Nota : Bagi yang tidak ada pengetahuan bahasa Arab, terus rujuk pada maknanya pada perkataan dalam tanda # __ #. Tidak perlu perhatikan analisis bahasa.
Nama : Mirai Kuriyama
>Miraʾi (مِرَاء). Maṣdar (gerund) dari perkataan Mārō - Yumārī (مَارَى - يُمَارِي), ia bermaksud Nāẓoro Wa Jādala (نَاظَرَ وَجَادَلَ), iaitu # berdebat #.
Maksud nama ini baik kerana firman Allah ʿAzza Wajalla :
فَلَا تُمَارِ فِيهِمْ إِلَّا مِرَاءً ظَاهِرًا
“Janganlah kalian berdebat melainkan perdebatan yang nyata”. (Surah al-Kahfi ayat 22).
Dalam ayat ini, Allah menyuruh untuk tidak berdebat sesuatu yang tidak ada manfaat dan tidak akan berkesudahan penghujungnya seperti bilangan Ashabul Kahfi. Kalau mahu berdebat juga, maka carilah topik yang boleh ditemukan titik penyelesaiannya. Maka, di sini menunjukkan ada perdebatan yang baik.
> Kuriya (كُرِيَ). Kata kerja pasif (passive verb) (fi'el māḍī majhūl) daripada Karō (كَرَى). Ia bermaksud :
a) Ḥufiro (حُفِرَ), iaitu # digali #
b) Luʿiba bihā (لُعِبَ بِهَا), iaitu # dimainkan #
Ada lagi ejaan terdekat. Iaitu Quriya (قُرِيَ). Kata kerja pasif (passive verb) (fi'el māḍī majhūl) daripada Qorō (قَرَى). Ia bermaksud :
a) Jumiʿa (جُمِعَ), iaitu # dikumpulkan #
b) Kẖubbiʾa (خُبِّئَ), iaitu # disembunyikan #
c) Uḍīfaha wa Ukrimahu Wa Uḥsina Ilayhi Minḥatu al-Qirō wa al-Hiimāyah (أَضِيفَ وَأُكْرِمَ وَأُحْسِنَ إِلَيْهِ مِنْحَهُ القِرَى وَالْحِمَايَةُ), iaitu # disambut, dimuliakan, pemberian jamuan dan tempat tinggal # (saya tidak tahu kalau ada satu perkatan bahasa Melayu atau Inggeris boleh rangkumkan semua maksud ini)
d) Ustuqriya (أُسْتُقْرِيَ), iaitu # diselidik #
e) Ṭuʿina (طُعِنَ), iaitu # ditusuk #
> Mā (مَا). Ada banyak maksud, antaranya ialah :
a) Syaʾi (شَيْء), iaitu # sesuatu #
b) # Apa sahaja #. Dalam bahasa Arab jika disebut “Kẖuḏz Kitāban Mā” (خُذْ كِتَابًا مَا), maksudnya “ambillah apa sahaja kitab”. Ia mesti ada disandangkan bersama sesuatu yang disifatkan dan tidak boleh berdiri sendiri.
c) Tidak ada makna apa-apa. Sekadar tambahan dalam perkataan, selalunya untuk menguatkan kenyataan lafaz seterusnya.
Jika ingin konteks nama, saya berpendapat makna (c) adalah lebih diterima pakai, iaitu tidak diterjemah langsung.
Rujukan :
a) Almaany Online Dictionary
b) Kamus al-Munawwir
c) Muʿjam Ḥurūf al-Maʿānī Wa Aṯaruhā Fi Iẖtilāf al-ʿUlamāʾ
Jika ada nama Jepun ingin disemak sama ada memiliki persamaan atau dapat dikaitkan dengan bahasa Arab, boleh hantarkan nama. Elakkan nama yang ada huruf “c”, “g”, “p” dan “v” kerana ia tidak ada dalam sebutan bahasa Arab. Manakala huruf vokal, kadangkala berbeza mengikut sifat makhraj huruf sehingga berbeza dengan sebutan Jepun.
Apapun, kajian dan pengeposan boleh memakan masa. Harap maklum. Terima kasih atas penantian anda.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3204675986249639&set=pb.100001218067654.-2207520000..&type=3&theater
No comments:
Post a Comment