Saturday, 11 April 2020

Koleksi Nama Jepun Menepati Etimologi Bahasa Arab - Siri 8 : Lisanna

image

Nota : Bagi yang tidak ada pengetahuan bahasa Arab, terus rujuk pada maknanya pada perkataan dalam tanda # __ #. Tidak perlu perhatikan analisis bahasa.

Nama : Lisanna Strauss

> Lisanna :

Gabungan dua perkataan daripada Lisān (لِسَان) + Nā (نا).

Lisān. Ia membawa maksud

a) Lidah

b) Lughoh (اللُّغَةُ), iaitu # bahasa #

c) Kalām (كَلَام) / al-Maqōlah (الْمَقَالَة) / al-Kalimah (الْكَلِمَة) , iaitu # bicara / kata-kata / perkataan / kalimah #

d) Aṯs-Ṯsanāʾ(الثَّنَاء), iaitu # pujian #. Firman Allah :

وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

“Jadikanlah aku pujian benar dalam golongan terkemudian” (Surah asy-Syuʿarāʾ ayat 84).

e) Al-Khobar (الخَبَر), iaitu # perkhabaran #

f) Ar-Risālah (الرِّسَالَة), iaitu # risalah / perutusan / surat #

g) al-Ḥujjah (الْحُجَّة), iaitu # hujah #

> Nā (نا), ia bermaksud # kami / kita #.

Terpulang pada masing-masing untuk sandarkan “ maksud di atas ” + kami. Contohnya, boleh pilih “perutusan kami”

>Strauss. Mohon ampun. Tidak jumpa persamaan atau dapat dikaitkan dengan bahasa Arab.

Rujukan :

a) Almaany Online Dictionary
b) al-Muʿjam al-Wasīṭ
c) Lisān al-ʿArob

Jika ada nama Jepun ingin disemak sama ada memiliki persamaan atau dapat dikaitkan dengan bahasa Arab, boleh hantarkan nama. Elakkan nama yang ada huruf “c”, “g”, “p” dan “v” kerana ia tidak ada dalam sebutan bahasa Arab. Manakala huruf vokal, kadangkala berbeza mengikut sifat makhraj huruf sehingga berbeza dengan sebutan Jepun.

Apapun, kajian dan pengeposan boleh memakan masa. Harap maklum. Terima kasih atas penantian anda.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3196660387051199&set=pb.100001218067654.-2207520000..&type=3&theater

No comments:

Post a Comment