Wednesday, 8 April 2020

Mereka yang selalu menulis dengan ejaan yang tidak penuh…….

Ini dapatan peribadi aku je, tapi aku buat kesimpulan ini setelah berkecimpung kira-kira 8 tahun dalam diskusi dan debat di laman sosial. Kalau ada yang berpandangan sama, bagus juga kongsi. Kalau ada pandangan berbeza, aku tak kisah, sebab dapatan peribadi pun.

Orang yang selalu melazimi penulisan yang ejaannya tidak penuh, “short-fom”, “penulisan SMS” atau yang sama makna dengannya dan yang merasa “awkward” (janggal) untuk menulis dengan ejaan penuh adalah orang yang simple-minded dan tidak memiliki garapan untuk melihat dimensi lebih luas dan jauh. Selalunya orang ini kalau diminta untuk membentangkan sumber, mereka lebih banyak mengambil yang “hearsay” dan mengeluarkan pendapat yang mentah.

Aku tak ada lah kata mereka yang menulis dengan ejaan penuh ini adalah pastinya orang bijaksana, intelektual, ilmuwan atau pemikir serta pandai dalam sesuatu isu secara khusus. Tapi, kita boleh bezakan orang yang simple-minded atau tidak melalui apa perasaan dia bila menulis dengan ejaan penuh sama “awkward” atau biasa-biasa je yang bertindak secara automatik.

Kalau rasa “awkward”, ya ini memang orangnya. Kalau kita bergaul lama pun dengan dia, kita memang nampak dia biasa tulis dengan ejaan tidak penuh. Jarang-jarang nak guna penulisan ejaan penuh secara atutomatik. Kalau yang sudah terbiasa sama ada dalam borak kosong atau diskusi ilmiah, tidak kira online menggunakan telefon atau lapto, kemungkinan ini orang yang boleh kita bincang dengan senang.

Mungkin -ini dapatan peribadi je, bukan penjelasan saintifik tau!- sebab orang yang melazimi penulisan ejaan penuh (tidak semua, tetapi kebanyakannya dieja penuh atau hampir penuh) dan tidak merasa “awkward” buat macam tu serta ia terbawa secara automatik sama ada dalam penulisan ilmiah atau sembang adalah kerana mereka ini biasa dengan pembacaan ilmiah. Apabila seseorang selalu membaca bahan ilmiah, dia akan biasa dengan perkataan yang dieja penuh.

Lama-kelamaan, otaknya tersusun penuh dengan ekspresi atau ungkapan perkataan yang dieja penuh. Jadi, kalau kita ingin menulis, yang terkeluar dalam “imej idea” adalah ejaan penuh berbanding ejaan yang ringkas.

image

Ini mungkin sama apabila kita kerap sahaja terjumpa perkataan “asas”. Jadi, apabila kita ingin merujuk sesuatu, secara automatik kita akan cakap “ini berasaskan fakta” berbanding kita nak sebut “ini berdasarkan fakta” atau “ini berteraskan fakta”. Apabila kita ingin berkata “foundation” bagi sesuatu , kita akan cakap “ini adalah asas kepada kejayaan” berbanding “ini adalah dasar kepada kejayaan” atau “ini adalah teras kepada kejayaan”.

Apabila kita biasa dengan perkataan “asas”, ia memberi pengaruh kepada otak supaya masukkan dan utamakan perkataan ini dalam “imej idea” ketika kita berfikir dan menaakul untuk menerbitkan penulisan. Sebab itulah perkataan “asas” akan muncul terlebih dahulu dalam “imej idea” berbanding perkataan lain.

Begitu juga dengan kes ejaan penuh ini. Apabila biasa dengan ejaan penuh, ia beri pengaruh kepada otak untuk masukkan dan utamakan perkataan berejaan penuh dalam “imej idea”. Contohnya, kalau kita biasa dengan ejaan “sayang”, otak kita akan masukkan dan utamakan perkataan “sayang” berbanding “syg”. Jadi, sebab itulah dia akan lebih senang dan automatik untuk mengeja “sayang” berbanding “syg” walaupun “syg” lebih ringkas ejaannya.

Jadi, bagaimana aku andaikan orang yang tidak melazimi ejaan penuh ini simple-minded, tidak memiliki daya cerapan dimensi yang tinggi, suka meriwayat yang “hearsay” dan mengemukakan pendapat yang mentah? Mungkin sebab dia kurang membaca, lantas sumber yang dia dapat adalah dengar-dengar sahaja. Apabila kurang membaca, dia akan kurang buat kajian untuk buat semakan atau pembelajaran lanjut. Kurang membaca akan memberi kesan terbantutnya tenaga berfikir, kuriositi dan melakukan analisa. Kesannya adalah tidak berkembangnya minda dan gagal untuk mlihat secara universal. Ini menatijahkan pendapatnya hanya berduniakan lapangan yang sempit dan terhad.

Apapun, ini bukan penjelasan saintifik. Ini asumsi peribadi aku je. Kalau sesiapa yang ada artikel atau jurnal yang berkaitan dengan ini, boleh lah kongsi untuk manfaat bersama.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=127226815409659&set=pb.100043670240307.-2207520000..&type=3&theater

No comments:

Post a Comment