Wednesday, 8 April 2020

Aku buat meme ni sebab ada agamawan sebar berita gempar yang dah lama dan dah selesai. Hisshhh..,, Tengok lah tarikh tu sebelum sebar. Jangan baca tajuk sahaja.
Kalau berita “esok puasa”, “esok raya” tu aku fahamlah orang nak bergurau. Tapi, ini...

Aku buat meme ni sebab ada agamawan sebar berita gempar yang dah lama dan dah selesai. Hisshhh..,, Tengok lah tarikh tu sebelum sebar. Jangan baca tajuk sahaja.

Kalau berita “esok puasa”, “esok raya” tu aku fahamlah orang nak bergurau. Tapi, ini berita yang boleh menyebabkan salah faham masyarakat seperti “Jakim tarik balik sijil halal syarikat xxx”, “Viral anak bertengkar dengan anak”, “Amaran bencana” dan lain-lain yang sama sekali tidak ada kepentingan untuk diungkitkan, dibangkitkan dan dikitar semula, padahal boleh jadi semua itu sudah selesai pada masa yang lalu.

Kalau berita ini disebarkan macam tu saja tanpa tengok tarikh, ia akan menampakkan kes besar yang telah selesai macam belum selesai atau baru berlaku. Pekalah sikit benda ini. Jangan main sebar je.

Penutupnya, hemati peringatan Rasulullah SAW

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ “ .

"Cukuplah seseorang itu dikira berdusta bagi yang menceritakan semua yang dia dengar”. (Musannaf Ibn Abu Syaibah).

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3016316545085585&set=pb.100001218067654.-2207520000.0.&type=3&theater

No comments:

Post a Comment