Saturday, 11 April 2020

Koleksi Nama Jepun Menepati Etimologi Bahasa Arab - Siri 6 : Misaka Mikoto

image

Nota : Bagi yang tidak ada pengetahuan bahasa Arab, terus rujuk pada maknanya pada perkataan dalam tanda # __ #. Tidak perlu perhatikan analisis bahasa.

Nama : Misaka Mikoto

> Misaka. Ada dua ejaan. Pertama Misaka (مِسَكَ), jamak (plural) kepada Misk (مِسْك). Ia bermaksud Ḍorb Min aṭ-Ṭīb Yuttaẖaḏa Min Ḍorb Min al-Ġizlān (ضربٌ مِنَ الطِّيبِ يُتَّخَذُ مِنْ ضَرْبٍ مِنَ الغِزْلَانِ), iaitu # wangian kasturi #.

Yang kedua adalah Misāka (مِسَاك). Ia bermaksud :

(a) Mā Yumsaku Bihi Niṣōb an-Naṣli (مَا يُمْسَك بِهِ نِصَابُ النَّصْلِ), iaitu # tangkai pedang #.

(b) Bukẖl (بُخْل), iaitu # kedekut / bakhil / kikir #.

(c) Jika disebut “Mā Fīhi Misākun” (مَا فِيهِ مِسَاكٌ), ia bermaksud Tidak ada # kebaikan yang diharapkan # padanya.

> Mikoto. Ejaan yang terdekat adalah Miqōṭo (مِقَاط), ia bermaksud :

(a) Ḥabl (حَبْلٌ), iaitu # tali #

(b) Miqwad al-Farosi (مِقْوَدُ اْلفَرَسِ), iaitu # tali kekang kuda #

Ada ejaan yang hampir-hampir terdekat. Iaitu Miqoṭṭo (مِقَطٌّ), yang bermaksud Mā Yaquṭṭu al-Kātibu ʿAlayhi Aṭrōf Aqlāmihi (مَا يَقُطُّ الْكَاتِبُ عَلَيْهِ أَطْرَافِ أَقْلَامِهِ), iaitu # runcing pen #.

Rujukan :

(a) al-Muʿjam al-Wasīṭ
(b) Almaany Online Dictionary
(c) Kamus al-Munawwir

Jika ada nama Jepun ingin disemak sama ada memiliki persamaan atau dapat dikaitkan dengan bahasa Arab, boleh hantarkan nama. Elakkan nama yang ada huruf “c”, “g”, “p” dan “v” kerana ia tidak ada dalam sebutan bahasa Arab. Manakala huruf vokal, kadangkala berbeza mengikut sifat makhraj huruf sehingga berbeza dengan sebutan Jepun.

Apapun, kajian dan pengeposan boleh memakan masa. Harap maklum. Terima kasih atas penantian anda.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3166324823418089&set=pb.100001218067654.-2207520000..&type=3&theater

No comments:

Post a Comment