Wednesday, 8 April 2020

Nak harap kejayaan besar sehari selepas kempen BMBF memang tak dapat lah. Semuanya mula dengan kecil-kecilan. Biarlah ia bermula dengan keperluan asas terlebih dahulu. Lama-lama boleh progres ke peringkat yang lebih maju jika kita berusaha keras. Tak pe kalau ada sebahagian memang kita tiada pilihan yang bumiputera punya. Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua.

Aku tak faham yang dok perlekeh ni. Mereka sendiri yang dulu dok slogan “Takkan hari ni kahwin, esok beranak?”. Slogan ini dulu digunakan pasal sehari selepas pilihanraya, ada orang sibuk nak tuntut royalti minyak kat Terengganu dan Kelantan.

Sekarang ni, mereka buat perangai yang sama pada kempen BMBF. Seolah-olah bagi mereka, kejayaan BMBF adalah hari ini beli kicap buatan bumiputera, esok bumiputera boleh bangunkan industri telekomunikasi sendiri. Kalau tak boleh tinggalkan walau satu pun bahagian yang bukan bumiputera punya produk dalam tempoh sebulan, tak layak teruskan kempen BMBF. Fuckin retarded brain!

Ni lah makhluk otak terencat. Buat macam tu kat kerajaan baru, kau kata tak mungkin boleh pulih 2 3 tahun je. Kau buat macam tu kat kempen BMBF, boleh pulak nak harap berkesan zamzam ala kazam.

image


===============

Secara peribadi, aku percaya BMBF boleh membuahkan hasil. Sejarah membuktikannya. Contohnya, zaman al-Arqam dulu. Sehinggalah ke Global Ikhwan. Ye, mungkin disebabkan ajaran sesat menyusup masuk, kempen ni terdedah untuk disabotaj dan dibantutkan. Kali ini, kempen BMBF tak ada kaitan dengan mana-mana aliran pun. Jadi, kalau kita sama-sama menggembleng tenaga atas satu pegangan yang sama, kita akan mengukuh kuat.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2924197187630855&set=pb.100001218067654.-2207520000.1568320859.&type=3&theater

No comments:

Post a Comment