
Ni nak sanggah aku, tapi tak tahu benda yang dia nak sanggah! Hari tu aku ada tempek dua pendapat dari ahli fiqh mazhab Hanbali, Muhammad bin Faramarzi bin ‘Ali dan Ibn 'Abidin, dia ada baca atau tak? Kalau tak baca, itu memang teruk punya perangai. Kalau baca dan betul-betul faham, memang tak patut lontarkan soalan berbentuk pengingkaran macam pada perenggan pertama. Tak faham jugak, mari aku jelaskan dan kenapa pegangan aku bukan “asal ada dalam kitab, terus aku ambil” sepertimana yang dia tuduh kat aku. Kau baca penghujahan ni dan tengok aku ni bukan main telan je apa yang disebutkan dalam kitab. Dan kau tengok macam mana aku tepis tuduhan bahawa fuqaha’ yang aku jadikan rujukan ni mengeluarkan pendapat syaz dan batil.
Lihat semula kalam Muhammad bin Faramarzi bin 'Ali yang aku tempek dahulu :
إذا نظر إلى فرجها الداخل من زجاج أو ماء هي فيه تحرم هي له وأما إذا نظر إلى مرآة أو ماء فرأى فرجها الداخل بالانعكاس لا تحرم له. كذا في فتاوى قاضى خان والخلاصة.
“Jika seseorang melihat farajnya yang berada dalam kaca atau air, maka padanya keharaman terhadapnya. Adapun jika dia melihat pada bayangan cermin atau air, lalu dia melihat farajnya yang berada di dalam secara pantulan, maka tidak haram padanya. Demikian pendapat dalam Fatawa Qadhi Khan dan al-Khulasah”. (Durar al-Hukkam Syarh Gharar al-Ahkam, jilid 1, m/s 330, Dar Ihya’ al-Kutub al-'Arabiyyah).
Mari lihat semula kalam Ibn 'Abidin :
وقد يجاب بأنه ليس مراد المصنف بالانعكاس البناء على القول بأن الشعاع الخارج من الحدقة الواقع على سطح الصقيل كالمرآة والماء ينعكس من سطح الصقيل إلى المرئي حتى يلزم أنه يكون المرئي حينئذ حقيقته لا مثاله وإنما أراد به انعكاس نفس المرئي وهو المراد بالمثال فيكون مبينا على القول الآخر ويعبرون عنه بالانطباع وهو أن المقابل للصقيل تنطبع صورته ومثاله فيه لا عينه ويدل عليه تعبير قاضي خان بقوله لأنه لم ير فرجها وإنما رأى عكس فرجها فافهم.
“Telah dijawab bahawasanya bukanlah maksud penulis pada penyebutan pantulan berdasarkan pendapat ini ialah bahawasanya cahaya yang di luar dari biji mata terbit pada hamparan yang digilap seperti cermin atau air memantul daripada hamparan yang digilap kepada benda yang dilihat sehingga menatijahkan benda yang dilihat itu suatu eksistensi yang hakiki pada ketika itu, bukan yang diserupakannya. Namun, maksudnya ialah pantulan daripada benda yang dilihat dan dia memaksudkan dengan benda yang diserupakannya. Disebabkan itu, adanya penjelasan menerusi keterangan yang lain dan mereka memberikan contoh yang berkaitan dengannya seperti cetakan. Ia sama dengan benda yang digilap yang terpaparnya gambarannya dan penyerupaannya padanya, bukan eksistensi yang hakikinya. Contoh ini ditunjukkan oleh Qadhi Khan pada keterangannya. Ini kerana dia tidak melihat farajnya, tetapi dia melihat pantulan farajnya. Maka, fahamkanlah”. (Radd al-Muhtar 'Ala ad-Durr al-Mukhtar, jilid 3, m/s 34, Dar al-Fikr, Beirut).
