Sunday, 29 March 2020

Puisi - 33

para penyembah syaitan,
merebahlah dalam kegelapan,
memujalah apa yang kau sayang,
selamanya bersemadi dalam khayalan,
kita serahkan segala darah dan air mata,
demi yang dijunjung dan dimuliakan,
menujulah ke puncak bahagia,
walau neraka menjadi renangan,
kau tetap tidak lagi peduli,
cinta ini buta….
ya! tidak akan luput mahupun mati…
kerana rindu ini tetap hidup!
kalau bukan kerana yang kita sayang,
tentu tiada dekorasi hidup ini,
sebab kisah ini terlalu panjang…
terus menipu dengan dogengan,
maafkan aku wahai sang bayangan,
aku tidak mampu keluar…
dalam belenggu penjara ini,
sebab aku adalah sang pipit,
yang hilang kemerduan dan keindahan,
berputus asa bersama duka,
biarkan aku menamatkan segalanya….
di sini yang penuh sengsara…

-25 Oktober 2014-

https://www.facebook.com/mazurka.martillo/posts/824661080917820

image

No comments:

Post a Comment