maka syaitan menyuruh kepada kekejian dan kemungkaran” (Surah an-Nūr ayat 21).

Para wanita di universiti dan maahad menentang pasukan yang melemahkan. Mereka berkeras untuk memakai hijab Islam kerana sesungguhnya ia lambang kemuliaan dan kesucian yang wanita mengekalkan zahir kecantikan mereka dan mengekalkan jasadnya dipertahankan daripada mata-mata yang liar. Sesungguhnya kesopanan ini lebih menjaga daripada penyimpangan. Panglima tentera meminta untuk mengeluarkan pengisytiharkan daripada Mahkamah Agung bahawa ini adalah menentang revolusi Kamalisme yang sekular. Lalu, kemudian ia wajib ditegah. Padahal kami perhatikan bahawa Mahkamah Konstitusi Tertinggi Perancis membenarkan hijab Islam dan tidaklah ia melihat padanya pertentangan dengan sistem yang umum yang mulia. Ini adalah keputusan yang masuk akal. Akan tetapi, pengikut yang bebal telah lebih lajak daripada penguasa itu. Adakah rejim Turki mampu untuk menegah rahib kristian yang mengenakan pakaiannya yang mana ia hampir serupa dengan hijab Islam? Sesungguhnya ia adalah semata-mata melagak singa terhadap terhadap para wanita yang menutup diri lagi memelihara diri dari kalangan pelajar universiti. Bukanlah yang aku sebutkan ini sesuatu yang baru yang perlu diulang-ulang, tetapi yang perlu diulang dan ditentang adalah sebahagian pengawas wanita mencerca pelajar wanita yang berhijab, mencela kehormatan pelajar dan menambah terukkan lagi keadaan. (m/s 51-52).

Ini kerana dalam mengangkat martabat wanita, kita perlu menentang dan mendepani anasir-anasir yang merosak dan menghapuskan citra Islam yang sebenarnya, seterusnya pembinaan tamadun yang bercirikan model Islam yang terunggul. Usaha-usaha yang cuba menggagalkan ini sewajarnya dibanteras dan ditangani demi maruah dan kehormatan umat Islam. Dalam hal ini, kita perlu keadaan umat semasa sepertimana kepekaan syeikh terhadap dunia sekelilingnya. Kita tidak boleh sekadar duduk di bawah tempurung, lalu jahil isu-isu umat. Kalau kita bersikap sedemikian, bagaimana mungkin kita dapat mendepani cabaran-cabaran terkini yang melanda umat?

Semuanya Berbalik Kepada Kita

Bagi peranan kita sebagai pendakwah, kita seharusnya melengkapkan diri kita dan persiapkan secukup-cukupnya dengan ilmu yang benar sebelum turun ke lapangan dakwah. Kita mungkin sahaja akan menjadi tokoh pemikir, pencetus inspirasi dan pembawa pengaruh yang memberi kesan kepada kefahaman orang ramai terhadap Islam walaupun kita nafikannya kerana bersikap tawaduk. Kalam kita akan diambil kira dan menjadi barang pertimbangan dalam menganalisis dan membuat keputusan seseorang yang lain dalam membina perspektifnya sebagai seorang Muslim. Sebab itu, pendakwah perlu berjaga-jaga dan bertanggungjawab bukan sahaja terhadap nilai ilmiah, bahkan bekas-bekas yang akan meresap dalam jiwa orang yang didakwahi.

Walaupun fokus syeikh banyak terarah kepada jurudakwah, namun kita pun sebagai anggota masyarakat secara amnya ada peranannya tersendiri dan harus menyumbang mengikut apa yang sesuai dengan bakat yang kita ada dan kemampuan yang kita miliki. Kita juga perlu sama-sama menggembleng tenaga untuk meningkatkan taraf hidup wanita dan memajukan mereka supaya mereka juga dapat mencipta ketamadunan dan sejarah yang boleh membanggakan umat sepanjang zaman, seterusnya membuka peluang mereka lebih luas untuk beramal soleh dan berkhidmat untuk tuaian akhirat.

