dahulu tidak sama dengan sekarang,
kerana hari semalam pergi berlalu,
dan hari datang bertamu,
hingga esok entah ke mana,
toleh ke belakang tinggal kenangan,
pandang ke hadapan hanya angan-angan,
apakah yang aku bingung ini?
sedangkan masa semakin mendahului,
begitu ramai yang rugi ditinggalkan,
hebatnya cabaran hari ini,
kita berhadapan dengan yang tidak pasti,
kegelapankah? samar-samarkah?
atau apa yang masih tidak diketahui?
mungkinkah khayalan yang menjelma?
atau mungkin mata kita buta..?
dengan realiti yang terang?
apa yang menjadi musuh..?
dan apa yang menjadi kawan?
tinggal lagi makna yang tiada erti….
persoalan tanpa jawapan…
bagai malam tanpa bintang…
-25 Oktober 2014-
https://www.facebook.com/mazurka.martillo/posts/824657310918197

No comments:
Post a Comment