Friday, 10 April 2020

Diari Hari : Ayat-Ayat Pelepas

[Diari Hari : Ayat-Ayat Pelepas]
Baru tadi saya menonton filem dokumentari “How China’s Work” di siaran Discovery Channel. Saya tidak pernah merasakan suatu ketakjuban terhadap kemajuan mendadak mereka dan kepantasan mereka mendapat tempat di persada...

Baru tadi saya menonton filem dokumentari “How China’s Work” di siaran Discovery Channel. Saya tidak pernah merasakan suatu ketakjuban terhadap kemajuan mendadak mereka dan kepantasan mereka mendapat tempat di persada dunia. Akan tetapi saya merasakan keterasingan, jauh terpinggir daripada mereka semua. Mengapa? Hal ini untuk dua faktor. Untuk pertama, saya merasakan saya di luar sistem kemasyarakatan global pada gaya hidup. Saya melihat cara hidup mereka dan gaya mereka sangat berlainan daripada apa yang saya amalkan sekarang. Mungkin tradisi melayu tidak sama dengan budaya yang diamalkan oleh Republik China, tetapi cara pandang global terhadap sesuatu menyebabkan saya terpinggir dari penggayaan global. Tetapi bagi saya ini tidak ada masalah walaupun merasa sedikit terpinggir. Tetapi apa yang saya bimbangkan adalah faktor kedua.

Iaitu faktor saya melihat umat Islam itu sendiri, semakin terpinggir dan mundur khususnya dalam bab teknikal, IT dan perkembangan dalam sains dan teknologi. Mungkin ada beberapa hal saya terlepas pandang apa yang disumbangkan oleh umat sekarang (semoga Allah memaafkan saya untuk ini), tetapi saya melihat secara am, iaitu kita semua mungkin ada tetapi tidak menonjol dan terbuka. Saya tidak katakan perkembangan dari segi hiburan itu daripada apa yang saya tonton dokumentari tersebut, tetapi perkembangan dari segi teknikal. Nampak gayanya kita belum menonjol lagi dalam hal ini. Atas sebab inilah saya lebih rasa berat keterasingan di hadapan mata dunia. Tentulah bukan keuntungan dunia untuk kita kejar, tetapi kita tidak suka umat Islam terus meletakkan pergantungan terhadap orang lain sehingga tidak boleh berdiri sendiri survive di dunia yang mencabar ini. Saya juga merasa sesal untuk tidak mendalami bab teknikal walaupun saya amat mahir dalam matematik. Mungkin falsafah dan sastera menjadi bahan kegemaran saya sehingga saya terabaikan yang lain. Saya menyesal atas kekurangan ini. Tetapi dalam masa yang sama saya mengharap ada teman yang boleh menampung kekurangan kita semua yang berhajatkan hal ini.

Namun, saya terfikir mengapa kaum Muslimin masih ketinggalan dalam hal ini? Saya cuba kemukakan pandangan saya terhadap apa yang saya tahu daripada pemerhatian dan pengalaman. Salah satunya adalah sebahagian daripada umat memandang enteng terhadap hal fardhu kifayah dan kurang peka terhadapnya. Mereka anggap seolah-olah “alaa.. ini semua dunia sahaja, bukan bawa akhirat pun”. Inilah salah satu ayat pelepas untuk keluar daripada realiti umat yang begitu dahaga. Kita perlu tahu bahawa apa sahaja yang memberikan kebaikan terhadap umat dan agama adalah mendapat pahala dunia dan akhirat. Mana-mana ilmu yang dipelajari jika ia menyumbangkan kebaikan pada agama dan akhirat, maka itulah ilmu agama dan akhirat walaupun kategori ilmu tersebut orang-orang menganggap itu bukan ilmu agama seperti sains, matematik, ekonomi, astrofizik, astronomi, biologi, kimia, fizik dan lain-lain. Dan jika ilmu yang dipelajari itu jika ia tidak menyumbang kebaikan pada agama dan akhirat, maka itulah ilmu dunia walaupun kategori ilmu tersebut adalah ilmu agama seperti mustholah hadis, ulum al-Quran, usul fiqh dan lain-lain.

Untuk golongan pertama, mereka inilah orang yang menjualkan dirinya kepada Allah demi maslahat umat dan keharuman agama kerana mereka berjihad di jalan Allah untuk menegakkan syiar Islam, semoga Allah merahmati golongan ini. Untuk golongan kedua, mereka inilah orang yang menjualkan dirinya pada dunia dan seisinya serta hawa nafsunya sama ada sedar atau tidak, mereka berilusi fantasi bahawa merekalah orang-orang pilihan yang sakral. Semoga Allah mengampuni mereka semua, menunjukkan jalan hidayah dan mengislahkan mereka.

