Saturday, 11 April 2020

Koleksi Nama Jepun Menepati Etimologi Bahasa Arab - Siri 7 : Arima Kishou

image


Nota : Bagi yang tidak ada pengetahuan bahasa Arab, terus rujuk pada maknanya pada perkataan dalam tanda # __ #. Tidak perlu perhatikan analisis bahasa.

Nama : Arima Kishou

> Arima. Ada empat ejaan. Pertama Ārima (آرِم). Ism al-Fāʿil (active participle) daripada perkataan Arima - Yaʾromu (أَرَمَ - يَأْرَمُ). Ia bermaksud :

(a) ʿAḍḍo ʿAlayhi (عَضَّ عَلَيْهِ), iaitu # menggigit # sesuatu.

(b) Istaʾṣolahu (اسْتَأْصَلَهُ), iaitu # mencabut akar / pangkal # sesuatu

(c) Akalahu Wa Lam Yatruk Syaiʾan (أَكَلَهُ وَلَمْ يَتْرُكْ مِنْهُ شَيْئًا), iaitu # memakan habis #

(d) Fatalahu Fatlan Syadīdan (فَتَلَهُ فَتْلًا شَدِيدًا), iaitu # memintal (tali) dengan kuat #

Ejaan keda adalah, Arima (أَرِمَ) dan ia ada tiga punca kata. Pertama, ia adalah fiʿl māḍī (past tense) (kata kerja masa lampau). Ia bermaksud :

(a) Faniya (فَنِيَ), iaitu # lenyap / sirna / musnah / hancur #

(b) Lam Tunbitu Syaiʾan (لَمْ تُنْبِتُ شيئًا), iaitu # tidak tumbuh sesuatu #

Kedua, jika Arima (أَرِمَ) bukan daripada fiʿl māḍī, ia bermakna Ḥijārotun Aw Naḥwuhā Tunṣobu Fī al-Mafāzati Li Yuhtadā Bihā (حِجَارَةٌ أَوْ نَحْوُهَا تُنْصَبُ فِي الْمَفَازَةِ لْيُهْتَدَى بِهَا), iaitu # petanda arah padang pasir #.

Ejaan ketiga ialah ʿĀrima (عَارِم) dan ia ada dua dasar kata. Pertama, ia adalah Ism al-Fāʿil (active participle) daripada perkataan ʿArima - Yaʿrimu (عَرَمَ - يَعْرِمُ). Ia bermaksud :

(a) Isytadda Wa Kẖoroja ʿAn al-Ḥadd (اِشْتَدَّ وَخَرَجَ عَنِ الْحَدِّ), iaitu # bersangatan sangat #

(b) Kẖobusa Wa Kāna Syirrīron (خَبُثَ وَكَانَ شِرِّيرًا), iaitu # sangat liar #

(c) Aṣōbahu Bi Syarōsatin Wa Aḏan (أَصَابَهُ بِشَرَاسَةٍ وأَذًى). iaitu # memerihkan # seseorang

(d) Roḍoʿa (رَضَعَ), iaitu # menyusu #

Kedua, jika ia berasal daripada perkataan ʿAruma - Yaʿrumu (عَرُمَ - يَعْرُمُ). Maka ia bermaksud sama macam (a) dan Syarisa Wa Isytadda (شَرِسَ وَاشْتَدَّ), iaitu # liar (tidak terkawal) #

Ejaan keempat adalah ʿArima (عَرِمَ) dan ia ada dua punca kata. Pertama, ia adalah fiʿl māḍī (past tense) (kata kerja masa lampau), ia bermaksud :

(a) Kāna Bihi Sawādun Mukẖtaliṭun Bibayāḍ (كَانَ بِهِ سَوَادٌ مُخْتَلِطٌ بِبَيَاضٍ), iaitu # bercampur hitam dan putih #

(b) Syarisa Wa Isytadda (شَرِسَ وَاشْتَدَّ), iaitu # liar (tidak terkawal) #.

Kedua, jika ʿArima (عَرِم) yang bukan fiʿl māḍī, ia bermaksud :

(a) As-Sadd Aw Kullu Mā Yumsiku al-Māʾ (السَّدُّ أَوْ كلُّ مَا يُمْسِكُ الْمَاءَ), iaitu # penghadang air #

(b) Jika orang berkata “Sabīlun ʿArimun” (سَبِيلٌ عَرِمٌ), ia bermaksud Sabīlun ʿAẓīmun Zāẖir (سَيْلٌ عَظِيمٌ زَاخِرٌ), iaitu # jalan yang besar lagi panjang #.

>Kishou. Mohon ampun. Tidak jumpa persamaan atau dapat dikaitkan dengan bahasa Arab.

Rujukan :

(a) Almaany Online Dictionary
(b) al-Muʿjam al-Wasīṭ

Jika ada nama Jepun ingin disemak sama ada memiliki persamaan atau dapat dikaitkan dengan bahasa Arab, boleh hantarkan nama. Elakkan nama yang ada huruf “c”, “g”, “p” dan “v” kerana ia tidak ada dalam sebutan bahasa Arab. Manakala huruf vokal, kadangkala berbeza mengikut sifat makhraj huruf sehingga berbeza dengan sebutan Jepun.

Apapun, kajian dan pengeposan boleh memakan masa. Harap maklum. Terima kasih atas penantian anda.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3172814049435833&set=pb.100001218067654.-2207520000..&type=3&theater

No comments:

Post a Comment