Tak jelas jugak? Tengok kalam Kamaluddin Ibn al-Hammam :
النظر من وراء الزجاج إلى الفرج محرم بخلاف النظر في المرآة ولو كانت في الماء فنظر فيه فرأى فرجها فيه ثبتت الحرمة ولو كانت على الشط فنظر في الماء فرأى فرجها لا يحرم كأن العلة والله أعلم أن المرئي في المرآة مثاله لا هو
Lihatan terhadap faraj daripada balik kaca ialah haram. Berbeza lihatan pada cermin. Jika wanita itu di dalam air, lalu seseorang melihat padanya, lantas dia menatap farajnya di dalamnya maka, telah sabit keharamannya. Jika yang dilihat itu pada tepiannya, lalu seseorang melihat pada arah air, lantas dia menatap farajnya, maka tidaklah haram. Seolah-olah sebabnya -Allah lebih mengetahui- ialah benda yang dilihat pada cermin ialah yang diserupakannya, bukan yang sebenarnya. (Fath al-Qadir, jilid 3, m/s 224, Dar al-Fikr).
Sekarang, bila baca ini, wajarkah persoalan “bolehkah lelaki bercermin mata melihat wanita seksi lalu di hadapannya?” dilontarkan untuk pengingkaran? Ini menunjukkan seseorang itu membantah, tetapi tidak tahu apa yang dia nak bantah! Lepas tu, tuduh aku menunggang hawa nafsu. Siapa yang buat macam tu sekarang? Semberono sanggah orang sesuka hati tanpa meneliti hujah ilmu tidak dikira hawa nafsu kah?
Sudah jelas melihat direct dari cermin atau dengan kata lain melihat jasad yang di sebalik cermin kerana cermin itu bersifat lutsinar hingga terlihat jasadnya yang sebenar TIDAK SAMA dengan melihat bayangan yang terpantul dari cermin! Sekarang, jelas beza antara hukum lihatan sesuatu melalui cermin mata dan lihatan sesuatu apda bayangan cermin disebabkan pantulan. Maaflah! Kamu salah peluru nak tembak, bahkan tembakan kamu itu memakan diri kamu!
And then, jadi musykil, pasal apa keharusan pada manusia sebenar boleh apply pada lukisan? Sebelum itu kita perlu tahu kenapa fuqaha’ dari mazhab asy-Syafi'i dan mazhab Hanafi, kedua-duanya memberi sebab keharusan melihat badan yang berbentuk bayangan cermin adalah sebab sesorang tidak memandangnya secara hakiki, tetapi seseorang itu melihat yang semisal dengannya. Atau dengan kata lain, orang itu bukan melihat tubuh badan yang hakiki, tetapi dia cuma melihat sesuatu yang diserupakan dengan tubuh badan. Bezakan antara kedua-duanya!
Ada dalil ke? Mestilah ada! Sesiapa yang celik dalam usul fiqh pasti akan tahu bahawa penentuan penghukuman adalah pada hakikat sesuatu benda, bukan namanya. Sebab itu cincin yang diwarnakan seperti emas tidak dikira cincin emas yang sebenar dan lelaki boleh memakainya. Walaupun ia dinamakan sebagai cincin emas, ia tidak dikira cincin emas secara hakikatnya. Demikian juga dalam kes ini. Pantulan imej pada air atau cermin bukanlah jasad yang sebenar, ia sekadar yang dibentukkan serupa seperti badan. Sama sekali tidak sama. Sebab itu ada dua hukum yang berbeza. Ini juga apply kepada bentuk paparan yang moden seperti yang terpapar dalam skrin digital dan hologram. Tetapi, bagaimana pula lukisan? Oleh sebab lukisan adalah sesuatu yang diserupakan dengan anggota badan, maka ia tidak dikira sama sepertimana jasad yang sebenar. Demikianlah sebabnya.