Saya tidak bermaksud untuk pinggirkan ilmu tersebut. Apa-apa jenis ilmu pun tidak patut dipinggirkan sungguhpun pelabelan pembeza “ilmu dunia” dan “ilmu akhirat/agama”. Demi Allah! Saya sendiri merasakan tidak suka dan kurang enak pembahagian tersebut. Al-Quran dan Hadis itu adalah sumber ilmu pengetahuan yang pelbagai jenis, daripada tafsir hinggalah empirikal sains. Pemisahan ini adalah “pen-sekular-an” terhadap ilmu yang tanpa disedari. Padahal Islam itu adalah agama yang mencurahkan pengetahuan. Mereka yang menjualkan al-Quran untuk dunia dan hawa nafsu itulah orang yang menuntut ilmu dunia. Mereka yang sebatikan al-Quran dalam diri untuk Allah dan Rasul-Nya adalah orang-orang yang menuntut ilmu akhirat dan agama.

Saya teringat semula dan inilah yang saya sentiasa ingat tentang teguran Imam al-Ghazali terhadap suatu negeri yang mempunyai 40 orang ahli fiqh tetapi berubat dengan seorang tabib Yahudi sepertimana dinaqalkan dalam kitab Fiqh al-Awlawiyyat. Benar, teguran Imam yang besar lagi mulia ini bukan sebarangan yang perlu dipandang remeh dan enteng walaupun beliau adalah jaguh usul fiqh, falsafah dan tasawwuf. Apa yang kita perlihat sepertimana hari ini, kita mendapat lebih banyak perkembangan yang mahir dalam ilmu yang dikategorikan “ilmu agama/akhirat”, tetapi jarang sangat kita melihat penonjolan daripada umat sendiri yang terkehadapan dalam ilmu yang dikategorikan “ilmu dunia”. Mungkin ada sebilangan yang menjadi hujjatul Islam saat ini dalam membuktikan kebenaran Islam terhadap ini, tetapi masih belum menonjol, lebih-lebih lagi pada perkara teknikal. Kita semua sangat berhajat untuk ini sebab kita sudah terlalu lemah, ketinggalan dan terlalu bergantung pada kepakaran luar. Tentulah kita sangat malu hal ini.

Saat kita bertelingkah dalam bab nusus mutasyabihat, mereka semua sudah membongkar sebahagian kesamaran apa yang ada di angkasa. Saat kita begitu sibuk berijtihad dalam hal-hal fiqh, mereka semua sudah melakukan tajdid dan islah dalam cerapan teknologi dan teknikal sehingga menguasai angkasa. Sedang kita begitu asyik untuk menekuni fiqh 4 mazhab, mereka pula telah mempelbagaikan inovasi dan kretiviti ciptaan mereka. Kita pula yang sangat merindukan saat haruman kegemilangan pemerintahan khilafah tetapi kita lupa intipati mereka yang ada di dalam wilayah tersebut adalah perkembangan sains dan teknologi. Sungguh, agak malang kita semua selain jauh ketinggalan di belakang, kita terpinggir dengan begitu hina sekali. Kalau bukan malang pun, barangkali sedikit sangat tuah yang ada.

Imam Asy-Syafi’i rahimahullah berkata, “Saya tidak mengetahui sebuah ilmu -setelah ilmu halal dan haram- yang lebih berharga selain ilmu kedokteran, akan tetapi ahli kitab telah mengalahkan kita” (Siyar A’lam An-Nubala 8/528, Darul Hadits, Kairo, 1427 H, Syamilah).

Bilamana saya perhatikan kalam tersebut, saya merasa sebak dan sedih atas kekurangan saya dan sahabat semua. Kita sudahlah tidak sebanding imam yang besar ini walaupun untuk bab fiqh, apakan lagi ilmu yang lain. Namun, masih ada sesalan iaitu kita masih ketinggalan, daripada semenjak dahulu hinggalah sekarang lebih jauh ketinggalan. Bukannya zaman kekhilafahan, tidak ada langsung. Bahkan kitalah yang terbilang untuk banyak sudut pada waktu itu. Tetapi apakan daya, tinggal mengenang dan menggamit memori sahaja. Tinggal lagi melihat realiti yang sangat pahit untuk ditelan. Betapa kita sangat meruntuni kemajuan. Bukankah Islam itu sangat menekankan kecintaan terhadap ilmu? Bahkan kecintaan itu sangat terkehadapan lebih daripada orang lain? Jika kita hanya mengharap dan bermanja dengan yang lain, bagaimana mungkin kita dikatakan ada kecintaan untuk perubahan supaya umat mendapat kebaikan dan islah? Sungguh, mungkin sahaja mujaddid yang kita harapkan sekarang adalah seseorang yang boleh membawa kita terkehadapan dalam ilmu, lebih-lebih lagi dalam perkara teknikal. Apa pun, tidak perlu menunggu kehadiran mujaddid lain, bahkan kita berusaha untuk mentajdidkan umat supaya umat ini tidak lagi terlalu bergantung pada yang lain, sehingga kita menjadi mangsa penindasan dan pengabaian hak.

