Wednesday, 8 April 2020

Tidak kiralah apa pun pendirian seseorang tentang hukum mengucapkan “selamat” bersempena perayaan agama atau budaya lain, ada beberapa perkara perlu diambil perhatian.

Kalau kita kenali ada orang yang berpendirian untuk tidak boleh sama sekali mengucapkan selamat, jika dia tidak mahu ucapkan selamat sempena apa-apa, janganlah anggap dia langsung tidak mahu bersikap mesra dan ramah. Kita tidak berhak untuk paksa orang lain bercakap sesuatu yang tidak tidak mahu atau tidak suka hanya semata-mata untuk menyenangkan perasaan gembira kita. Dengan kata lain, kita tidak boleh paksa seseorang melakukan sesuatu atas nama “toleransi”, “kemesraan” dan “keterbukaan”. Yang ini bukan lagi toleransi dan bersikap terbuka dah ni. Kalau dia tidak mahu, biarkan.

Macam ada orang ini benci rokok dan tidak merokok. Adakah sebab dia tidak mahu ucap “Silakan merokok” atau “Selamat merokok” dianggap orang itu tidak mahu bersikap mesra dan terbuka terhadap kita yang merokok? Tentu sama sekali tidak. Takkanlah tak mengucapkan selamat sampai nak berperang tujuh keturunan? Takkanlah tak mengucapkan selamat sampai nak anggap semangat perpaduan dan nilai kebaikan sudah lagi tiada? Mahu terasa dan bergaduh untuk perkara remeh dan kecil adalah sesuatu yang bodoh dan membuang masa untuk diperuntukkan.

Bagi yang berpendirian untuk tidak boleh sama sekali mengucapkan selamat, janganlah sebab tegas dengan pendapat itu sampai mencuka muka, bengis, bersikap kasar, tidak mahu memberi hadiah dan bersedekah, tidak bersikap lunak dan mesra terhadap sesama manusia yang berlainan agama. Masing-masing ada batas dan sempadan yang tidak boleh dikompromi lagi untuk digadaikan, tetapi itu bukan alasan untuk melebarkan jurang dan menambahkan lagi kerenggangan. Janganlah sebab tegas dengan pendapat itu sampai mahu anggap orang lain tidak ada apa-apa kebaikan lagi dan tiada hak hubungan kekitaan dan setiakawan. Jadi tegas, tetapi membawa nilai rahmat kepada insan yang lain.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3139457582771480&set=pb.100001218067654.-2207520000..&type=3&theater

image

No comments:

Post a Comment