Sesiapa yang menafikan perbezaan antara kedua-duanya, dia sebenarnya menatijahkan suatu hukum yang baru tanpa dia sedar, iaitu seseorang akan terbatal wuduknya dengan menyentuh gambar faraj…!!! Ya, betul! Kalau dia mengingkarinya, nescaya dia termasuk orang yang dungu lagi bebal. Baiklah, kita tanya kenapa tidak batal wuduk dengan menyentuh gambar faraj? Mereka tidak ada pilihan lain untuk menjawab bahawa itu sekadar gambar, bukan anggota sebenar. Lantas, mereka sebenarnya :
(a) Membenarkan hujah para fuqaha’ di atas dan kesimpulan aku bahawa terdapat perbezaan hukum antara sesuatu yang hakiki dan sesuatu yang diserupakan dengan hakiki.
(b) Makhluk yang bodoh kerana mereka membantah benda yang mereka akan akui! Tuduh aku jahat dan bodoh, tetapi sebenarnya lemparan mereka itu tersembam balik ke mukanya! Mereka akan beri alasan bahawa gambar faraj bukan faraj yang hakiki sehingga tidak membatalkan wuduk. Lantas, kenapa itu juga tidak menatijahkan berlakunya perbezaan hukum melihat antara faraj yang sebenar dan faraj yang diserupakan sepertimana yang dikemukakan oleh ahli fiqh mazhab Hanafi?
Sekarang mereka yang tuduh fuqaha’ mazhab Hanafi dan asy-Syafi'i sebagai insan yang mengeluarkan pendapat yang batil dan syaz itu menjilat semula ludah mereka! Mereka yang tuduh aku sebagai jahat dan penunggang hawa nafsu sebenarnya merekalah yang jahat dan menunggang hawa nafsu mereka! Sekarang, siapa yang hilang kewarasan akalnya?
Baiklah, sebagai selingan dan tambahan. Adakah dengan pembezaan hukum antara lihatan jasad yang sebenar dan sesuatu yang diserupakan dengan jasad menatijahkan hukum yang lain. Ya, ada! Mazhab asy-Syafi'i menguatkan pendapat yang menyatakan tidak jatuh talak yang ta'liq kalau seseorang berkata kepada isterinya bahawa dia akan mentalakkannya jika isterinya melihat perempuan, tetapi isteri itu sekadar memandang bayangan perempuan itu sahaja pada air dan cermin berdasarkan permasalahan ini. Ini sepertimana yang dijelaskan Ibn Hajar al-Haitami dalam Tuhfah al-Muhtaj dan Abu Bakr ad-Dimyathi dalam I'anah at-Tholibin.
Dalam mazhab Hanafi pula, ini menatijahkan bahawa tidak dikira seseorang itu melanggar sumpah jika dia bersumpah bahawa dia tidak akan melihat wajah seseorang, tetapi dia sekadar melihat bayangan pada air dan cermin. Ini dinyatakan oleh Kamaluddin Ibn al-Hammam dalam Fath al-Qadir dan Ibn 'Abidin dalam Radd al-Muhtar.
Kemudian, dalam mazhab Hanbali pula, pada asalnya, -setakat carian saya- tidak ada perbincangan yang jelas tentang perbezaan hukum melihat jasad yang hakiki dan sesuatu yang diserupakan dengan jasad sekitar kitab mereka. Namun, ada pendapat Ibn Qudamah dan Ibn Taimiyyah juga selari dengan apa yang dinyatakan dalam mazhab asy-Syafi'i, iaitu tidak jatuh talak yang ta'liq ke atas isteri jika suami itu menta'liqkan bahawa tercerai isterinya dengan melihat bapanya, tetapi dia sekadar melihat bayangan pada cermin atas alasan bahawa isteri itu tidak melihatnya secara hakiki. Ibn Qudamah berkata :
فإن قال: إن رأيت أباك فأنت طالق، فرأيته ميتا أو نائما أو مغمى عليه أو رأته من خلف زجاج جسم شفاف طلقت لأنها رأته. وإن رأت خياله في ماء أو مرآة أو صورته على حائط أو غيره لم تطلق لأنها لم تره.