Salah satu yang boleh membantu untuk kemajuan adalah umat merevolusikan pembacaan kita (ini cadangan saya sahaja) terutamanya pada buku dan majalah. Kita boleh lihat kebanyakan kedai hari ini banyak kategori yang sama seperti religious, management, business, financial, politics, buku latihan sekolah, hiburan (terutamanya majalah), motivation, novel, buku komik, buku teks, buku bahasa (ini sebahagiannya kurang), sejarah (sangat sedikit), teori konspirasi dan sebagainya. Maka kita boleh lihat masyarakat hari ini lebih menonjol pada apa. Jarang sekali saya melihat kategori yang mungkin lebih advance seperti astrofizik, kosmologi, neurologi, biologi, kimia, fizik, oseonografi dan lain-lain. Saya sendiri membeli buku Stephen Hawking yang berjudul, “A Brief History of Time”, “Physics of the future” dan “Future of the mind” yang keduanya karya Michio Kaku (pakar astrofizik) dan pada saya ini paling “rare” dalam pertemuan di dalam kedai buku. Sebab itulah kita boleh lihat masyarakat hari ini sangat cenderung pengetahuan yang mana. Di sinilah atas sebabnya kita mesti mempelbagaikan dan memadatkan bahan pembacaan supaya masyarakat di-expose dan menghidupkan awareness supaya untuk mendalami ini.

Dalam marketing (khususnya pada pengiklanan), bukan kita mahu orang terus membeli buku tersebut, tetapi menghidupkan “awareness” dan meng-expose terhadap masyarakat. Lihat contoh seperti mee segera, bilamana kita sebut kita mahu makan Meggi, maksudnya kita mahukan mee segera, walhal belum tentu mee segera itu Maggi. Dari sinilah Maggi berjaya mendapat “market position” di tempat masyarakat kerana expose yang kuat dan “awareness” yang meluas. Begitu juga dengan Ridsect, walhal yang kita mahukan adalah “spray nyamuk atau lipas”, begitulah keadaannya. Begitulah hal keadaannya pada buku, kita mempelbagaikan banyak buku, tidak dinafikan peniaga mahu untung daripada penjualan produk mereka, tetapi apa yang lebih penting adalah awareness, supaya masyarakat mendapat expose tentang bahan bacaan. Bahan bacaan yang kita perlukan adalah bab kritikal kerana umat ini sangat berhajat untuk kemajuan dan pembangunan. Sekurang-kurangnya revolusi yang dapat kita hidupkan adalah revolusi ilmu supaya masyarakat mendapat perhatian menyeluruh bab ilmu. Bukan semestinya revolusi itu turun di jalan raya, mogok dan tumbangkan sesiapa. Revolusi itu bermula dengan awareness dan pembangunan itu bermula dengan tekehadapannya masyarakat dalam ilmu.

Pentingnya awareness adalah kita boleh saksikan kesan konsumer terhadap makanan minuman yang tidak berkhasiat seperti Coca Cola, Pepsi, air ber-gas yang lain dan makanan fast food. Masyarakat semakin menjauhi makanan dan minuman tersebut dan mencari alternatif untuk pemakanan yang lebih sihat. Inilah revolusi kecil yang boleh kita lakukan. Kita peringatkan pada masyarakat tentang bahayanya minuman tersebut supaya mereka meninggalkan makanan dan minuman tersebut, kemudian perlahan-lahan masyarakat akan tinggalkan produk tersebut, bangkitlah menjadi boikot akhirnya kita berjaya menghapuskan pembina dan peneraju makanan dan minuman yang tidak berkhasiat. Hal ini samalah seperti awareness kita terhadap syiah. Dengan awareness inilah kita dapat mengenal kesesatan mereka, penyelewengan mereka dan sisi gelap mereka. Sehinggakan kita kental menghadapi mereka, tidak termakan fitnah mereka dan tidak tergugat oleh mereka. Akhirnya, kita berjaya mengeluarkan pucuk akar kekuatan mereka sehingga mereka tidak lagi bertapak di sini. Begitulah dalam bab buku, tidak dinafikan salah satunya adalah keuntungan, tetapi apa yang pasti, ada yang lebih bernilai daripada keuntungan, iaitu pembangunan umat dan kemajuan para Muslimin.

