يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى
Allah Ta'ala berfirman: “Aku menurut persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku”. (Muttafaq 'Alaih).
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّـهِ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ ﴿٥٣
“Katakanlah, 'Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’. (Az-Zumaar: 53).
إِنَّ رَحْمَتِى تَغْلِبُ غَضَبِى
"Sesungguhnya rahmat-Ku mendahului murka-Nya”. (Muttafaq 'Alaih).
Sidang jemaah yang dirahmati Allah sekalian! Kikislah rasa malu dan segan untuk meminta syurga dan keampunan, yang mana ia adalah sesuatu permintaan yang besar kerana kamu sedang bermunajat dengan Tuhan Maha Pengampun lagi Maha Pemurah. Jika kamu malu dan segan meminta kepada makhluk terhadap sesuatu hajat yang terlalu besar dan mereka pun tidak mampu tunaikan hajat kamu, maka jangan pula hal itu terjadi pada Allah. Kalau kamu malu meminta, siapa lagi kamu ingin meminta dan bergantung? Jangan berputus asa untuk mendapatkannya sekalipun dosa-dosa telah melumuri kamu! Jangan malu untuk menyatakan hajatmu kerana tidak ada Tuhan selain Dia! Jangan kamu pandang ringan terhadap apa yang Dia janjikan untukmu, kerana Dia sebaik-baik pemberi nikmat!
Saat makhluk berpaling untuk memberikan kemaafan kerana beratnya dan besarnya kesalahan kamu di sisi mereka, apakah mereka dapat menutup pintu keampunan Allah? Saat kamu terlalu segan dan malu untuk memohon hajat yang besar kepada manusia, adakah perasaan itu akan menutup apa yang telah Allah bukakan rahmat-Nya untuk hamba-Nya? Sentiasa bersangka baik pada-Nya dan jangan pandang kecil apa yang telah Dia janjikan. Tinggikan keazaman agar kamu tidak melepaskan rahmat-Nya. Bulatkan hati supaya kamu sentiasa merasai keluasan rahmat Allah 'Azza Wajalla.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=990219441028649&set=a.2757481107635798&type=3&theater

No comments:
Post a Comment