Sunday, 12 April 2020

Koleksi Nama Jepun Menepati Etimologi Bahasa Arab - Siri 12 : Shiba Tatsuya




Nota : Bagi yang tidak ada pengetahuan bahasa Arab, terus rujuk pada maknanya pada perkataan dalam tanda # __ #. Tidak perlu perhatikan analisis bahasa.

Nama : Shiba Tatsuya

>Shiba. Ejaan sama, tetapi dua punca kata yang berbeza, ia adalah Syība (شِيب). Punca kata yang pertama bermaksud Ḏzū asy-Syayb (ذُو الشَّيْبِ), iaitu # orang yang beruban #.

Punca kata yang kedua adalah fi'l māḍī majhūl (passive past tense) dari perkataan Syāba (شَابَ), ia bermaksud :

(a) Khuliṭo (خُلِطَ), iaitu # dicampurkan #.

(b) Kuḏziba Fī al-Qowl (كُذِبَ فِي القَوْلِ), iaitu kata-kata # ditdustakan #

(c) Khudiʿa Fī Bayʿin Aw Syirōʾin (خُدِعَ فِي بَيْعٍ أَوْ شِرَاءٍ), iaitu belian atau jualan # diperdaya #

>Tatsuya. Mohon ampun. Tidak jumpa persamaan atau dapat dikaitkan dengan bahasa Arab.

Rujukan :

a) Almaany Online Dictionary
b) Al-Muʿjam al-Wasīṭ

Jika ada nama Jepun ingin disemak sama ada memiliki persamaan atau dapat dikaitkan dengan bahasa Arab, boleh hantarkan nama. Elakkan nama yang ada huruf “c”, “g”, “p” dan “v” kerana ia tidak ada dalam sebutan bahasa Arab. Manakala huruf vokal, kadangkala berbeza mengikut sifat makhraj huruf sehingga berbeza dengan sebutan Jepun.

Apapun, kajian dan pengeposan boleh memakan masa. Harap maklum. Terima kasih atas penantian anda.

No comments:

Post a Comment