Tetapi sebilangan buku kadang bagi saya tidak relevan pada harga dengan isi buku itu. Saya melihat sendiri bagaimana kitab al-Azkar Imam an-Nawawi boleh mencecah harga RM 80 kerana kulit tebal, bersaiz besar, compact dan bermacam hiasan dalam itu, padahal saya boleh mendapat dengan harga RM 35 dengan terjemahan Indonessia. Sungguh, saya tertanya.. “What the fuck is this?”. Saya mungkin boleh bersyukur harga buku bukan seperti harga apungan minyak yang boleh tidak menentu harganya, harga buku adalah tetap harganya untuk sepanjang masa. Tetapi, sangat tidak relevan buku yang bermanfaat sebegitu dijual mahal begitu kerana hiasan yang berlebihan dan tidak munasabah. Ada satu buku setebal 400 muka surat lebih tetapi boleh dapat RM 25 dan buku setebal 700 muka lebih surat tetapi dapat untuk RM 45, tetapi ada buku yang hanya setebal hampir 200 muka surat tetapi harganya RM 37.90. Sangat menghairankan penjualan buku seperti ini. Saya tidak mahu menuduh penulis dan publisher tersebut mengejar keuntungan, tetapi saya sangat kecewa ketidakmunasabahan atas ini. Sepatutnya bahan bacaan untuk dimanfaatkan semua orang. Lebih-lebih lagi umat Islam hari ini yang sangat berhajat pada ilmu yang kritikal dan advance, seperti teknologi, sains dan teknikal. Kalaulah begini keadaannya, entah sampai bila kemajuan yang diimpikan itu tercapai.

Tidak sepatutnya dalam bab ilmu ini diberatkan. Apa yang terjadi pada Republik China dahulu yang menyebabkan mereka terpinggir dan ketinggalan belakang adalah kerana mereka mengamalkan dasar pintu tertutup. Apabila mereka membuka dan memberi banyak ruang, kita boleh saksikan kepesatan dan pemodenan yang dicapai oleh mereka yang mampu menyaingi dan mengatasi orang lain. Ajaran Islam memang menitik beratkan kemudahan. Allah sendiri tidak membebankan umat dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung oleh mereka. Rasulullah SAW sendiri apabila diberi dua pilihan, baginda akan memilih yang lebih mudah selagimana ia bukan perkara dosa (Hadis Riwayat al-Bukhari daripada Aisyah). Malah dalam Usul Fiqh itu sendiri apabila dalam pemerintahan mestilah mengikut kemaslahatan umat. Oleh itu, memberi kemudahan adalah kerana kita memenuhi tuntutan Allah, Rasul-Nya dan agama, bukan memuaskan serakah orang malas. Katakan sahaja pada mereka yang malas, “Go fuck yourself!” sebab mereka ini memang sampah. Elok-elok kita memberi kemudahan untuk Allah dan Rasul-Nya, orang malas pula ambil kesempatan. Apapun, kita mesti sedar, penjualan buku ini selain daripada awareness, kita mahukan umat ini membangun dan berkembang. Sepatutnya dalam kemajuan yang kita sangat berhajat dan terdesak ini, janganlah kita susahkan para pecinta ilmu dan pejuang umat. Sampai bila kita mahu bermanja dan mengharapkan daripada orang yang meninggalkan kita di belakang dan menindas kita demi untuk hasil usaha mereka untuk kegunaan harian kita? Sampai bila mahu begitu? Sukakah kita dalam keadaan itu sepanjang masa atau selama-lamanya?

Namun, bilamana menyebut tentang kemajuan, saya teringat kata-kata yang saya pernah hafal dahulu dan masih kuat di ingatan, iaitu, “apa guna kemajuan sesebuah tamadun tetapi runtuh moral dan akhlaknya”. Inilah kata-kata yang saya ingin fokuskan di sini dan dari kata-kata inilah yang menjadi sebab tajuk tulisan saya ini.

Sebelum itu, mari kita lihat dulu perkataan seseorang, “sungguhpun saya tidak menutup aurat, sekurang-kurangnya hati saya baik, tengok orang lain tu, mereka semua minum arak, berfoya-foya, berzina dan sebagainya, saya tidak pun sebegitu” atau “apa guna suruh masyarakat ersolat kalau tak dapat menghilangkan kerosakan moral masyarakat”.

Jika diperhatikan ini adalah ayat pelepas supaya dapat menjustifikasikan kebolehan perbuatan seseorang tersebut dengan membandingkan keburukan yang lebih banyak daripada orang lain. Cuba lihat ayat orang yang tidak menutup aurat tersebut. Mereka cuba melepaskan kesalahan mereka dengan menudingkan orang yang lebih berat kesalahannya agar orang lain dialihkan pandang kepada mereka yang lebih berat daripada fokus terhadap mereka. Walhal, perbuatan tersebut tetaplah salah. Salah adalah salah. Hal ini tidak tumpah beza mereka yang lewat datang ke sekolah, mereka melepaskan kesalahan mereka dengan berkata, “it’s better than nothing” atau “better late than never” atau “cuba cikgu tengok di luar sana, ada yang tidak datang langsung tanpa alasan, dah lah ponteng sekolah, kemudian berfoya-foya di tempat yang melalaikan, saya datang lambat dengan mereka mana yang lebih teruk?”.

