What the hell? Macam mana kau tahu bahasa Inggeris lagi senang sedangkan kau tak tahu langsung hukum hakam grammar ni? Teringat pulak ada orang cakap “Ejen Ali movie lagi best dari Boboi Boy movie”, tapi lepas tu dia kata dia belum tengok Boboi Boy. Cam sial.
Meh aku bagitau kenapa bahasa Inggeris nampak senang. Pertama, kau dah biasa dengannya sejak tadika sampailah SPM. Subjek kau belajar lagi banyak didedahkan dalam bahasa Inggeris berbanding bahasa Arab. Sekurang-kurangnya, ada kesan dalam daya faham kau dalam bahasa Inggeris walaupun SPM kau dalam bahasa Inggeris bermarkah corot.
Kedua, kau biasa benda yang salah. Kau bantai je bila berkomunikasi. Asal sedap dan boleh faham, bagi kau cukup. Lepas tu tak ada orang tegur, kau rasa apa yang kau buat tu betul. Kalau kau dalami tatabahasa, kau tahulah kebenarannya.
Kalau tanya aku, yang mana lagi susah? Bagi ak -pandangan peribadi- kedua-duanya macam sama susah. Tapi, dari segi praktikal, mungkin bahasa Arab lebih mudah. Aku ambil kira dua faktor ini :
Faktor perubahan lafaz. Oleh sebab bahasa Arab ini banyak main declension, inflection dan conjugation yang melibatkan beratus-ratus kaedah, jadi nak selaraskan perubahan lafaz mengikut hukum tatabahasa yang saling terjalin antara satu sma lain memang payah. Mereka yang tak hafal beratus-ratus kaedah ni, memang payah.

Contohnya Singular form with plural meaning. Maksudnya perkataan itu menunjukkan objek tunggal, tapi maknanya banyak. Contohnya “willow”, bila perlu tambah “-s” atau tak? Bila kau merujuk kepada pokok yang berjumlah banyak yang tumbuh bersama, gunakan bentuk singular. Tetapi, kalau merujuk kepada jumlah yang kecil atau bersendirian, tambah “-s”.
The rows of willow which lined in the creek
The willows along the Peshawar Road
Bahasa Arab tak macam ni. Kalau lafaz gunakan singular, kekalkan singular. Tak kiralah walaupun makna yang dirujuk tu banyak. Jalankan sahaja. Tetapi, bahasa Inggeris kena tengok apa makna yang dirujuk, barulah boleh sesuaikan hukum tatabahasa. Yang aku tunjuk ni baru satu contoh. Ada lagi beberapa contoh lain.
Bagi aku, ini agak sukar. Dalam komunikasi, ada masa ke nak fikir dulu apa yang mahu dirujuk dan konteks makna sebelum ini? Sebab itulah orang bantai je “willow” dengan “willows” ni. Tak ada masa nak fikir rujuk pada jumlah yang banyak atau sedikit. Peduli apa, janji faham dan ikut penggayaan native speaker.
Sebab itulah kena belajar. Baru kau tahu rupanya yang selama ni anggap betul sebenarnya salah. Bila salah dah jadi biasa, kau ingat itu adalah betul dan mudah diungkapkan. Lepas tu buat kesimpulan “Bahasa inggeris lebih mudah daripada bahasa Arab”. Mana boleh macam tu.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=125285052270502&set=pb.100043670240307.-2207520000..&type=3&theater
No comments:
Post a Comment