Sebagai penutup, saya petik kalam syeikh ini supaya kita merenung dan mengambil pelajaran :

النساء في الحضارة الجديدة يغزون في الفضاء ونحن نفتي بأن صلاتها في بيتها أفضل من الصلاة في مسجد رسول الله، ولا بأس أن تختار المكان البعيد عن الأضواء! كان يجب على أهل الذكر أن يصحوا من رقادهم بسرعة ويواجهوا الحضارة الحديثة بالبديل الإسلامي الصحيح حتي يقفوا الفتنة الهاجمة، وهي فتنة لا يقفها إلا الإسلام المطبق في عهد رسول الله وصحابته لا الإسلام الخارج من أجواف لا تعى ولا تحسن الأسوة الحسنة.

Wanita dalam peradabn moden sedang meneroka angkasa, tetapi kita berfatwa bahawa solatnya di rumah adalah lebih afdal berbanding solat di masjid Rasulullah dan merasa tidak ada apa untuk dia pilih tempat yang jauh daripada segala sinaran. Wajib bagi ahli cendekia untuk dan berhadapan dengan peradaban moden dengan alterinatif Islam yang sebenar sehinga dapat menghambat fitnah yang menyergap. Ia adalah fitnah yang tidak dapat dihentikan melainkan Islam yang dipraktikkan pada masa Rasulullah dan sahabatnya, bukannya Islam yang keluar daripada rongga yang tidak peka dan tidak bagus pula teladan baiknya. (m/s 67).

Nota : Sesiapa yang sudah baca artikel ini atau membaca buku syeikh ini, saya cadangkan untuk membaca juga buku Syed Hussein Alattas yang berjudul “Kita Dengan Islam: Tumbuh Tiada Berbuah” kerana ada perkaitan tema perbahasan yang sama. Jika diizinkan oleh Allah, saya akan cuba kupas apa yang ada dalam buku tersebut. InsyaAllah.

[1]PDF boleh diperoleh di sini : https://www.noor-book.com/%D9%83%D8%AA%D8%A7%D8%A8-%D8%AA%D8%B1%D8%A7%D8%AB%D9%86%D8%A7-%D8%A7%D9%84%D9%81%D9%83%D8%B1%D9%8A-%D9%81%D9%8A-%D9%85%D9%8A%D8%B2%D8%A7%D9%86-%D8%A7%D9%84%D8%B4%D8%B1%D8%B9-%D9%88-%D8%A7%D9%84%D8%B9%D9%82%D9%84-pdf

[2]Salah satu sebab saya tidak dapat bergantung kepada terjemahan adalah kerana penterjemahan ini punyai kelompongan. Banyak langkau terjemah sehingga ada sedikit poin dalam satu perenggan boleh terlepas. Cuma yang boleh dipuji, terjemahan kurang kesilapan. Apapun, saya masih cadang untuk membacanya bagi yang tidak memiliki kemampuan bahasa Arab sebagai mendapt gambaran asas dalam isu ini.

[3]Bagi yang tidak biasa dengan ilmu hadis atau kurang pendedahan dalam ilmu hadis, menghadiri samaʿ bermaksud seseorang itu bertemu dengan periwayat hadis untuk mengambil dan mendapatkan sanad hadis daripadanya. Pada asalnya, saya ingin menterjemah “mendengar”, tetapi saya khuatir ia boleh menyebabkan salah faham atau tidak dapat menangkap maksudnya ketika disebutkan “fulan mendengar daripada fulanah” bagi mereka yang tidak biasa dengan ilmu hadis. Oleh itu, saya terjemahkannya sebagai “menghadiri samaʿ”.

[4]Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) mendefinisikan “kobong” sebagai pondok (rumah dan sebagainya) tempat tinggal santri. Bahasa arabnya adalah Khōniqōh (خَانِقَاه). Ini adalah pandangan saya peribadi dalam terjemahan kerana ia hampir sama dengan makna asalnya. Makna asal bagi Khōniqōh adalah Ribāṭ aṣ-Ṣūfiyyah (رِبَاط الصُّوفِيَّةِ) yang bermaksud pondok kesufian menurut al-Muʿjam al-Wasīṭ.

No comments:

Post a Comment