Bersempena hari kelahiran aku, selalunya aku akan cerita tentang sini setiap tahun. Ia sebagai pengingat untuk diri aku secara khusus, apa yang telah aku lalui sepanjang hidup aku dan apa yang aku mengerti pada tahun sebelumnya.
Cuma penulisan ini dikemaskini sedikit untuk lebih “refined”.
=================================================
“Eksistensi kita adalah suatu pemaknaan. Tatkala kesejatian itu sebati dalam pengertian pada diri kita, maka berhaklah kebenaran itu menjadi penghayatan untuknya”.
Aku masukkan kalam ini dalam kolum “Favourite Quote” di tab “Details About You” di bahagian “About Me”.
Ini adalah cogan kata kehidupan aku dan falsafah kehidupan aku. Inilah yang aku pegang dengan erat. Sebab bagi aku inilah apa yang akan dilalui setiap orang yang mempunyai kesedaran bahawa dia adalah manusia.
Kewujudan kita semua pasti ada makna. Walaupun seseorang itu berkata hidupnya tidak ada makna apa-apa, itu juga adalah pemaknaan. Apa yang ktia definisikan tentang kehidupan ini, maka itulah pemaknaan kita tentang hidup.
Biarlah apapun makna yang kita fahami, percayai, anuti dan berpegang erat padanya, apabila ia menjadi teras, budaya dan sebab kita hala tujukan kehidupan kita, maka itulah yang akan menjadi personaliti, cerminan dan rupa diri kita.
Kita adalah apa yang kita fikirkan tentang diri kita. Apa yang kita fikirkan tentang diri kita, maka itulah kita yang menjadi. Hala tuju hidup kita adalah apa yang kita fikirkan. Untuk capai kebahagiaan yang bermakna untuk diri, seseorang perlu ada satu set fikiran yang konstruktif untuk merealisasikannya.
Semoga kita semua capai kebahagiaan yang kita semua impikan dalam hidup ini.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2967374506646456&set=pb.100001218067654.-2207520000.1570677113.&type=3&theater

No comments:
Post a Comment