
Secara spesifiknya memang aku tuju kat penyokong (atau macai) PH. Tapi, pengajarannya adalah untuk umum.
Kadang aku telusuri di ruangan komen page bossku, portal berita dan individu lain, nak menampakkan bagusnya PH hanya kerana beralasan Najib perompak penyamun, 1MDB, hutang pemerintahan dulu dan kerosakan 60 tahun. Tapi, menjadi ignoran betapa teruknya pemimpin atasan yang dia sokong. Isu LTTE yang bersarang di sesuatu parti, isu komik propaganda, salah pengiraan sasaran KDNKK, berkempen lebih awal daripada waktunya, kereta terbang tidak dapat disiapkan pada waktu jangkaan dan lain-lain yang takkan ada kena mengena pun dengan beban kewangan dan kerosakan terdahulu pun. Tapi, ciri-ciri macam ni adalah manifestasi teruknya pertimbangan dan daya kewarasan seorang pemimpin.
Isu yang hanya berpunca dari pihak sendiri dan tak ada kaitan pun dengan pihak lawan atau seteru pun sanggup cari alasan supaya pihak lain bersalah semata-mata untuk mahu terus jadi kuat. Jujurlah pada diri sendiri, tak rasa muak ke? Kalau pun salah, bukan bermakna kau akan betul secara automatik. Tak rasa bodoh ke beraliran kiri hanya kerana banyak melondehkan aliran kanan disebabkan mereka tak puas hati sistem dan layanan aliran kanan? Kalau rasa bodoh seseorang itu beraliran kiri hanya macam cara macam ni, itulah kebodohan yang mereka buat sekarang.
Janganlah sebab benci kerosakan orang lain sampai buta kerosakan yang melingkar di arena sendiri. Teliti semula kerana apa kita menyokong sangat sesuatu individu atau organisasi atau pihak. Sekadar hebat menelanjangkan orang lain, itu sekadar pertarungan siapa yang lebih banyak lumpur daripada orang lain. Itu je. Bukan bersaing dan berlumba untuk menyerlah hebat dengan erti yang sebenarnya.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3020408551343051&set=pb.100001218067654.-2207520000.0.&type=3&theater
No comments:
Post a Comment