Monday, 30 March 2020

Tengah malam ni aku rasa nak berceloteh sikit. Entah kenapa masa ni kemarahan aku super membuak meluap. Alang-alang tu, aku gunakan kesempatan mood aku yang tengah meradang ni untuk tulis semula yang aku pernah tulis dulu yang updated version.

Aku dapat Top Fan’s badge dari 3 page dalam masa 2 hari sahaja. Hari pertama dari page Musannif dan The Patriots, Hari kedua dari Anime Quotes. Welp, bukan sesuatu yang membanggakan pun sebab ada orang lebih power rekodnya. Mula-mula aku tak berapa kisah sangat pasal badge ni, tapi beberapa detik waktu, aku mula tersedar betapa pentingnya ada badge ni sebagai pembuktian. Aku sebenarnya tak bangga sangat dapat badge Top Fan dari The Patriots dan Anime Quotes sebab adminya bagi secara mudah macam tu je. So, aku rasa aku macam dapat sijil penghargaan secara murah dan mudah. Aku rasa biasa-biasa je bila dapat anugerah tu. Tapi, page Musannif ni lain sikit. Sebab aku memang komitmen kongsi hantaran mereka setiap hari 4 kali sehari. Rasanya hampir 2 bulan aku terus komitmen macam ni. Akhirnya, baru aku dapat. Siapa yang rajin ikuti aku tau lah page Musannif mesti aku share setiap hari.

Ok, apapun, bukan nak cerita kebanggaan aku sangat. Tapi, aku nak buktikan sesuatu. Yang aku akan peruntukkan masa walaupun kurang sejam sehari untuk menelaah dan membaca. Sesibuk manapun, aku takkan bagi alasan untuk tidak membaca dan kongsi bahan pembacaan tu. Sila cari dan marah aku kalau aku tak pernah share apa-apa penulisan ilmiah dalam masa sehari. Mintak tolong please. Jangan malu-malu marah aku kalau aku buat macam tu. Kenapa aku cakap benda ni? Sebab ada orang komplen dan bising bila aku lambakkan hantaran dank meme, meme biasa, dark post, anime atau apa yang diorang kata “tak berfaedah”. Tapi, aku nak tanya ada ke diorang nak baca karangan yang aku buat, puisi yang aku gubah dan perkongsian bahan bacaan yang aku share dari The Patriots, SosCili, Ajar dan Musannif? Kadang baca tajuk je pun, lepas tu skrol jauh-jauh.

image

Kadang bila aku buat hantaran dan share pos tu kat diorang, diorang bagi komen yang patahkan aku punya mood seperti “Panjanglah… boleh lukis tak?”, “Nantilah baca.. nak tido” dan lain-lain. Kadang bila aku tag diorang, diorang pergi untag pulak!… Aku tawarkan dia belajar bahasa Arab dengan aku secara PERCUMA sampai dia pandai, dengan syarat dia tunjukkan komitmen yang tinggi untuk belajar. Tapi, dia berdalih dan tunjukkan keengganan.

Lepas tu, membising pulak bila aku kongsi dank meme dan apa semua yang dia kata “tak de faedah” tu. Kau nak apa sial, woi? Aku ok je kalau tak ada orang nak bagi respons atau nak bagi perhatian karya yang aku buat atau pos ilmiah yang aku share, tapi boleh tak jangan buat perangai taik? Betullah kata orang ni yang kalau kita buat baik banyak kali pun orang tak ambik kisah sangat, tapi bila kita buat benda yang dia tak suka walau satu, yang tu lah dia cari dan fokus.

Siapa yang lama ikuti aku punya aktiviti harian, mesti dapati ada pelbagai tema dan jenis hantaran aku buat setiap hari. Bukan suka-suka aku buat macam tu. Bila aku asyik nak berilmiah memanjang, orang ingat aku ni hardcore nerd dan tak boleh bersantai sangat. Contohnya, gelaran ustaz hanya sebab share pos agama memanjang. Tau tak apa konsekuens bila orang dok gelar ni setiap masa? Yang ni panjang aku nak cerita dan kalau nak tau, tanyalah orang yang tak rela digelar dengan panggilan ni. Kau tau lah betapa terbebannya bila orang dok panggil macam tu.

Tapi, aku tak boleh jugak asyik nak hedonism memanjang, sebab itu melanggar fitrah aku sebagai Introverted nerd. Sebab bila aku tak buat pembelajaran ilmu untuk sehari, aku boleh rasa kekeringan. Lepas tu, nanti orang ingat aku ni tak boleh nak dijemput untuk hadiri seminar, bengkel, dialog dan lain-lain program ilmiah (kecuali untuk bisnes MLM dan politik kepartian melainkan aku dapat upah dan elaun kehadiran.. hahaha) sebab aku ni dianggap jenis tak nak bagi tumpuan kepada wacana ilmiah. Paling teruk bila orang sampai bagi gelaran tak baik sehinggakan aku nak dicela habis-habisan sebab terlalu fokus sangat dengan yang tu.

Oleh sebab aku juga nak tepis jugak tanggapan orang “aku kat sini lain, kat sana lain”, so, aku bagi clear-cut siapa aku sebenarnya. Biar seimbang impression orang lain terhadap aku. Aku nak aku boleh adaptasi dan engage dengan everybody regardless who they are. Aku tak nak sebab terbias dengan salah satu side, terus orang neglect dan sisih aku dengan impression yang one-sided.

Kenapa aku justifikasikan ni? Sebab ada orang toksik macam depa tu lah. Kalau tak, aku tak de nak melalak macam ni. Lepas tu, aku tak nak depa tu buat perangai taik kat orang lain. Cukuplah dengan aku je dan tak perlu bawak perangai tu kat orang lain. Kalau dia baca yang ni, moga dia insaf.

Ok, sekian aku punya celoteh. Terima kasih membaca pung pang aku yang tak ada apa istimewa sangat pun. Hanya seperti budak-budak nak mengamuk sahaja. Aku nak kekal bersahabat walau siapa pun mereka, itu sahaja.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2827952633921978&set=a.2837157806334794&type=3&theater

No comments:

Post a Comment