Tuding-tudingan inilah yang akan melepaskan seseorang daripada hukuman. Lambat datang adalah salah. Salah tetaplah salah. Hukuman tetap dikenakan. Jika tudingan boleh dibuat, tentu mereka yang ponteng sekolah akan membuat tudingan lain, iaitu, “kami ponteng sekolah dan berfoya-foya pun tak ada lah sejahat mereka yang juvana sampai pecah rumah, merompak, mencuri dan lain”. Aduhai, kalau beginilah jadinya, tidak ubah seperti lagu “Bangau oh bangau”, tuding salah pada yang lain tidak habis-habis.

Begitu juga orang yang berkata tentang solat tadi. Masalahnya, solat tetaplah solat yang wajib dilaksanakan. Sungguhpun, banyak penderitaan dan keperitan yang perlu dihadapi, solat tetap jangan diabaikan. Solat perlu diteruskan, tetapi dalam masa yang sama boleh dibuat perubahan secara berperingkat. Tidak perlu drastik. Sekurang-kurangnya ada usaha untuk perubahan. Daripada sedikit hinggalah sepenuhnya. Jangan kerana tidak mampu buat semua, kita tinggalkan semuanya. Ini salah satu penyelesaian yang tidak proaktif. Ibarat kereta yang sudah remuk dilanggar kereta, dilupuskan begitu sahaja dengan penghapusan sepenuhnya, walhal daripada kerosakan tersebut ada yang boleh diambil tanpa merugikan nilai kapital kereta itu, walaupun untuk satu skru sahaja.

Begitulah halnya awal-awal tadi, kemajuan yang diiringi dengan keroskaan moral masyarakat janganlah menjadi sebab kita meninggalkan dan mengabaikan perkara teknikal dan teknologi. Kita semua sangat berhajat padanya. Selain kita boleh mengeluarkan produk makanan, minuman, shampoo, sabun, restoran dan lain-lain, kita mestilah mencambahkan sains, kejuruteraan, IT dan teknikal teknologi supaya umat tidak lagi ketinggalan.

Memang benar tamadun menjadi tidak bernilai jika tiadanya moral kerana tanpa moral, merosaknya tamadun. Hari ini kita dibimbangi kadar pertambahan merkuri di lautan tiga kali ganda semenjak revolusi industri, kita juga dibimbangi dengan kadar emisi karbon yang meningkat dan kita semakin bimbang dengan tenaga nuklear yang boleh membinasakan umat manusia. Semua ini adalah kerana moral yang rosak. Akhirnya kita bimbang dan resah untuk melayani ketakutan yang dimomokkan. Sehinggakan imam di masjid, sami di tokong, paderi di gereja dan lainnya sama-sama tidak mendapat ketenangan dalam beribadah kerana terperangkap dalam kerosakan moral. Lihat sendirilah pencemaran udara, akhirnya mereka semua tidak mampu keluar rumah untuk ke tempat peribadatan. Namun, si jahil menuding institusi agama kerana punca kekacauan dunia. Tidak pernah sekali kita dengar sebab semakin mengecilnya kuota ais di Antartika adalah disebabkan tangan pihak gereja, masjid dan lain-lain.

Jika mereka boleh membuat untung dengan melakukan kerosakan, kita pula boleh membuat untung dengan melakukan pembaikan. Bukankah ini semua kita sangat impikan? Kita sangat mendambakan tenaga semulajadi supaya tidak sepenuhnya bergantung pada minyak yang mengakibatkan pencemaran laut. Bukankah ini mendesak kita supaya mendalami dan meneroka bab teknikal supaya membaiki dunia yang rosak? Bukankah ini boleh menjadi peluang untuk saham kebaikan dunia, agama dan akhirat? Sayangnya, kita semua ketinggalan jauh ke belakang. Kita hanya tinggal bermimpi dan berigauan di siang hari.

