Saturday, 11 April 2020

Koleksi Nama Jepun Menepati Etimologi Bahasa Arab - Siri 5 : Satō Kazuma

image

Nota : Bagi yang tidak ada pengetahuan bahasa Arab, terus rujuk pada maknanya pada perkataan dalam tanda # __ #. Tidak perlu perhatikan analisis bahasa.

Nama : Satō Kazuma

> Saṭō (سَطَا). Fi'l Māḍi (past tense) yang membawa maksud mengikut konteks ucapan :

a) Saṭō al-Farosu (سَطَا الْفَرَسُ), ia bermaksud “Rokiba Roʾsuhu” (رَكِبَ رَأْسُهُ), iaitu # terangkat kepala # kuda

b) Saṭō al-Māʾ (سَطَا الْمَاءُ), ia bermaksud “Kaṯuro” (كَثُرَ). iaitu # banyak / melimpah # air

c) Saṭō ʿAla aš-Šayʾ (سَطَا عَلَى الشَّيْءِ), ia bermaksud “Baṭoša Bihi Waqoharahu” (بَطَشَ بِهِ وَقَهَرَهُ), iaitu # merompak # sesuatu.

d) Saṭō ʿAla al-Ḥāmil (سَطَا عَلَى الْحَامِلِ), ia bermaksud “Aẖroja Waladaha Mayyitan” (أَخْرَجَ وَلَدَهَا مَيِّتًا), iaitu # melahirkan anak yang mati #

e) Saṭō aṭ-Ṭoʿam (سَطَا الطَّعَامَ), ia bermaksud “Tanāwala” (تَنَاوَلَ), iaitu # mengambil # makanan

f) Saṭō ʿAlā Muʾallafāt al-Adīb (سَطَا عَلَى مُؤَلَّفَاتِ الْأَدِيبِ), ia bermaksud “Intaḥala” (انْتَحَلَ), iaitu # menciplak # karya-karya sasterawan

> Kazuma. Ada dua ejaan. Pertama, Kaẓuma (كَظُمَ), Fi'l Māḍi (past tense) yang membawa maksud “Sakata” (سَكَتَ), iaitu # diam #. Kedua, Qoḏūma (قَذُوم), yang membawa maksud Quḏām (قُذَام), iaitu # yang luas #.

Rujukan :

(a) al-Muʿjam al-Wasīṭ
(b) Almaany Online Dictionary

Jika ada nama Jepun ingin disemak sama ada memiliki persamaan atau dapat dikaitkan dengan bahasa Arab, boleh hantarkan nama. Elakkan nama yang ada huruf “c”, “g”, “p” dan “v” kerana ia tidak ada dalam sebutan bahasa Arab. Manakala huruf vokal, kadangkala berbeza mengikut sifat makhraj huruf sehingga berbeza dengan sebutan Jepun.

Apapun, kajian dan pengeposan boleh memakan masa. Harap maklum. Terima kasih atas penantian anda.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3148272551889983&set=a.3135255379858367&type=3&theater

No comments:

Post a Comment