Monday, 30 March 2020

Bila friend dengan seseorang, kita perlu terima hakikat watak dan pembawaan dia yang tersendiri. Meskipun ada persefahaman dan sama-sama minat dalam hal tertentu, mereka adalah insan berdiri sendiri dengan diri tersendiri. Ada pelbagai sisi yang ada pada diri mereka. Terus terang, ada sisi yang kau takkan suka dan pahit untuk kau telan. Tapi, terimalah. Itulah dia. Dia adalah dia. Nak buat apa lagi?

Aku faham je ada yang bersuara pasal hantaranajis (shitposting) dan L0oD yang aku share dan pos sebab agak menyinggung. Tak pe lah, aku tau yang itu adalah kau. Cuma, kadang aku pelik bila aku buat dan share penulisan, dialah orang terpantas lesapkan diri dan paling lama buat bodoh. Haprak!

Tiap-tiap hari aku kongsi paling kurang 3 artikel sama ada dari The Patriots, Cilisos, Ajar, Musannif (empat ni yang utama) atau yang lain jika ada. Siapa yang dah lama dengan aku, dia tahu dan saksi. Ha.. mana dia selama ini? Tak de pun nak bagi respons.

Pukimak tu tak pernah ambik port pun. Celaka kan? Paling aku geram, dia orang pertama untag pos ilmiah aku share. Ingat tak minat, tapi tengok pos dia yang selalu dia ikuti dan terbabit ada je kaitan dan persamaan. Aku pun nak ajak bincang dengan dia benda yang dia minat, tapi selalu mengelak dan restrain himself. Aku tak tau lah. Memang benci aku kot. Tapi, aku memang nak maki cukup-cukup.

Jujurlah. Ingat aku suka ke nak hadap semua post kau atau kawan aku yang lain tak habis-habis pasal game, iklan produk memanjang, selfie sana sini, dok spoil manga / show, pos ala-ala ke-twitter-an yang retard dan tak matang dan lain-lain? Tak de pun aku rela nak hadapan natang tu. Yang kutuk aliran yang aku pegang, promosi pemikiran yang aku cukup anti dengannya pun lalu je depan newsfeed aku.

image

Tapi, apa yang aku buat? Aku ignore je. Simple. Marah pun ada lah jugak, tapi tak de masa aku nak bertekak dan cari pasal. Aku sedar itu adalah kau. Aku tau bila aku friend dengan kau, aku kena berkompromi dengan yang ini.

Ada je cara supaya post macam ni tak selalu jadi bahan yang menyapa di Newsfeed aku. Mujur Facebook ini ada kawalan algorithm untuk detect post jenis apa yg kita benci. Lalu, dengan itu, Facebook akan kurangkan post tu singgah ke newsfeed kita. Tu salah satu kebaikannya algortihm ni. Tinggal kita buat adjustment sahaja dan ia memang boleh dijayakan. Cuma, kena usaha sikit.

Tapi, sebenci-benci aku pun, tak ada lah sampai nak unfollow orang. Aku ni pun jenis curiosty dan stalker jugak. Nyahaha..,, tak nak lah sampai aku tak ambik tau langsung apa khabar berita dari kawan. Tak de lah benci tu sampai aku tak nak komunikasi dengan seseorang langsung.

And memang ada yang aku dah benci sangat pun sampai aku unfollow dia. Sebab pos yang keluar jenis trash betul. Bawak fahaman yang pelik2. Yang ni aku dah tak ada kompromi lagi. Memang aku pulaukan orang ni. Tapi, kekal friend lah sebab aku masih sayang dan aku tak suka nak renggangkan persaudaraan macam tu je.

Apapun, tak salah pun kalau menegur kalau itu yang baiknya. Cuma, di sini aku nak fokuskan supaya kita belajar terima hakikat personaliti diri seseorang. Walaupun dia cerminan kita, bayang-bayang tetap tak sama dengan benda asalnya. Toleransilah kepelbagaimana yang ada pada manusia.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2981212198596020&set=pb.100001218067654.-2207520000.1570927304.&type=3&theater

No comments:

Post a Comment