Saturday, 11 April 2020

Koleksi Nama Jepun Menepati Etimologi Bahasa Arab - Siri 10 : Ban

image

Nota : Bagi yang tidak ada pengetahuan bahasa Arab, terus rujuk pada maknanya pada perkataan dalam tanda # __ #. Tidak perlu perhatikan analisis bahasa

Nama : Ban

Ban. Ada dua ejaan.

Ejaan pertama adalah Bann (بَنَّ), fiʿl māḍī (past tense), ia bermaksud Aqōma Bihi Walazimahu (أَقَامَ به ولَزِمَهُ), iaitu # menetap #.

Ejaan kedua adalah Bān (بَانَ), tetapi ada tiga punca kata yang berbeza. Pertana, ia adalah fiʿl māḍī (past tense) yang maṣdarnya (gerund) adalah Bawn (بَوْن). Ia bermaksud Ṭōlahu Fi al-Faḍl Wa al-Murūʾah (طَالَهُ فِي الْفَضْلِ وَالْمُرُوءَةِ), iaitu # mengungguli (seseorang) dari segi kemuliaan #.

Kedua, jika yang maṣdarnya (gerund) adalah Bayn (بَيْن), ia bermaksud :

(a) Baʿuda Wanfoṣola (بَعُدَ وَانْفَصَلَ), iaitu # jauh memisah #. Kalau untuk suami isteri, ia bermaksud # bercerai #.

(b) Tazawwaja (تَزَوّجَ), iaitu # berkahwin #.

(c) Roḥala (رَحَلَ), iaitu # berangkat #.

(d) Ṭōla Ṭūlan Ẓōhiron (طَالَ طُولًا ظَاهِرًا), iaitu # jelas memanjang #.

(e) Ẓoharo Wattaḍoḥā (ظَهَرَ وَاتَّضَحَ), iaitu # jelas / nyata #.

(f) Awḍoḥahu Wa Afṣoḥa ʿAnhu (أَوْضَحَهُ وَأَفْصَحَ عَنْهُ), iaitu # menjelaskan / menerangkan / menyatakan #

(g) Faṣolahu Wa Qoṭoʿahu ( فَصَلَهُ وَقَطَعَهُ), iaitu # memotong / memutuskan #.

(h) Infaroda Wakhtaṣṣo (انْفَرَدَ بِهَا وَاخْتَصَّ), iaitu # dikhususkan / dispesifikkan #.

Ketiga, jika ia sekadar kata nama biasa, ia bermaksud Ḍorbun Min asy-Syajar Sabṭ al-Qowwām Layyin Waroqihi Ka Waroqih aṣ-Ṣofṣōf (ضَرْبٌ مِنَ الشَّجَرِ سَبْطِ القَوَّامِ ليِّنِ وَرَقِهِ كَوَرَقِ الصَّفْصَافِ), iaitu # pohon Moringa #.

Ketiga, jika ia adalah fāʿil (active principle) daripada Banā (بَنَى), ia bermaksud Aqōma Wa Kawwana Wa Ansyaʾa (أَقَامَ وَكَوَّنَ وَأَنْشَأَ), iaitu # membangunkan / mendirikan / membina #.

Rujukan :

a) Almaany Online Dictionary
b) Al-Muʿjam al-Waṣīṭ

Jika ada nama Jepun ingin disemak sama ada memiliki persamaan atau dapat dikaitkan dengan bahasa Arab, boleh hantarkan nama. Elakkan nama yang ada huruf “c”, “g”, “p” dan “v” kerana ia tidak ada dalam sebutan bahasa Arab. Manakala huruf vokal, kadangkala berbeza mengikut sifat makhraj huruf sehingga berbeza dengan sebutan Jepun.

Apapun, kajian dan pengeposan boleh memakan masa. Harap maklum. Terima kasih atas penantian anda.

No comments:

Post a Comment