Saturday, 11 April 2020

Koleksi Nama Jepun Menepati Etimologi Bahasa Arab - Siri 4 : Satoru Fujinuma

image

Nota : Bagi yang tidak ada pengetahuan bahasa Arab, terus rujuk pada maknanya pada perkataan dalam tanda # __ #. Tidak perlu perhatikan analisis bahasa.

Nama : Satoru Fujinuma

> Saṭoru (سَطَرُ). Fi'l Māḍi (past tense), kemudian dijadikan sebagai nama yang sama seperti Yazīd (يَزِيدُ) dan lain-lain. Ia membawa maksud mengikut konteks ucapan :

a) Saṭoro al-Kitāb (سَطَرَ الْكِتَابَ), ia bermaksud “Kataba” (كَتَبَ), iaitu # menulis # buku.

b) Saṭoro Fulānan (سَطَرَ فُلَانًا), ia bermaksud “Ṣoroʿa” (صَرَعَ), iaitu # melempar # seseorang

c) Saṭoro asy-Syaiʾa bi as-Sayf (سَطَرَ الشَّيْءَ بِالسَّيْفِ), ia bermaksud Qoṭoʿa (قَطَعَ), iaitu # memotong # sesuatu dengan pedang.

> Fujinuma. Mohon ampun. Tidak jumpa persamaan atau dapat dikaitkan dengan bahasa Arab.

Rujukan : al-Muʿjam al-Wasīṭ

Jika ada nama Jepun ingin disemak sama ada memiliki persamaan atau dapat dikaitkan dengan bahasa Arab, boleh hantarkan nama. Elakkan nama yang ada huruf “c”, “g”, “p” dan “v” kerana ia tidak ada dalam sebutan bahasa Arab. Manakala huruf vokal, kadangkala berbeza mengikut sifat makhraj huruf sehingga berbeza dengan sebutan Jepun.

Apapun, kajian dan pengeposan boleh memakan masa. Harap maklum. Terima kasih atas penantian anda.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3063567750360464&set=a.3135255379858367&type=3&theater

No comments:

Post a Comment