Jika seseorang berkata, “Jika engkau melihat ayahmu, maka engkau tertalak”. Lantas, dia melihat mayatnya atau sedang tidur atau orang yang pengsan atau dia melihatnya di balik kaca yang transparen, maka dia tertalak kerana dia melihatnya. Jika dia melihat bayangannya pada air atau cermin atau gambar pada dinding atau selainnya, maka dia tidak tertalak kerana dia tidak melihatnya. (Al-Mughni, jilid 7, m/s 477, Maktabah al-Qahirah. Rujuk juga di Asy-Syarh al-Kabir 'Ala Matn al-Maqni’, Syamsuddin 'Abdul Rahman al-Hanbali, jilid 8, m/s 379, Dar al-Kitab al-'Arabi Li an-Nasyr wa at-Tauzi’).
Ibn Taimiyyah berkata :
وإذا قال إن رأيت فلانا فأنت طالق فرأيته ميتا أو في ماء أو زجاج شفاف طلقت وإن رأت خياله في ماء أو مرآة لم تطلق.
Jika seseorang berkata, “Kalau engkau melihat fulan, maka engkau tertalak”. Maka, dia pun melihat mayatnya atau pada air atau pada kaca yang transparen, maka dia tertalak. Jika dia melihat bayangannya pada air atau cermin, maka dia tidak tertalak. (Al-Muharrar Fi al-Fiqh 'Ala Madzhab al-Imam Ahmad Ibn Hanbal, jilid 2, m/s 67, Maktabah al-Ma'arif, ar-Riyadh).
Aku tunjukkan ni sebab nak bagitau dalam bab ini ada kesan domino bila satu hukum ini ditentukan. Maksudnya adalah akan ada pengaruh pada penentuan hukum yang lain bila hukum ini diputuskan. Itu yang aku nak tunjuk. Iaitu, bahawa masalah ini bukan sekadar bab tengok sahaja, tetapi sampai melibatkan masalah talak dan sumpah! Malah, ia boleh sampai kepada masalah wuduk!
Sekarang sudah jelas bahawa mereka yang menuduh pendapat ahli ilmu mutaakhirin pada perkara ini sebagai batil dan syaz, sebenarnya merekalah yang berpijak di atas kebatilan. Bencilah aku semahu-mahunya kerana aku membuat kesimpulan daripada pendapat fuqaha’ sepertimana yang tertera, tetapi kamu kena ingat bahawa inilah kebenaran yang berpijak di atas hujah. Sekadar merasa geram, berpaling dan mencela atas sebab tidak sukanya sesuatu benda sama sekali tidak mengubah keadaan hakikat kebenaran ini. Datangkanlah hujah engkau jika engkau termasuk orang yang benar!
Mana yang tuduh aku bahawa aku ni sekadar main “ini ada dalam kitab”. Aku lemparkan hujah ini ke muka mereka! Ingat aku kenal pendapat ini baru sebulan dua bulan ke? Ingat aku tak teliti pelbagai wacana tentang masalah ini sebelum aku membuat keputusan untuk mengambilnya?
Dah tu, kenapa hari tu aku tak explain panjang macam ni? Sebab audiens aku ni bukannya ada kemahiran usul fiqh, sebab itu aku tempek je pendapat fuqaha’ dan simpulkan daripada apa yang mereka utarakan. Tapi, aku pula yang dituduh jahat! Habis tu, fuqaha’ yang keluarkan pendapat ni macam mana pulak? Boleh pulak sopan dan hormat. “Ehh.. ehh… ini tokoh kenamaan ini.. Issshh.,, kita berbeza pandangan dalam perkara ini dan kita hormati pendiriannya”, tetapi aku yang sekadar ekstrak intipati dari orang yang mereka hormat, terus dimaki cukup-cukup! Sial punya perangai.
Ye lah! Ye lah! Kat aku semuanya salah. Terpulanglah. Tapi, aku dah bawakan hujah aku. Sesiapa nak ingkar jugak, kesian kat diri sendiri lah. Aku dah lepas tanggungjawab aku.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2779130065470902&set=a.2757481107635798&type=3&theater
No comments:
Post a Comment