Hari-hari kita didoktrinkan ayat-ayat pelepas seperti ini. Akhirnya kita menyisihkan daripada realiti sebenar dan masuk ke dalam fantasi yang disangkakan di dalam naungan realiti. Apakah kita lupa pesanan Imam al-Ghazali tadi? Sanggupkah kita saling berdebat dalam bab fiqh sepanjang masa tetapi akhirnya dalam berubat dengan seorang Yahudi? Apakah kita tidak merasa malu dengan Imam asy-Syafi'i tadi yang merasa ketinggalan di belakang dalam perubatan? Sekurang-kuranagnya kita cuba menyumbangkan pada umat supaya menampung kekurangan yang ditanggung oleh umat sekarang ini yang sangat terdesak. Apakah kita lupa bagaimana tegasnya Imam al-Haramain terhadap Fudhail bin Iyadh yang sibuk menangisi dalam beribadah tetapi meninggalkan jihad yang sangat terdesak akan umat sepertimana di dalam surat tulisan Imam al-Haramain[1]? Bukankah zaman ini kita terdesak untuk pembangunan? Mengapa kita masih bertelingkah perkara yang tidak penting dan hanya menghasilkan kesia-siaan? Tidak malukah kita hari-hari dihiasi semua itu. Adakah salah Fudhail bin Iyadh itu dalam beribadah yang begitu asyik dengan cinta Tuhan? Tetapi malangnya, Imam al-Haramain sangat tegas dalam al-Awlawiyyat. Tidak dianggap ibadah itu sebuah kebaikan jika umat ini terus menderita dalam desakan yang sangat memeritkan. Bukan niat ingin merendahkan Fudhail bin Iyadh, tetapi mengingatkan umat ini yang begitu asyik kononnya sudah tenggelam dalam hal agama, tetapi bermadah dalam candu yang berupa agama.

Kasihan pada umat ini, apakah kita tidak merasa sedih umat Islam terlalu bergantung pada umat lain, padahal umat Islam adalah agama yang telah dimuliakan oleh Allah? Tidakkah kita merasa sepertimana apa yang Imam al-Ghazali rasakan melihat umat ini begitu rajin menadah fiqh, tetapi dalam teknikal terlalu bergantung pada orang lain? Tidakkah kita merasa apa yang Imam asy-Syafi'i rasakan melihat umat ketinggalan dalam hal-hal yang dianggap keduniaan (yang mana umat hari ini memandang remeh akannya), padahal kita terlalu berhajat dan terdesak, apa masih lagi kita boleh bermain-main dengan kepuasan candu dan syahwat yang kononnya telah memberikan kenikmatan hidup beragama?

Jika dalam bab jihad kita boleh gunakan ayat pelepas untuk menjustifasikan peperangan lebih agresif atas alasan syiah menzalimi umat dan tentera US telah menghancurkan umat, mengapa dalam perkembangan ilmu kita tidak mahu menjadi agresif kerana kuffar meninggalkan kita ke belakang, memandang hina dan menindas kita untuk menagih produk mereka?

Sungguh, atas sebab inilah saya merasa sangat sebak bilamana menonton filem dokumentari tersebut. Cemburu memang cemburu. Tetapi apakan daya, tinggal cemburu dan keinginan kuat sahaja. Sambil menyesali penyesalan ke atas diri yang menghabiskan masa dan hidup dengan kesia-siaan.

Kita juga melihat ayat pelepas yang lain untuk memandang ke bawah supaya kita lebih bersyukur, contohnya kita yang sudah ada rumah melihat orang yang tidak ada rumah supaya lebih bersyukur bahawa rumah ini adalah satu anugerah yang sangat besar. Tetapi, apakah kita tidak boleh memandang di atas? Jika dalam beribadah dan beramal kebajikan kita melihat orang lain lebih baik supaya kita tidak perasan kita ini telah cukup baik dan supaya pula kita berlumba-lumba dan giat untuk melaksanakan amar ma'ruf dan nahi mungkar. Maka, apakah dalam ilmu kita tidak boleh sebegitu supaya umat lebih maju dan terkehadapan?

Sungguh, ketika saya menonton dokumentari tersebut, saya tidak pernah merasa cemburu dengan gaya hidup mereka dan hiburan mereka, apa yang saya merasa cemburu dengan teknologi, produk dan kemajuan IT tersebut yang terkehadapan di mata dunia. Bila lihat realiti umat yang masih berselisih tentang fiqh, mereka semua sudahpun faqih dan jaguh dalam teknikal, inovasi dan kreativiti. Kadang sangat malu untuk menampilkan imej Islam yang masih bengis terhadap permasalahan yang terlalu kecil dan cabangan, walhal dalam bab teras umat Islam mereka masih memandang sepi dan mengabaikannya, iaitu pembangunan umat Islam sejagat. Walhal Islam adalah agama universal dan menempati semua ruang. Kita tidak mahu hanya dikecilkan skop Islam hanya dalam bab begitu begini dan itu ini. Kita mahukan Islam yang dipandang secara menyeluruh dan melengkapi.

