Tuesday, 31 March 2020

Saya sudah letih untuk mengulang banyak kali untuk perkara yang sama. Silalah rujuk semua kitab yang telah dinyatakan di sini. Jika tidak jelas meski telah pun zoom, boleh hubungi saya untuk gambar penuh yang lebih jelas untuk zoom.
Apapun, anda akan...

Saya sudah letih untuk mengulang banyak kali untuk perkara yang sama. Silalah rujuk semua kitab yang telah dinyatakan di sini. Jika tidak jelas meski telah pun zoom, boleh hubungi saya untuk gambar penuh yang lebih jelas untuk zoom.

Apapun, anda akan tahu saya tidak bermain-main dan mengambil sambil lewa dalam berhujah. Saya dah bantu serba sedikit untuk anda buat kajian sendiri. Oleh itu, anda tidak ada alasan lagi untuk sengaja menemplak saya dengan pelbagai kata-kata yang menampakkan kebodohan saya dalam berpendirian seperti ini. Sekarang, saya dah lepas tanggungjawab.

Kalau setakat nak ingkar dan menentang pendapat orang lain sebab rasa benci, tidak suka dan tidak senang, lebih baik anda jangan dakwa lagi bahawa anda pengikut kebenaran. Anda tidak lebih daripada pengikut sentimental. Apatah lagi jika anda begitu berkemampuan untuk semak semua ini, tetapi apa yang anda buat adalah ambil sebelah pihak dan serang saya sehabis-habisnya, inikah yang anda katakan ia adalah keadilan?

Saya sudah bentangkan hujah saya dan kalau yang anda balas adalah caci maki, cela, cerca dan persenda saya, apa guna untuk teruskan lagi perbincangan? Orang yang tak hargai ilmu yang diberikan dan langsung tidak mengambil berat terhadapnya, lebih baik jangan sibukkan lagi.

Anda nak apa dari masyarakat? Mengajak orang lain ikut atas dasar ilmu atau perasaan sendiri semata-mata? Apa beza anda dengan si bodoh yang lain melainkan anda lebih hebat dengan melalak, memaki dan mengutuk?

Jangan fikir saya baru 2 3 bulan dalam mengenali pendapat ini. Saya telah beberapa tahun lamanya sedar dan faham secara sesungguhnya akan pendapat ini. Saya sudah banding dalam pelbagai sumber untuk melihat hujah di pihak masing-masing. Oleh itu, jangan kecewakan saya, malah kecewakan orang lain, terutamanya pengikut anda yang hanya tahu membantah tanpa didasari ilmu.

Tidak apa kalau tidak tahu bahasa Arab. Saya sudah bentangkan penulisan yang penuh tentang ini**. Saya kongsikan kepada anda dari mula sampai akhir. Namun, apa yang saya minta adalah nilai dari segi ilmu dan melihat secara objektif, bukan sentimental.

**https://marzukamartillo.blogspot.com/2020/03/polemik-hukum-melihat-aurat-dan-memuat.html

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3217390174978220&set=pb.100001218067654.-2207520000..&type=3&theater

No comments:

Post a Comment