Namun, itu cinta pada makhluk. Kadang aku terhijab untuk tampak dan merasai tajalli-Nya yang begitu agung dan sempurna. Apalah pendosa macam aku dapat menjadi kekasih-Nya? Aku hanya mampu mengharapkan keampunan, tetapi begitu malu untuk mengharap mencintai dan dicintai kerana terlalu banyak aib, kurang dan kesilapan. Maafkan aku wahai Tuhan… bukannya aku ingin menutup hatiku daripada kehadiran-Mu, tetapi apalah aku ini untuk layak dalam perhatian pandangan kasih-Mu..
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=882385665145361&set=a.2757481107635798&type=3&theater

No comments:
Post a Comment