Apapun, kita semua hanya mampu tersentap dan terasa, tetapi tidak boleh untuk bergerak ke hadapan. Tiap-tiap hari sentap dan terasa panas sebab kita dihinjak begitu sahaja yang kita ketinggalan. Tetapi masih sibuk untuk masalah fiqh dan ranting. Banyak ayat pelepas yang sangat lunak, indah dan cantik dihias supaya konon orang merasa lega terhadap keadaannya sekarang. Walhal, ia langsung tidak menjadi penawar umat. Tidak ubah seperti doktor berkata pada pesakit, “bertahan! bertahan! tuhan bersama kamu!”, tetapi ubat langsung tidak diberi dan tidak ada usaha langsung memberikan solusi untuk memberi penawar. Doktor apa kalau macam ini? Begitulah umat hari ini. Nasihat dan menasihat tetapi perkembangan tidak ada.

Aduhai, di fasa akhir zaman, memang kita terpaksa banyak bersabar dan mengharungi pelbagai kepahitan dan keperitan. Kita mungkin tidak mampu kental dan tabah menghadapi arus deras yang sangat bergelora. Kita hanya mampu berlari sejauh-jauhnya di kawasan pergunungan dan terpencil supaya tidak hanyut dalam deras. Kita hanya terpaksa membiarkan mereka menghina dan menyentap mereka, sehinggakan menggugat apa yang kita percaya dan apa yang kita tahu selama ini. Tetapi harapnya, penderitaan yang kita lalui hari ini menjadi mercu tanda supaya kita saling beringat-ingat bahawa kita telah jauh ketinggalan terpinggir dan lemah bergantung pada yang lain sehingga tidak mampu berdiri sendiri, sedangkan agama Islam ini adalah mulia dan kemuliaan yang tidak berhajat pada apa-apa, tetapi umatlah yang berhajat untuknya.

Jika Yahudi yang telah lama menderita lama yang kini menjadi lambang kemegahan di mata dunia. Jika Republik China yang dahulu terpinggir jauh yang kini menjadi perhatian dunia. Jika Jepun yang dahulu sengsara dengan kekalahan mereka yang kini menjadi penghormatan pada dunia. Maka, apakah umat Islam tidak boleh mengembalikan kegemilangan khilafah yang sangat mengharumkan dunia?

——————————————————————————–

[1] SEPUCUK SURAT JIHAD IMAM ABDULLAH BIN AL MUBARAK KEPADA IMAM AL FUDHAIL BIN ‘IYADH

Ini adalah surat Imam Abdullah bin Al Mubarak di medan jihad kepada Imam Al Fudhail bin ‘Iyadh yang sedang asyik beribadah di Haramain (Mekkah dan Madinah). Berikut ini teksnya:

روى الحافظ بن عساكر في ترجمة عبد الله بن المبارك من طريق محمد بن إبراهيم بن أبي سكينة، قال: أملى علي عبد الله بن المبارك هذه الأبيات بطرسوس، وودعته للخروج، وأنشدها معي إلى الفضيل بن عياض في سنة سبعين ومائة، وفي رواية سنة سبع وسبعين ومائة:
يا عابد الحرمين لو أبصرتنا … لعلمت أنك في العبادة تلعب
من كان يخضب خده بدموعه … فنحورنا بدمائنا تتخضب
أو كان يتعب خيله في باطل … فيخولنا يوم الصبيحة تتعب
ريح العبير لكم ونحن عبيرنا … وهج السنابك والغبار الأطيب
ولقد أتانا من مقال نبينا … قول صحيح صادق لا يكذب
لا يستوي وغبار خيل الله في … أنف امرئ ودخان نار تلهب
هذا كتاب الله ينطق بيننا … ليس الشهيد بميت لا يكذب
قال: فلقيت الفضيل بن عياض بكتابه في المسجد الحرام، فلما قرأه ذرفت عيناه وقال:
صدق أبو عبد الرحمن ونصحني، ثم قال: أنت ممن يكتب الحديث؟ قال: قلت: نعم، قال فاكتب هذا الحديث كراء حملك كتاب أبي عبد الرحمن إلينا وأملى علي الفضيل بن عياض:
حدثنا منصور بن المعتمر عن أبي صالح عن أبي هريرة أن رجلا قال: يا رسول الله، علمني عملا أنال به ثواب المجاهدين في سبيل الله، فقال «هل تستطيع أن تصلي فلا تفتر، وتصوم فلا تفطر؟» فقال: يا رسول الله، أنا أضعف من أن أستطيع ذلك، ثم قال النبي صلى الله عليه وسلم «فو الذي نفسي بيده لو طوقت ذلك ما بلغت المجاهدين في سبيل الله، أو ما علمت أن الفرس المجاهد ليستن في طوله، فيكتب له بذلك الحسنات» .

