Thursday, 23 April 2020

Maksud "Razi" (رَازِيّ).

Perkataan Rāziy adalah nisbah kepada bandar ar-Roy (الرَّيّ) atau dikenali bandar Shahr-e-Ray atau Ray atau Rey yang merupakan salah satu negeri besar di Daylam (دَيْلَم) atau Dailam, Deylam, Deilam, Daylamites, Dailamites yang terletak di Iran.

Orang Arab menambah huruf Zay kerana untuk meringankan sebutan. Maksudnya, pada asalnya, jika kita ingin menisbahkan seseorang kepada kepada Ray seperti penduduk Ray, maka kita akan menyebutkan ar-Royawiyy (الرَّيَوِيُّ). Namun, bagi orang Arab, penyebutan seperti ini sangat berat di lidah mereka. Maka, ditambahkan huruf Zay yang akhirnya menjadi Rōziy hanya untuk memudahkan sebutan.

Orang Arab menambah huruf Alif selepas huruf Ro adalah semata-mata untuk memfathahkan (membaris ataskan) huruf Ro. Itu sahaja.

Rujukan : Al-Ansāb karya as-Samʿāniy

Gambar : Abu Bakr ar-Rāziy. Salah seorang tokoh Muslim dalam perubatan, fizik, kimia dan pelbagai bidang yang lain.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3408779672505935&set=a.3168297873220784&type=3&theater



No comments:

Post a Comment