Friday, 24 April 2020

Koleksi Nama Jepun Menepati Etimologi Bahasa Arab - Siri 18 : Shana

HD wallpaper: shakugan no shana 1680x1050 Anime Hot Anime HD Art ...


Nota : Bagi yang tidak ada pengetahuan bahasa Arab, terus rujuk pada maknanya pada perkataan dalam tanda # __ #. Tidak perlu perhatikan analisis bahasa.
Nama : Shana

Ada dua sebutan. Pertama, Shāna (شَانَ) bermaksud :

(a) Qobbaḥa (قَبَّحَ), iaitu # memburukkan (sesuatu atau seseorang) #.

(b) ʿĀba (عَابَ), iaitu # mengaibkan (seseuatu atau seseorang) #.

Kedua, Shanna (شَنَّ). Dilihat pada dua sudut. Pertama, fiʿel māḍī (past tense) yang bermaksud :

(a) Yabisa (يَبِسَ), iaitu # kering #.

(b) Taqōṭoro (تَقَاطَرَ), iaitu # menitik-nitik #.

(c) Ṣobba Mutafarriqon (صَبَّ مُتَفَرِّقًا), iaitu # berderai-derai (air) #.

(d) Wajjaha Hujūman (وَجَّهَ هُجُومًا), iaitu # datang menyerbu #

Kedua, dari sudut ism al-Jāmid (non-derivative noun) yang bermaksud :

(a) Al-Qirbah al-Kholaq aṣ-Ṣoghiroh Yakūnu al-Māʾ Fīhā Abroda Min Ghoyrihā (القِرْبَةُ الْخَلَقُ الصَّغِيرَةُ يَكُونُ الْمَاءُ فِيهَا أَبْرَدَ مِنْ غَيْرِهَا), iaitu # wadah kecil yang lusuh yang mempunyai air yang lebih sejuk daripadanya #.

(b) Jildun Yābisun Yughoṭṭō Bihi aṭ-Ṭobaq (جِلْدٌ يَابِسٌ يُغطَّى بِهِ الطَّبَقُ), iaitu # kulit kering yang digunakan untuk menutup piring #.

Ejaan lain yang terdekat juga adalah Shānnah (شَانَة) yang bermaksud Masīl al-Māʾ Ilā al-Wādī (مَسِيلُ الْمَاءِ إِلَى الْوَادِى), iaitu  # tempat mengalirnya air ke lembah #

Ejaan lain yang terdekat ialah Shannah (شَنَّة) yang bermaksud

(a) Al-Qirbah al-Kholaq aṣ-Ṣoghiroh Yakūnu al-Māʾ Fīhā Abroda Min Ghoyrihā (القِرْبَةُ الْخَلَقُ الصَّغِيرَةُ يَكُونُ الْمَاءُ فِيهَا أَبْرَدَ مِنْ غَيْرِهَا), iaitu # wadah kecil yang lusuh yang mempunyai air yang lebih sejuk daripadanya #.

(b) Al-ʿAjūz (العَجُوز), iaitu # yang tua #.

Rujukan :

(a) Almaany Online Dictionary
(b) Al-Muʿjam al-Wasīṭ

Jika ada nama Jepun ingin disemak sama ada memiliki persamaan atau dapat dikaitkan dengan bahasa Arab, boleh hantarkan nama. Elakkan nama yang ada huruf “c”, “g”, “p” dan “v” kerana ia tidak ada dalam sebutan bahasa Arab. Manakala huruf vokal, kadangkala berbeza mengikut sifat makhraj huruf sehingga berbeza dengan sebutan Jepun.

Apapun, kajian dan pengeposan boleh memakan masa. Harap maklum. Terima kasih atas penantian anda.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3411388065578429&set=a.344595828924350&type=3&theater

No comments:

Post a Comment