Al Haafizh Ibnu ‘Asakir meriwayatkan dalam biografi Imam Abdullah bin Al Mubarak, dari jalan Muhammad bin Ibrahim bin Abi Sukainah, katanya: Abdullah bin Al Mubarak mendiktekan kepada saya bait-bait syair di daerah Tharsus. Lalu saya meninggalkannya dan pergi. Saya membawa surat itu dan menjumpai Al Fudhail bin ‘Iyadh pada tahun 170 –dalam riwayat lain tahun 177:

“Wahai ahli ibadah di dua tanah Haram … seandainya kau melihat kami, niscaya kau akan tahu bahwa engkau dan ibadahmu itu hanyalah main-main belaka ..

Orang yang membasahi pipinya dengan linangan air matanya … sementara kami membasahi leher kami dengan darah-darah kami ..

Atau orang yang membuat lelah kuda perangnya dalam kesia-siaan … sementara kuda-kuda kami lelah payah di medan pertempuran ..

Aroma bagimu adalah wewangian yang semerbak, sementara wewangian kami …. adalah pasir dan debu-debu yang mengepul …

Telah datang kepada kita sabda sang nabi …. Perkataan yang jujur lagi benar dan tidak dusta …

Bahwa tidaklah sama debu-debu kuda di jalan Allah yang menempel di hidung seseorang dan kobaran asap dan api yang menyala-nyala …

Inilah kitabullah yang berbicara di antara kita … orang mati syahid itu tidaklah mati, dan ini bukanlah kedustaan …”

Muhammad bin Ubrahim bin Abi As Sukainah berkata: Saya menemui Al Fudhail bin ‘Iyadh di Masjidil Haram dan dia bersama surat itu. Ketika dia membacanya, nampak kedua matanya berlinang, dan dia berkata: “Abu Abdirrahman (Abdullah bin Al Mubarak) telah benar dan dia telah menasihatiku.” Muhammad bin Ibrahim bertanya: “Apakah engkau termasuk yang menuliskan haditsnya?” Beliau menjawab: “Ya”, lalu dia bekata lagi: “Tulislah hadits ini, sebagai balasan untukmu yang membawakan surat Abu Abdirrahman untukku.” Lalu Al Fudhail bin ‘Iyadh mendiktekan untukku:
Berkata kepada kami Manshur bin Al Mu’atamar, dari Abu Ash Shaalih, dari Abu Hurairah, bahwa ada seorang bertanya kepada Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, apakah ada amal perbuatan yang sebanding dengan jihad fi sabilillah?, beliau menjawab: “Kalian tidak akan mampu.” Mereka bertanya hingga dua atau tiga kali, semuanya dijawab: “Kalian tidak akan mampu.” Begitu yang ketiga kalinya, beliau bersabda: “Perumpamaan mujahid di jalan Allah bagaikan seorang yang berpuasa, shalat malam, berdzikir membaca ayat Allah, tidak pernah henti dari puasa dan shalatnya itu sampai pulangnya si mujahid di jalan Allah Ta’ala.” (selesai)

Kisah ini terdapat dalam:
- Tarikh Dimasyqi, karya Imam Ibnu ‘Asakir (w. 571 H), Juz. 32, Hal. 450, Th. 1415 H – 1995M. Darul Fikr, Beirut.
- Siyar A’lam An Nubala, karya Imam Adz Dzahabi (w. 758 H), Juz, 7, Hal. 386, Th. 1427H – 2006M. Darul Hadits, Kairo.
- Thabaqat Asy Syafi’iyah, karya Imam Tajjuddin As Subki (w. 771 H), Juz. 1, Hal. 287, Cet. 2, Th. 1413H. Hijr. Tahqiq: Dr. Mahmud Muhammad Ath Thanahi, dan Dr. Abdul Fattah Muhammad Al Halwi.
- Tafsir Al Quran Al ‘Azhim, karya Imam Ibnu Katsir (w. 774 H), Juz. 2, Hal. 179, Cet. 1, 1419 H. Darul Kutub Al ‘Ilmiyah. Tahqiq: Muhammad Husein Syamsuddin
- Fathul Majid Syarh Kitab At Tauhid, karya Syaikh Abdurrahman bin Hasan bin Muhammad bin Abdul Wahhab At Tamimi (w. 1285 H), Hal. 382, Cet. 7, Th. 1377 H – 1957 M, Mathba’ah As Sunnah Al Muhammadiyah, Mesir. Tahqiq: Muhammad Haamid Al Faqi
- At Tafsir Al Wasith Al Karim, karya Syaikh Muhammad Sayyid Ath Thanthawi, Juz. 2, Hal. 387, Cet. 1, Th. 1997 M, Darun Nahdhah, Mesir.
- Fiqhus Sunnah, karya Syaikh Sayyid Sabiq (w. 1420 H), Juz. 2, 631-632, Cet. 3, Th. 1397H – 1977M, Darul Kitab Al ‘Arabi, Beirut, Libanon.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=859534954097099&set=a.2757481107635798&type=3&theater

No comments:

Post a Comment