Wednesday, 8 April 2020

Satu Aib Menghilangkan Seribu Kebaikan

image

Suatu hari di warung, seorang anak yang sedang minum air Milo, kemudian bertanya kepada pakcik tentang bagaimana hanya satu aib seseorang boleh menyebabkan orang menjauhi dan membencinya walaupun beribu kebaikannya.

Lalu pakcik tersebut meludah ke dalam cawan minuman Milo. Si anak tersebut terbentak lalu bertanya dengan penuh marah.

Anak : “Apa ni pakcik? Kenapa pakcik meludah ke dalam air saya? Pengotor betul!”

Pakcik : “Alaa.. air liur je pun, bukannya ada apa sangat yang berubah kat minuman kamu tu.. lagi pun air milo tu masih rasa sedap lagi”

Anak : “Tapi.. air liur pakcik ini membuatkan saya tak berselera untuk meminumnya..”

Pakcik : “Begitulah jawapannya tentang pertanyaan kamu tadi wahai anak. Hanya kerana setitik ludah di dalam bekas penuh air yang sangat lazat, menyebabkan orang menjadi loya untuk meminumnya, Apatah lagi hanya kerana satu aib, hilang semua pandangan padanya kebaikan sehingga kita sanggup meninggalkan dan menjauhi orang tersebut walaupun aib itu sedikit, kecil dan kurang walaupun begitu banyak kebaikan yang dia ada”.

Anak : “Oh begitu yaa..”

Pakcik : “Iyaa.. begitu lah dia.. dah tu air milo tu masih mahu minum lagi ke tak?”

Anak : “Ishh.. pakcik je lah minum, tak dan saya nak minum air yang tercampur dengan kekotoran pakcik ni”

Pakcik : “Terima kasih ya nak… dapat jugak minum air milo pagi ni”

Anak : “Tapi kan pakcik….. eermm”

Pakcik : “Tapi apanya?”

Anak : “Tak de pape, boleh je pakcik nak minum, tapi pakcik kena bayar lah air tu”

Pakcik : “ ☥ ☦ ☓ ☩ ☯ ☧ ☬ ☸ ✡ ♁ ✙ ♆ ✫ ✬ ✭ ✮ ✯ ✰ ✡ ★ ✱ ✲ !!!”

-24 Oktober 2014-

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3022388914478348&set=pb.100001218067654.-2207520000.0.&type=3&theater

No comments:

Post a Comment