Ada dua ejaan. Pertama, Aqwā (أَقْوَى). Ia dilihat dari tiga sudut. Pertama, jika ia diambil kira dari makna ism at-Tafḍīl (superlative comparative noun) (darjah penghabisan), ia bermaksud paling kuat atau terkuat.
Kedua, jika dari sudut fi'el muḍōriʿ (present tense) yang pelakunya adalah "aku/saya", maka ia bermaksud :
(a) Kuntu Dzā Ṭōqotin ʿAlā al-ʿAmal (كُنْتُ ذَا طَاقَةٍ عَلَى الْعَمَلِ), iaitu aku memiliki kemampuan untuk melakukan sesuatu
(b) Juʿtu Jūʿan Syadīdan (جُعْتُ جُوعًا شَدِيدًا), iaitu aku kelaparan yang amat.
Ketiga, jika dari sudut fiʿel māḍī (past tense) untuk tsulātsiyy mazīd (tiga huruf tertambah), maka ia bermaksud :
(a) Iftaqoro (افْتَقَرَ), iaitu menjadi miskin
(b) Nazala Bi al-Qafr (نَزَلَ بِالْقَفْرِ), iaitu singgah di gurun gersang yang tidak berpenghuni
(c) Nafida Ṭoʿāmuh Wa Faniya Zāduhu (نَفِدَ طَعَامُهُ وَفَنِيَ زَادُهُ), iaitu habis bekalan dan makanannya.
(d) Kholā (خلا), iaitu menjadi kosong
(e) Akhlā (أَخْلَى), iaitu mengosongkan
(f) Jaʿala Baʿḍō Quwāhu Aglaẓho Min Baʿḍin (جَعَلَ بَعْضَ قُوَاُه أَغلَظَ مِنْ بَعْضٍ), iaitu memintal.
(g) Kholafa Ḥarokah ar-Rowiyy al-Mutlaq Bi Kasrin Wa Ḍommin (خَالَفَ بَيْنَ حَرَكَةِ الرَّوِيِّ الْمُطْلَقِ بِكَسْرٍ وَضَمٍّ), iaitu penyair melakukan percanggahan rima akhir mutlaq pada baris bawah dan baris depan.
Ejaan kedua adalah Akwā (أَكْوَى). Fi'el muḍōriʿ (present tense) yang pelakunya adalah "aku/saya", ia bermaksud :
(a) Amarortu ʿAlayh al-Mikwāh Li Uzīla Taṯsanniyātih (أَمْرَرْتُ عَلَيْهِ الْمِكْوَاةَ لِأُزِيلَ تَثَنِّيَاتِهِ), iaitu aku menseterika (baju/pakaian)
(b) Uḥriqtu Ḥadīdah Ḥāmiyah (أُحْرِقْتُ بِحَدِيدَةٍ حَامِيَةٍ), iaitu aku menyelomot (seseorang)
(c) Uḥriqtu (أُحْرِقْتُ), iaitu aku membakar (seuatu)
(d) Ladaghtu (لَدَغْتُ), iaitu aku menyengat (seseorang atau sesuatu)
(e) Jika disebut Akwā Bi ʿAynī (أَكْوَى بِعَيْنِي), ia bermaksud Aḥadadtu an-Naẓor (أَحْدَدْتُ النَّظَرَ), iaitu aku memandang tajam (terhadap seseorang)
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3419172868133282&set=pb.100001218067654.-2207520000..&type=3&theater
No comments:
Post a Comment