Tuesday, 21 April 2020

Koleksi Nama Jepun Menepati Etimologi Bahasa Arab - Siri 17 : Yuki Nagato


Nota : Bagi yang tidak ada pengetahuan bahasa Arab, terus rujuk pada maknanya pada perkataan dalam tanda # __ #. Tidak perlu perhatikan analisis bahasa.

Nama : Yuki Nagato

>Yūkī. Fiʿl Muḍōriʿ (present tense) dari perkataan Awkā. Ia bermaksud :

(a) Wakā (وَكَى), iaitu # mengikat (sesuatu) dengan pengikat #

(b) Bakhila (بَخِلَ), iaitu # menjadi kedekut / kikir / bakhil #

(c) Isytadda al-ʿAdwu (اشْتَدَّ الْعَدْوُ), iaitu # menjadi kencang lariannya #.

(d) Yaʾmuru An Yasuddahu Fāh Wa Yuskita (يَأْمُرُهُ أَنْ يَسُدَّ فَاهُ ويَسُكِتَ), iaitu # menyuruh untuk menutup mulut (seseorang) dan mendiamkannya #.

(e) Malaʾa (مَلَأَ), iaitu # memenuhi #

>Nagato. Mohon ampun. Tidak jumpa persamaan atau dapat dikaitkan dengan bahasa Arab.

Rujukan :

(a) Al-Muʿjam al-Waṣīṭ
(b) Lisān al-ʿArob

Jika ada nama Jepun ingin disemak sama ada memiliki persamaan atau dapat dikaitkan dengan bahasa Arab, boleh hantarkan nama. Elakkan nama yang ada huruf “c”, “g”, “p” dan “v” kerana ia tidak ada dalam sebutan bahasa Arab. Manakala huruf vokal, kadangkala berbeza mengikut sifat makhraj huruf sehingga berbeza dengan sebutan Jepun.

Apapun, kajian dan pengeposan boleh memakan masa. Harap maklum. Terima kasih atas penantian anda.

No comments:

Post a Comment